March, 2013

  • 18 March

    Senang Masuk Susah Keluar

    Tiba-tiba ada insan yang saya kenal, menjadi pengeluar produk kesihatan. Tiba-tiba mengungguli jenama tertentu berkaitan barangan atau perkhidmatan yang tidak dapat saya kaitkan latar belakangnya, dengan apa yang diniagakan. Mungkinkah hanya di Malaysia? Meneliti peraturan yang diletakkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat, saya terfikir berapakah …

  • 15 March

    Inovasi Dalam Motivasi: Mula-mula Indah, Kemudian Jadi Bid’ah

    kredit foto: www.inventionmachine.com Kritikan saya kepada modul-modul motivasi Islamik di pasaran hari ini banyak tertumpu kepada metod modul itu dibangunkan. Cara metod itu dihasilkan. Kita tidak boleh menilai kebenaran satu-satu metod itu pada kesan yang dialami oleh peserta. Jika peserta insaf, berubah jadi baik, maka ia dianggap modul yang benar. Sebaliknya …

  • 15 March

    Book Review: BEYOND BELIEF By V.S.NAIPAUL

    The book should be examined under the light of relation between Islam and the West. The author V S. Naipaul has brought out a huge volume about his travels in four Muslim countries, which all of them are the non Arab. Obviously the book is a sequel to a book …

  • 14 March

    Motivasi Memperalatkan Dakwah

    Pada tahun 2004, saya melangkah kaki masuk ke dunia latihan dan motivasi melalui syarikat Fitrah Perkasa Sdn Bhd. (FPSB). Saya memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Penyelidikan dan Modul, iaitu penolong kepada Tuan Pengarah ketika itu, Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Sungguh ironi, pekerjaan pertama saya di Malaysia, adalah di dalam bidang …

  • 13 March

    14. Penarikan Semula Novel Hijrah dari Pasaran: Kenyataan Media oleh PTS

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Azza wa Jalla dan selawat serta salam buat Rasul-Nya. Saya bersyukur kepada Allah, pada hari ini Tuan FAUZUL NA’IM ISHAK selaku Pengarah Penerbitan bagi PTS Media Group Sdn Bhd. telah menyiarkan kenyataan rasmi mengenai isu kritikan terhadap novel HIJRAH karya Ayahanda Abdul Latip Talib. Ia …

  • 12 March

    Sunnah: Antara Teknik dan Fitrah

    “Aku pun sudah makin risau dengan Beyza. Makin besar cabarannya” kata Fatih. “Ya, anak-anak kita mula meningkat remaja. Saiful Islam pun sudah 11 tahun” saya membalas. Beyza lebih setahun usianya berbanding Saiful Islam. Semasa masih kanak-kanak, mereka pernah bermain bersama-sama, ketika saya berkunjung ke Turki pada tahun 2003. Saif setahun, …

  • 10 March

    13. Dakwah Kreatif Perlu Cermat Antara Hikmah dan Bid’ah

    [IA ADALAH PERKONGSIAN PANDANGAN SAYA TENTANG PENDEKATAN YANG DIPAKAI OLEH PEMBANGUN-PEMBANGUN MODUL LATIHAN YANG MENYANDARKAN MODUS OPERANDI INOVASINYA KEPADA PEMIKIRAN LATERAL EDWARD DE BONO YANG BANYAK DIKONGSI OLEH PUAN AINON MOHD DI DALAM BUKU-BUKU PEMIKIRAN BELIAU YANG SAYA LANGGANI. NAMUN IA MENJADI MUHASABAH BERSAMA SEBAB SAYA PUN SANGAT BERMINAT LAGI …

  • 10 March

    Jangan Berhalakan Pemimpin dan Parti

    Bersama Pakcik Mehmed Kayacan di rumah serba sederhananya di Eyup “Pakcik Mehmed datang dengan apa?” saya bertanya. “Dia datang dengan bas. Memang dia yang mahu begitu” jelas Fatih. Selepas tidak lagi memegang jawatan Datuk Bandar dan bersara sepenuhnya daripada politik, Pakcik Mehmed Kayacan tidak lagi tinggal di Bolvadin. Agar dekat …

  • 9 March

    12. Jangan Tergoda Untuk Menjadi Selebriti

    Ahli akademik dan asatizah janganlah berasa rendah diri di hadapan tetamu-tetamu bicara agama bertaraf selebriti, hanya kerana pengukuran jangka pendek memperlihatkan dakwah mereka lebih berimpak. Jangan tergoda untuk menjadi selebriti. Biar pun gaji pensyarah memang tidak banyak mana dan sangat susah untuk naik pangkat, jangan terdesak untuk mempopuliskan diri. Kekalkan …

  • 7 March

    11. Saya Bukan Pakar, Saya Pelajar

    Bersama Prof Dr Redzuan Othman, yang selayaknya seorang Pakar   Di dalam masyarakat kita, orang yang menulis atau berbicara tentang satu-satu subjek, pantas diangkat menjadi PAKAR di dalam subjek tersebut. Saya menulis tiga buah buku bertemakan kekeluargaan, saya dianggap pakar subjek kekeluargaan. Kadang-kadang disebut juga sebagai pakar cinta. Ia adalah …

  • 5 March

    10. Kritikan Bukan Menjatuhkan

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 5 MAC 2013 Saya menerima banyak saranan yang mencadangkan agar kritikan saya terhadap novel karya Ayahanda Pak Latip dilakukan secara senyap-senyap lagi tertutup. Alasan yang diberikan, saya rumuskan kepada dua: Ia mengaibkan. Ia mengelirukan. Pembaca sudah tidak pasti adakah buku-buku berkenaan patut dibeli dan dibaca atau bagaimana. …

  • 4 March

    09. Peranan Editor Buku

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 4 MAC 2013 Keresahan yang timbul semasa saya melontarkan kritikan kepada novel-novel karya Ayahanda Pak Latip, andai boleh dimanfaatkan, turut memberikan beberapa penekanan kepada peranan editor. Editor adalah pihak yang meneliti naskhah yang dihantar oleh penulis untuk dinilai, diterima dengan pembetulan atau ditolak. Jika lazimnya aspek yang …

  • 3 March

    08. Berusaha Adil Walaupun Kepada Ataturk

    Walaupun kisah Atatürk selepas matinya tidak diterima bumi sangat meluas diperkatakan, malah saya juga mendengar kisah itu daripada pakcik-pakcik tua di Turki, namun disebabkan oleh saya tidak pernah bertemu dengan bukti bertulis yang bolehdipercayai mengenai hal ini, saya tidak mencatatnya di buku, dan sudah lama tidak menyebutnya di dalam ceramah. …

  • 3 March

    07. Jangan Simpan Dendam

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 2 MAC 2013: Saya berusaha untuk mengenepikan semua bentuk ekspresi emosi sama ada berbentuk marah, kecewa, jauh sekali sifat cemburu atau iri hati (naudhubillah) semasa mengemukakan kritikan terhadap novel karya Ayahanda Abdul Latip Talip, HIJRAH. Termasuk juga emosi malu dan dilihat jahat oleh pihak yang tidak bersetuju, …

  • 3 March

    06. Sebelum Penulis Menulis

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 2 MAC 2013: (kredit foto haidatul-territory.blogspot.com) Apabila seorang artis berhijrah, bertaubat dan mahu mengubah kehidupannya, dia berhadapan dengan kesulitan besar apabila karya-karya seninya yang terdahulu, bukan miliknya untuk dengan mudah ditarik balik. Mungkin sudah bertudung, tetapi imej-imej tidak bertudung yang tersebar, tidak berada dalam upayanya untuk dicegah …

  • 2 March

    05. Novel Sejarah Dan Konflik Asbab al-Nuzul

    Novel Sejarah karya Ayahanda Abdul Latip Talip turut dianalisa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Shahrizal Nasir daripada UNISZA daripada sisi penisbahan ayat-ayat al-Quran kepada peristiwa secara tidak tepat dan mengganggu kefahaman tentang Asbab al-Nuzul ayat al-Quran. [Klik Untuk Mendapatkan Salinan Kajian Berkenaan] Agak janggal apabila sebuah novel dikarang tanpa meraikan disiplin akademik …

  • 2 March

    04. Qaulan Sadida: Kritikan Dalam Gelanggang Akhlaq

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 1 MAC 2013: Kita perlu belajar untuk memberi pandangan dengan amanah, tenang, jujur serta kuat berpegang dengan akhlaq Islam, pada memilih perkataan yang benar adabnya. Barulah kita terdidik untuk menjadi masyarakat yang berpeadaban tinggi. Saya cuba sedaya upaya untuk menyampaikan pandangan saya tentang novel fiksyen sejarah, industri motivasi …

  • 1 March

    03. Teknik Penulisan ‘Pemungkin’ Novel Sejarah Dihasilkan

    ENTRI FACEBOOK BERTARIKH 1 MAC 2013: Saya mengikuti kursus penulisan anjuran PTS pada tahun 2005 di Taman Permata, KL. Saya belajar dengan sifu penulisan saya Puan Ainon, teknik menyampaikan agama melalui cerita. Sampaikan agama melalui cerita, menjadi tema saya di blog www.saifulislam.com semenjak itu dan dengan teknik yang sama jugalah terhasilnya buku …

  • 1 March

    02. Kritikan Bukan Tuduhan

    Petikan Sirah Ibnu Hisyam pada bahagian Islamnya Khadijah radhiyallahu anha ENTRI Facebook bertarikh 1 mac 2013: Kritikan saya kepada novel Hijrah karya Ayahanda Pak Latip, bukan TUDUHAN. Penuduh adalah ahli maksiat yang melakukan permusuhan dengan motif yang dicela oleh Allah. Supaya dapat difahami oleh sahabat yang mengikuti wacana ini, saya …

  • 1 March

    01. Analisa Perkembangan Novel Sejarah Islam di Malaysia

    Di awal semester 1 sekitar bulan Oktober, saya sudah maklum bahawa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI) di Fakulti Pengajian Islam UKM mempunyai geran untuk melakukan kajian ke atas perkembangan novel sejarah Islam semasa. Biar pun ia menarik, saya berusaha untuk tidak terlibat, kerana fikiran saya langsung pergi kepada …

February, 2013

  • 26 February

    Jejak Birgivi: Jalan Masih Panjang

    Banyak yang ditempuh. Menyusuri satu demi satu langkah dan marhalah kehidupan. Masuk ke usia 40an, Imam Birgivi meninggalkan jawatan tinggi beliau sebagai Hakim Mahkamah Tentera di Edirne dan sarjana terkenal di Istanbul. Jiwanya gelisah dengan gelagat agamawan di institusi-institusi pengajian di Istanbul dan istana Othmaniyyah. Atas nasihat gurunya, Imam Abdullah el-Karamânî, …

  • 26 February

    Antara Khaled El-Rouayheb dan Halil Inalcik : The Triumph of Fanaticism

    The Myth of “The Triumph of Fanaticism” in the Seventeenth-Century Ottoman Empire” (Mitos “Kemenangan Fanatisme Pada Kurun ke-17 Empayar Uthmaniah”) merupakan sebuah makalah yang ditulis oleh Khaled El-Rouayheb dan disiarkan di jurnal Die welt des Islams 48 (2008) 196-221. Makalah ini merupakan sanggahan Khaled El-Rouayheb kepada pendapat yang dikemukakan oleh …

  • 21 February

    Ukhuwwah Bertaut Semula

    “Bahasa Arab kamu jauh lebih baik berbanding dahulu. Saya sangat gembira dan bersyukur” saya berkata. “Apabila saya dapat tahu yang kamu merancang untuk datang ke Istanbul, saya berlatih untuk ingat kembali Bahasa Arab” kata Fatih. “Berlatih macam mana?” saya kehairanan. “Di televisyen Turki, ada rancangan kartun di dalam Bahasa Arab. …

  • 19 February

    Sebaik-baik Bekal Adalah Taqwa

    “Bahasa Turki tidak sempat disemak, tiada apa-apa persiapan yang sempat dibuat” saya mengomel di dalam pesawat. Menarik nafas lega. Lega kerana semalam hingga ke subuh ini, perjalanan minit ke minit sungguh luar biasa. Terdesak untuk menghantar 4 assignments sebelum jam 4 petang, saya menulis seperti orang gila. Tidak keluar bilik, tidak …

  • 16 February

    Turki: Kembara Membuka Mata Hati

    Bertuahnya saya dapat bertemu dengan rombongan Raudhatussakinah yang hadir dengan pelbagai misi besar mereka. Gembira dapat belajar dan berkongsi, biar pun seketika Semasa di Istanbul, saya jarang-jarang sekali pergi ke kawasan Sultanahmet. Jarang, kerana kebanyakan urusan saya tidak begitu membabitkan kawasan berkenaan. Saya hanya ke sana kerana mahu ke Beyazit, …