May, 2017

  • 28 May

    Tarawih di Bawah Sinar Mentari Kutub Utara

    “Pelik kan, pergi masjid nak solat tarawih tapi terang benderang” kata anak saya. Kami berjalan kaki menuju ke masjid. Jarak antara rumah dengan masjid adalah sekitar 2km. Seperti biasa di sini, ke mana-mana pun kami berjalan kaki. Sesekali menaiki bas. Adakalanya saya termenung juga memikirkan pada usia 42 tahun, saya tidak mempunyai kereta …

  • 26 May

    Onnellista ja siunattua ramadania teille: Menyambut Ramadan di Kutub Utara

    Tidak dapat saya sembunyikan rasa sunyi dan seperti kehilangan sesuatu selama berada di Finland ini. Mungkin, kesan perubahan drastik jadual hidup di sini. Tiada lagi ceramah, kuliah Maghrib, tiada lagi ‘ustaz’ Hasrizal, dan tiada lagi kedengaran azan berkumandang di udara. Tinggal di negara Eropah bukanlah sesuatu yang asing buat saya, …

  • 18 May

    Projek FATIH, Sultan Abdul Hamid, Atatürk, John Dewey dan Erdoğan Dalam Sistem Pendidikan di Turki

    “Pada saya, projek FATIH itu merugikan. Wang yang banyak dilaburkan untuk melengkapkan sekolah dengan teknologi, tetapi transformasi ke atas pedagogi dan idea mengenai pendidikan tidak diutamakan. Sudahnya, budak-budak guna tablet untuk selfie sahaja!” kata Okan. Selepas kelas terakhir kami semester ini, saya meluangkan masa berbual dengan rakan Turki di kelas …

  • 4 May

    Mahu Menulis Atau Tidak Mahu Menulis?

    “Ramai yang mahu membaca, maka kena rancak menulis” “Ini strateginya. Tulis begini, ia akan laku keras” “Orang sekarang mahu tulisan dalam bentuk ini, maka pilihlah sama ada mahu menulis mengikut kedegilan diri, atau menulis sesuatu yang berpotensi untuk laku dan dibaca” “Apa gunanya menulis sesuatu yang tidak dibaca?” Desakan oleh …

April, 2017

  • 27 April

    Pandangan Golongan ‘Berjaya’ Terhadap Tujuan Sebuah Pendidikan (Functionalism)

    “Sekolah sepatutnya jangan kisahkan sangat aku, aku, aku. Me, me, me. Itu yang budak-budak sekarang jadi lemak!” kata Ahmad. “Memanglah famili aku miskin. Tapi aku kerja keras. Alhamdulillah dapat rezeki masuk sekolah asrama penuh. Di situ pun, bukannya boleh senang lenang. Masih kena terus kerja keras. Kalau malas-malas, tak kiralah …

  • 2 April

    13 Reasons Why: Memahami Tragedi Perubahan Diri Remaja

    Ia bukan siri yang mudah untuk ditonton. Beberapa adegan censored memerlukan kita berbuat sesuatu untuk menyaringnya. Tetapi 13 Reasons Why ini adalah drama tv yang penting pada menjelaskan kepada kita rangkaian masalah yang membelenggu kehidupan anak remaja. Sudah tentu kemuncaknya ialah apabila Hannah Baker nekad membunuh diri. Drama ini menceritakan …

March, 2017

  • 30 March

    Dialog Gen-Y: Antara Iman dan Kufur

    “Susah betul saya nak datang program ini, ustaz” kata Salina. “Kenapa tu?” saya bertanya. “Mama dengan papa bergaduh tentang program ini. Papa suruh saya datang. Tetapi mama tak bagi” ceritanya. Telus. “Boleh ustaz tahu, kenapa mama awak tak beri awak ikut program ini?” saya melanjutkan perbualan. “Mama tak suka anak …

  • 29 March

    Naskhah Baru: Setia Dengan Kebenaran

    PRE-ORDER DIBUKA SEKARANG! “Setia Dengan Kebenaran” Karya: Hasrizal Abdul Jamil ?? Buku ini tidak dijual di kedai-kedai buku lain. ?? Cetakan pertama terhad 1000 naskhah sahaja (BUKU RM30) PRE-ORDER DI: ✅ bit.ly/tokojejaktarbiah ✅ bit.ly/tokojejaktarbiah ☎️ 011-2906 2609 ☎️ 011-2906 2609 *Pre Order hingga 20 April sahaja. . ✅ PENDAFTARAN EJEN …

  • 23 March

    Gaji Guru di Finland Sama Macam Doktor?

    “Benarkah di Finland, guru-guru menerima gaji seperti doktor? Dan kerana itu pendidikannya sangat hebat?” Soalan ini berlegar di media sosial. Ada musim-musimnya, apabila hal ini dipetik oleh halaman yang mempunyai viraliti tinggi, ia tersebar rancak dan mencetuskan perbualan yang pelbagai ragamnya. Tentu sahaja, kritikan akan dilontar kepada sistem pendidikan kita …

  • 20 March

    Pendidikan dan Kebolehpercayaan: Boleh Percaya Ke?

    “Kenapa saya selalu nampak basikal ditinggalkan di perhentian bas?” saya bertanya kepada seorang rakan Finnish. “Kadang-kadang kita mahu cepat. Jika tiada ruang untuk basikal dibawa ke dalam bas, kita tinggalkan di perhentian bas. Pulang nanti, ambil semula,” jawabnya. Saya memerhati dari semasa ke semasa. Adakalanya basikal itu berkunci. Adakalanya tidak. …