January, 2017

  • 24 January

    Pelajar Mesti Seorang Pemikir

    Learning without thinking is useless Thinking without learning is dangerous – Confucius Benar sekali kata-kata Confucius itu. Bahawa belajar tanpa berfikir adalah sia-sia, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya! BELAJAR TANPA BEFIKIR Dua dimensi yang sama buruk ini harus kita renungkan bersama. Mungkin ia menjawab beberapa teka teki yang menghantui fikiran saya, tatkala hampir saban hari menerima soalan-soalan dari pembaca yang menunjukkan bahawa pembelajarannya tiada disertai dengan proses berfikir! Amat lurus bendul fikirannya menadah maklumat hingga tahunya yang banyak itu, tidak berhasil membantu diri menjawab soalan kehidupan, di luar kertas peperiksaan. Belajar tanpa berfikir adalah suatu kesia-siaan. Justeru rumit mencari faedah …

December, 2016

  • 21 December

    Ingin Belajar di Finland? Baca Dahulu Catatan Ini

    Pembelajaran pasca siswazah di Finland bagus, walaupun tidak semestinya yang terbaik. Untuk program yang saya ikuti (Master of Art (Education) in Learning, Education and Technology), kebanyakan subjek tiada peperiksaan akhir sebab sistem yang ada menggunakan continuous assessment dari awal semester hingga ke hujung. Assessment dibuat berdasarkan tugasan-tugasan individu dan berkumpulan (collaborative), kehadiran ke kelas, penyertaan diskusi dan kriteria-kriteria lain yang diterangkan dengan jelas di dalam rubrik yang disediakan pensyarah. Tiada tekanan peperiksaan akhir, tetapi tekanan tinggi berterusan sepanjang semester kerana sentiasa ada tugasan yang perlu diselesaikan. Stamina perlu kuat kerana jika stress, ia berlarutan selama berbulan-bulan, bukan dalam tempoh pendek …

  • 14 December

    Pembaziran Wang Dalam ‘Lawatan Sambil Belajar’ (di Finland)

    Lee Jenkins di dalam bukunya, Permission to forget: and nine other root causes of America’s frustration with education. ASQ Quality Press, 2013, menyenaraikan sepuluh sebab mengapa sistem pendidikan di Amerika Syarikat bermasalah. Di dalam bab yang kelima, beliau memberi tajuk “Change after Change with No Improvement” yakni perubahan demi perubahan terjadi tanpa sebarang penambah baikan. Ia seperti seorang kanak-kanak menunggang kuda kayu. Keseronokan si anak meningkat dengan meningkatnya pergerakan kuda kayu tersebut. Perubahannya berterusan, atas ke bawah, bawah ke atas dan ia terus berlanjutan selama mana kanak-kanak itu menunggangnya.  Si ibu pergi sebentar untuk menjamah makan malamnya, kemudian datang balik dan …

  • 11 December

    Meninjau Eropah: Beragama Tanpa Tuhan

    “Hidup ibn Sedar… jumpa Tuhan tak jumpa agama”, itu terjemahan ringkas saya terhadap kisah seorang lelaki di zaman Andalus. Namanya Hayy ibn Yaqdhan. Anak muda yang tercampak ke sebuah pulau asing, dan sejak kecil beliau membesar sendirian tanpa pernah bertemu dengan manusia lain. Ala-ala kisah Robinson Crusoekurun ke-18. Hayy ibn Yaqdhan tidak pernah tahu apa itu ‘agama’. Beliau membesar dengan belajar hukum alam di sekitarnya. Belajar mengajuk cakap binatang, belajar berkomunikasi dengan mereka dan dengan mematuhi hukum alam itu dia selamat. Tetapi di dalam diri Hayy, ada suatu unsur kuat untuk dia melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. …

  • 3 December

    Pemansuhan UPSR Perlu Menjadi Natijah Perubahan Paradigma Pendidikan

    [capaian asal berita] Hasrat memansuhkan UPSR memerlukan anjakan paradigma dalam berfikir tentang pendidikan, dan bukan bertindak secara reaktif. Ini bukan kali pertama UPSR mahu dimansuhkan. Sebelum ini hajat yang sama sudah diusulkan. Majlis Perbincangan Meja Bulat Pemansuhan UPSR dan PMR telah berlangsung di Putra Jaya pada 27 Julai 2010 yang lalu telah menghimpunkan ramai tokoh pendidikan, ahli politik, ahli akademik IPTA dan IPTS serta NGO. Laporan awal menyatakan majoriti mereka yang hadir ke Majlis Perbincangan Meja Bulat itu mahu UPSR dan PMR dikekalkan tetapi dengan penambah baikan. “Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang hadir mahu UPSR dan PMR dikekalkan, tetapi kerajaan memperbaiki segala …

November, 2016

  • 21 November

    Khalifah Model School (Secondary) Bukan Sekolah Finland

    Khalifah Model School – Secondary (KMSS) tidak menggunakan sistem pendidikan Finland. Malah banyak perkara di KMSS yang berlawanan dengan sistem pendidikan Finland. Saya, seorang kakitangan KMSS, belajar di Finland pada masa ini, bukan untuk meng’Finland’kan KMSS. KMSS menggunakan kurikulum IGCSE (British). Ia berlainan dengan sekolah di Finland. KMSS tidak mensyaratkan kelayakan minimum menjadi guru adalah ijazah sarjana (master). Tidak seperti Finland. KMSS adalah sebuah sekolah berasrama, namun kini memberi pilihan jika ada pelajar yang mahu berulang rumah. Ia berlainan dengan sekolah Finland. KMSS ada program hafazan al-Quran, subjek-subjek pengajian Islam dan metode Khalifah. Ia tiada di Finland. KMSS menekankan kepentingan …

  • 19 November

    Mustahil Kita Tiada Pilihan

    “Kau ada duit, bolehlah. Hantar anak ke sekolah swasta. Aku nak beli beras pun tercungap!” kata seorang bapa. “Cikgu sudah beri amaran, kalau anak tidak hadir kelas tambahan pada mana-mana hujung minggu, mesti hantar surat tunjuk sebab!” gusar seorang ibu. “Tahun ini kami tidak boleh balik kampung selalu atau hadir kenduri kahwin sebab Angah ada tuisyen setiap hujung minggu. Persediaan peperiksaan!” maklum sepasang suami isteri kepada keluarganya. Ibu bapa yang memahami apa tujuan anak-anak mendapat sebuah pendidikan, sentiasa mampu mengekalkan autonomi ke atas penjagaan hak-hak anak sebagai seorang manusia. Ketepikan KPI sekolah, pejabat pendidikan atau sesiapa sahaja. Sebaliknya sokong anak …

October, 2016

  • 25 October

    Menamatkan Pendidikan Kiasu

    Entahlah dunia apa yang kita hidup di dalamnya hari ini. Setelah anak nekad terjun membunuh diri, si ibu berkata beliau hanya berharap anaknya mendapat markah 70, bukannya 80! Apabila markah peperiksaan menjadi currency dalam mendidik anak-anak, ibu bapa dan guru bukan penyiram air dan baja kepada impian, harapan, potensi dan kehidupan anak-anak, tetapi sebagai pembunuh. Kisah di Singapura baru-baru ini bukan kisah baru. Kami di kelas berbual mengenainya. Rakan saya daripada Shandong Province di  China juga bercerita tentang hal yang sama. Katanya mengenai kegilaan National College Examination yang beliau lalui, pelajar menjadi gila dan ada yang membunuh diri. Markah penuh untuk peperiksaan …

  • 1 October

    Pendidikan Perlu Melahirkan Manusia Mukallaf

    Source: http://mereja.com/forum/viewtopic.php?t=92946 Mungkinkah punca masyarakat kita mudah tertipu adalah didorong oleh kurangnya sifat berdikari di dalam memotivasi diri, menguruskan perkembangan diri dan pembelajaran? Selama 6 tahun kita bergantung kepada ibu bapa. Kemudian masuk sahaja alam persekolahan, kita tidak dilatih untuk ‘take charge‘ ke atas pembelajaran diri. Bukan sahaja kerana kebanyakannya disuap oleh guru, malah jenis keperluan pembelajaran kita pun rendah hingga boleh terisi sekadar dengan suapan guru berkenaan. Hanya meminta fakta dan yang cemerlang ialah yang menghafal dan kemudian cukup dengan memahaminya. Kebolehan menganalisis, mengapikasinya dalam konteks pelbagai dan seterusnya mencipta, mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu, tidak tercapai. Keperluannya pun tidak …

September, 2016

  • 21 September

    Pedagogi Dahulu, Kemudian Teknologi

    Apabila berfikir tentang teknologi dan pembelajaran, kita perlu betulkan hala tuju antara P&P dengan teknologi. Jika kita fikir bagaimana hendak mengubah suai pengajaran dan pembelajaran supaya boleh menggunakan teknologi, maka ia memang mengundang padah malah salah. Apa yang kita perlu fikir ialah apakah masalah-masalah yang wujud di dalam pengajaran dan pembelajaran kita sekarang, dan bagaimana teknologi boleh membantu menyelesaikannya. Pada masa ini trend di dalam pendidikan dan teknologi sudah semakin kritikal, bahawa kita hari ini bukan lagi berfikir bagaimana hendak membawa teknologi ke dalam pendidikan, sebaliknya meneliti pendidikan dan masalah yang ada, kemudian berfikir bagaimana teknologi boleh membantu. Justeru jangan …