July, 2013

  • 15 July

    ‘Adams’ Before Adam?

    “Quite against my will, my lecturer has managed to convince me that the Theory of Evolution is actually true. I felt very uncomfortable in class” said Nazri, one of my fellow coursemates. “The point now is to figure out whether or not the Theory of Evolution is really against the teachings of Islam. Exactly what is Islam’s stand on Darwin’s Theory? Is it 100% against it?” I asked him. “Well, it’s difficult to say” said he. “In my opinion, the challenge is for us to not making any kind of blanket statements. We should differentiate between Charles Darwin, Darwinism, Neo-Darwinism, …

  • 12 July

    Menghambarkan Kehebatan Sebuah Potensi

    Melawat The Palace of Versailles, Paris pada tahun 2001 “Saya hairan, bagaimana mereka boleh begitu terkesan dengan buku. Satu buku keluar, macam-macam perubahan berlaku!” saya memberikan komen tentang diskusi kami di dalam kelas. Pagi itu, Prof. Abdullah al-Ahsan membawa kami kepada meneliti beberapa buku yang memberi impak sehingga mencetus perubahan kepada masyarakat Eropah. Setiap satu buku, seperti menandakan satu peralihan kepada Eropah dari satu era ke era yang berikutnya. Bermula dengan Utopia (1516) oleh Thomas Moore, Discours de la methode (1637) oleh Rene Descartes dan Emile ou de l’Education (1762) oleh Jean-Jacques Rousseau, perjalanan kami diteruskan hinggalah ke era terbitnya …

  • 11 July

    Ramadan Bulan Mengasah Gergaji

    Ramadhan ini adalah bulan mengasah gergaji. Gergaji yang tumpul kerana terlalu banyak mengasah. ‘Pengasah’ juga perlu diasah untuk kebaikan bersama. Mengasah gergaji untuk penceramah agak berbeza situasinya. Bulan mengasah, penceramah dikehendaki mengasah orang lain, ketika dirinya mungkin semakin tumpul hasil kerja setahun. Dilema ini menuntut para penceramah, memilih satu antara dua. Lebih-lebih lagi jika di Lembah Kelang, ceramah satu jam ertinya empat jam komitmen. Persiapan, kesesakan lalu lintas, bunga perbualan sebelum dan selepas ceramah… panjang kisahnya. ULAMAK SILAM Teringat kita kepada perilaku al-Imam al-Zuhri yang meninggalkan aktiviti pengajian Hadith beliau di bulan Ramadhan, untuk memfokuskan kepada pembacaan al-Quran. Begitu juga …

  • 11 July

    SUMBER BERBAHASA ARAB DAULAH UTHMANIAH: TARIKH MÜNECCIMBAŞI (1631-1702)

    Historiografi atau penulisan sejarah Daulah Uthmaniah mempunyai sejarah yang amat panjang bermula daripada era vak’a-inüvislik (pencatat peristiwa) hinggalah kepada disiplin historiografi moden (Aral 2013). Kajian mengenai sejarah Daulah Uthmaniah, amat memerlukan penerokaan sumber-sumber primer yang dihasilkan oleh sejarawan di era itu sendiri. Selain daripada kepentingan menyandarkan kajian kepada sumber yang berotoriti, penulisan yang merujuk kepada sumber primer Uthmaniah mempunyai keunikan yang menarik untuk diterokai apabila banyak daripadanya, ditulis di dalam Bahasa Arab biar pun sukar untuk diperolehi (Escovitz 1977). Antara sumber awal penulisan sejarah Daulah Uthmaniah adalah karya Dervis Ahmet Ibn Şeyh Yahya Ibn Şeyh Salman Ibn Aşik Paşa atau …

  • 10 July

    Ramadan: Di Sebalik Kehebatan Tawaran Itu

    “Beli 1 dapat 10!!!” sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya. Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya. “Talk of the town” kata orang putih. Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian 1 akan diberi 10. Bukan sahaja beli 1 dapat 10, malah jalan raya ke pasar raya itu telah diturap elok. Semua simpang lain telah dikenakan road block. Lebih dari itu, kedai-kedai lain juga ditutup. Semuanya demi memudahkan kita pergi mendapatkan tawaran mega itu iaitu beli 1 dapat 10. Dengan pelbagai cabutan bertuah yang ada, anda …

  • 8 July

    Memilih Kerjaya Antara P, I, E dan S

    “Nak ambil tawaran yang mana satu?” saya bertanya kepada isteri. Beliau termenung. Mungkin kedua-dua tawaran ada pro dan kontranya. Tawaran pertama ialah sebagai pegawai penyelidik. Gaji RM1400 sebulan. Pejabat berhampiran dengan stesyen LRT dan saya belum ada lesen kereta. Menyelidik memang keseronokan saya. Dibayar gaji untuk berfikir, apakah ada yang lebih baik daripada itu? Tawaran kedua ialah sebagai co-trainer, membantu pengarah di sebuah syarikat motivasi, perlu out station mungkin mencecah beberapa belas hari dalam sebulan, dan gaji yang ditawarkan ialah RM800 sebulan. Insya Allah elaun out station akan ditambah serba sedikit bergantung kepada komitmen. ANTARA TANGGUNGAN DAN TAWARAN Ketika itu …

  • 7 July

    Di Atas Runtuhan Daulah Abbasiyyah Itu

    Daulah ‘Abbasiyyah [kredit foto: Princeton] Kemusnahan yang berlaku kepada Baghdad semasa berlakunya serangan Mongol pada tahun 1258 tiada tolok bandingnya. Tidak pernah terjadi di dalam pengalaman umat Islam, kehancurannya menyamai apa yang Baghdad alami ketika itu, hingga menguji umat Islam, bagaimanakah mereka melihat peristiwa itu dan merumuskannya (Ahsan 1966). Ibn al-Athir di dalam catatannya berkenaan hal ini di dalam al-Kamil fi al-Tarikh telah berkata: “Selama bertahun-tahun, aku mendiamkan diri daripada menyebut tentang hal ini. Aku dapati ia terlalu mengerikan, jijik dan mengganggu fikiranku.Siapakah yang mungkin berasa mudah untuk menceritakan tentang kemusnahan Islam dan Muslim? … Oh, alangkah baiknya ibuku tidak melahirkan …

  • 3 July

    Jangan Cabut Baju Yang Allah Pakaikan Itu

    Semasa tekanan pemberontak memuncak, Uthman bin ‘Affan radiyallahu ‘anhu telah meminta pendapat Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma: Uthman: Orang ramai mendesakku dengan berkata “letak jawatan atau kami akan membunuhmu!” Ibn Umar: Adakah engkau akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi (tidak akan mati)? Uthman: Tidak. Ibn Umar: Adakah mereka mendapat apa-apa manfaat dengan membunuhmu? Uthman: Tidak. Ibn Umar: Adakah mereka yang menentukan Syurga dan Neraka untukmu? Uthman: Tidak Ibn Umar: Maka janganlah sekali-kali engkau menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan buatmu. Atau nanti akan menjadi ‘sunnah’ (kebiasaan) kaum selepasmu setiap kali satu-satu kaum itu tidak menyukai khalifahnya, mereka memecatnya atau membunuhnya! …

  • 3 July

    Srikandi Mujahidah di Teratak Sayyid Qutb

    “Ustaz Hasrizal taksub Sayyid Qutb!” ujar seorang ahli sebuah forum. Sayyid Qutb itu sendiri sudah cukup kontroversi untuk seseorang dikaitkan dengannya. Apatah lagi perkaitan itu adalah dengan sebuah ketaksuban. Mungkin disebabkan oleh kekerapan saya memetik pendapat Sayyid Qutb, saya dilihat taksub kepadanya. Hakikatnya, jika saya taksub dengan pendapat Sayyid Qutb, sayalah musuh utama Sayyid Qutb kerana taksub adalah apa yang Sayyid Qutb musuhi. Saya kerap memetik pendapat Sayyid Qutb kerana dalam pengucapan, saya selalu memfokuskan perbahasan kepada mengaitkan mesej al-Quran dengan realiti semasa. Apabila realiti semasa itu pula banyak berkisar tentang pengaruh idea-idea Barat dalam membentuk pandangan alam Muslim hari …

  • 2 July

    I Wanted to Become an Ustaz

    It was my own preference. I made the decision by myself. I had the possibility to become a doctor, perhaps an engineer, but I chose to become an ‘ustaz’. I was offered to pursue my study in science, in the best class for science, in one of the best schools nationwide. I was already there for just about 4 months. Yet, I chose to become a student of ‘Human Science’, in order to become an ‘ustaz’. I changed my class, in fact my school. With a good SPM result in Human Science, I was offered to continue my study in …

June, 2013

  • 13 June

    Usrah, Fathi Yakan Dan Perjuangan: Agar Jalan Itu Tidak Dialpakan

    Menerajui BADAR pada tahun 1991 1990 “Hasrizal, bangun!” saya dikejutkan. Allah… jam menunjukkan pukul 3 pagi. Siapa pula ini? “Oh, abang. Baiklah saya bangun” saya terkejut melihat abang Zam berdiri di sisi katil. Seperti biasa di tangan kirinya ada sebatang kayu, teman berjalan malam. Badan saya terasa amat sakit. Maklum sahaja siang tadi sekolah mengadakan sukan tahunan. Saya seperti biasa, mewakili ‘rumah hijau’ untuk acara tarik tali, dan lontar peluru. Sungguh memenatkan. Tetapi, tidak pula saya menyangka yang tengah malam ini ada usrah. Abang Zam tidak memberitahu terlebih dahulu. Allah sahaja yang tahu betapa beratnya mata, tubuh badan dan hati …

May, 2013

  • 25 May

    Santuni Anak Muda Dengan Islam

    “Mahasiswa itu cakapnya seperti guruh. Tunggu sahaja dapat Myvi sebuah gaji masuk bulan-bulan. Senyaplah mereka!” kata seorang pegawai. Rimas dengan tuntutan anak muda di bawah tadbirnya. Beliau memperlekeh pandangan-pandangan pelajarnya yang mengkritik pihak atasan. Segalanya dipukul rata sebagai pandangan semangat tanpa sokongan ilmu apatah lagi pengalaman. “Ghurur!” kata sesetengah orang. Perbuatan meremehkan orang muda bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Anak-anak muda itu sering digambarkan sebagai golongan yang berpemikiran singkat, tidak berfikir panjang, mengikut perasaan, belum mengenal realiti kehidupan, malah soal siapa makan garam dulu pun boleh dijadikan persoalan. Malah ia bukan asalan baru. Ia alasan yang telah dipakai …