November, 2016

  • 19 November

    Mustahil Kita Tiada Pilihan

    “Kau ada duit, bolehlah. Hantar anak ke sekolah swasta. Aku nak beli beras pun tercungap!” kata seorang bapa. “Cikgu sudah beri amaran, kalau anak tidak hadir kelas tambahan pada mana-mana hujung minggu, mesti hantar surat tunjuk sebab!” gusar seorang ibu. “Tahun ini kami tidak boleh balik kampung selalu atau hadir …

October, 2016

  • 25 October

    Menamatkan Pendidikan Kiasu

    Entahlah dunia apa yang kita hidup di dalamnya hari ini. Setelah anak nekad terjun membunuh diri, si ibu berkata beliau hanya berharap anaknya mendapat markah 70, bukannya 80! Apabila markah peperiksaan menjadi currency dalam mendidik anak-anak, ibu bapa dan guru bukan penyiram air dan baja kepada impian, harapan, potensi dan kehidupan …

  • 1 October

    Pendidikan Perlu Melahirkan Manusia Mukallaf

    Source: http://mereja.com/forum/viewtopic.php?t=92946 Mungkinkah punca masyarakat kita mudah tertipu adalah didorong oleh kurangnya sifat berdikari di dalam memotivasi diri, menguruskan perkembangan diri dan pembelajaran? Selama 6 tahun kita bergantung kepada ibu bapa. Kemudian masuk sahaja alam persekolahan, kita tidak dilatih untuk ‘take charge‘ ke atas pembelajaran diri. Bukan sahaja kerana kebanyakannya disuap …

September, 2016

  • 21 September

    Pedagogi Dahulu, Kemudian Teknologi

    Apabila berfikir tentang teknologi dan pembelajaran, kita perlu betulkan hala tuju antara P&P dengan teknologi. Jika kita fikir bagaimana hendak mengubah suai pengajaran dan pembelajaran supaya boleh menggunakan teknologi, maka ia memang mengundang padah malah salah. Apa yang kita perlu fikir ialah apakah masalah-masalah yang wujud di dalam pengajaran dan …

August, 2016

  • 24 August

    Perjalananku ke Oulu, Finland

    Selepas menyempurnakan kursus Helsinki Summer School in 2015, saya mempunyai kecenderungan yang tinggi kepada sistem pendidikan Finland. Kursus yang saya hadiri telah memberikan pendedahan secara intensif kepada sistem pendidikan Finland, dan kami bertuah kepada berpeluang melakukan internship di Puistolan Peruskoulu,  bertemu dengan guru, murid-murid dan pemimpin di sekolah komprihensif berkenaan. Saya selesaikan …

July, 2016

  • 2 July

    Bani Adam: Antara Khalifah Dan Makhluk Perosak Serta Penumpah Darah

    “Sesungguhnya Aku jadikan di muka bumi Adam itu sebagai khalifah,” Allah memberitahu. “Mengapa Engkau jadikan di bumi itu seorang khalifah daripada jenis makhluk yang berisiko melakukan kerosakan di sana dan menumpahkan darah?” Malaikat bertanya. Pertanyaan Malaikat bukan membantah ketentuan Allah. Aqidah kita menetapkan sifat Malaikat itu adalah makhluk yang taat …

  • 2 July

    Istiqamah Pasca Ramadan Demi Setia Dengan Kebenaran

    “Hmm, buang masa sahaja kursus-kursus ni. Sedarnya seminggu dua sahaja, lepas itu balik jadi macam dulu-dulu juga!” keluh seorang pekerja yang pesimis dengan kursus yang dihadirinya. Dia tidak sedar, bukan hanya kursus buatan manusia itu sahaja yang berdepan dengan masalah pi mai pi mai tang tu ini. Hatta yang pergi …

  • 1 July

    Ketidak Pastian Yang Disengajakan

    Menanti sebuah malam. Menanti atau mencari dan memburunya? Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian. Entahlah di …

June, 2016

  • 24 June

    Sembang Kerjaya: Bidang Syariah Bukan Pilihan Terakhir

    Petikan akhbar The Star 2010 “Kenapalah kamu ambil Syariah? Nanti habis belajar nak kerja apa?” tanya salah seorang ahli keluarga saya. Saya hanya mendiamkan diri. Menelan sahaja persepsi umum yang dilontarkan kepada keputusan saya untuk menolak tawaran yang lebih lumayan Semasa mengisi borang UPU, saya memohon untuk menyambung pengajian dengan …

May, 2016

  • 26 May

    Bencana Membuat Modul Berteraskan al-Quran Tanpa Ilmu Alat

    “Apa batasan untuk membina modul dengan menggunakan ayat al-Quran?” Salah seorang peserta bertanya. Kami berada di dalam program teknik membina modul yang saya dijemput menyampaikan sepatah dua kata. Pertanyaan beliau itu berat. Macam mana sekali pun, modul-modul yang mahu bersandar kepada al-Quran, adalah satu bentuk penafsiran al-Quran. Untuk menafsir al-Quran, …