Seruan Prihatin Palestin Tanpa Sindiran

Pemandangan ironi yang menimbulkan keinsafan, bukan peperangan mulut yang memandang Semalam, masjid yang saya singgah untuk bertarawih menghadirkan Imam dari Tulkarm, sebuah daerah bergolak di bumi Palestin. Wakil Aman Palestin menterjemahkan tazkirah ringkas beliau. Dalam lambakan maklumat tentang Palestin di sana sini, memperingatkan kembali bahawa isu Palestin tidak harus tenggelam dalam lambakan isu, nasihat sebegini memang perlu. Syabas kepada Aman Palestin. Konsisten berusaha dan berusaha. Ia menyedarkan kita, bahawa yang mengalami, yang mengetahui, yang tidak mengetahui, semuanya sedang diuji. Mati atau hidup, dua-dua adalah ujian. Itu kenyataan Allah di dalam surah al-Mulk ayat 2: “Dialah yang telah mencipta mati dan …

Read More »

Takutilah Fitnah Ilmu dan Tahu

Metode siapa yang lebih berilmu dan berhikmah? Metode Salaf, atau Khalaf? Perdebatan tentang hal ini berlarutan, menimbulkan kegelisahan malah perbalahan dan pergaduhan zaman berzaman. Ia tidak pernah selesai. Kendur satu pusingan, muncul pula generasi seterusnya untuk menyalakan api, mengipas dan membakar hangus persaudaraan, atas dua kumpulan yang berbalah pada mencari ketepatan dan mengimani Allah sebagai Tuhan, yang tiada sedikit pun ruang untuk dibandingkan dengan makhluq yang Dia cipta. Dalam banding membandingkan di antara cara siapa yang handal ilmunya, siapa lebih berilmu (A’LAM) dan siapa lebih berhikmah (AHKAM), terselit istilah ketiga yang sepatutnya lebih direnung oleh setiap insan yang berakal. ASLAM. …

Read More »

Fasting in Ramadan: Stronger or Sleepier?

“You neither eat nor drink the whole day?” Tan asked me. “Yes. The whole day. But not at night. Only from dawn to sunset” I replied. “How can you survive? Can you survive?” Tan asked again. “Well, it’s not just you. Even Habib Bourguiba, the late President of Tunisia who was also a ‘Muslim’, convinced that fasting is against productivity. You know the history?” I took my turn asking Tan my question.   Habib Bourguiba  “How would I know? Tell me!” he said. In 1961, Habib Bourguiba made a controversial statement claiming that fasting should not be observed for it …

Read More »

Tulisan dan Lisan: Tangan Menjadi Lidah di Akhir Zaman

Manusia bekerja dengan tangan. Manusia berkomunikasi dengan lisan. Manusia yang berkomunikasi dengan tangan, adalah manusia yang ada halangan berkomunikasi dengan lisan. Tangan dan lisan adalah sebahagian daripada anggota tubuh yang Allah berikan, untuk membantu manusia menerima dan memberi kebaikan. Demikian juga kaki, mata, telinga dan kurniaan yang lain. Tetapi tangan dan lisan itu unik. Hingga keIslaman seorang Muslim, dikaitkan dengan bagaimana kedua-duanya diguna pakai. Sabda Nabi sallallāhu ‘alayhi wa sallam: “Seorang Muslim itu adalah seorang yang kaum Muslimin terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya” [HR al-Bukhari] Lisan itu banyak mengundang sesalan. Ia mengungkapkan sesuatu, kadang-kadang teratur dan lurus, namun sering …

Read More »

Harakah(Daily): Mencari Husnul Khatimah

1991: Pembaca Setia Harakah, di Masjid Negeri, Seremban “Kenapa hantar ke Harakah?” tanya Tuan Pengetua. “Ia surat khabar kegemaran saya. Lagi pun, jika saya hantar ke Utusan Malaysia dan Berita Harian, mahukah mereka menyiarkan berita sebegini?” saya menjelaskan kepada Tuan Pengetua. Dengan semangat anak muda yang membuak-buak di dada. Jiwa yang meronta-ronta untuk menyatakan pendapat, telah saya nukilkan dalam sebuah artikel yang dihantar ke ruangan surat pembaca akhbar Harakah. Tahun 1993, di zaman Harakah benar-benar menjadi kebanggaan kerana setiap incinya menceritakan tentang Islam dan perjuangan. Biar dimarahi oleh pihak sekolah. Setiap kita mahu menjadi sebahagian daripada Harakah! Saya anak bongsu, …

Read More »

Jika Kita Membaca Lillāhi Ta’āla

Allah itu Tuhan yang Maha Pengasih. Dia memberi banyak. Dia ‘meminta’ sedikit. Kita dilahirkan sebagai manusia yang diberi pelbagai pemberian, hingga lahir kita langsung sebagai seorang penghutang. Berhutang pelbagai nikmat dan modal kehidupan. Pemiutang tidak meminta kita membayar kepada-Nya pada kadar yang Dia beri hutang. Dia suruh kita bayar dalam ibadah yang wajib-wajib sahaja. Dia suruh kita sumbangkan apa yang kita ada, untuk membangunkan kehidupan sesama kita. Bayaran hutang kita kepada-Nya, bukan untuk kebaikan-Nya kerana Dia tidak perlukan kita. Apabila kita membayar hutang kehidupan, kebaikannya balik kepada kita yang berhutang. Melakukan kebaikan dengan niat kerana Tuhan yang sebaik itu, besar …

Read More »

Kerana Aku Seperti Air

Kerana aku seperti air Aku boleh mencari jalan mudah untuk merupa diriku Membentuk diri pada bejana yang telah sedia ada Lalu lama seperti yang biasa Tetapi kerana aku seperti air Aku memilih untuk terus sebagai air Mengalir tidak pernah berhenti Melimpah, menyerap, menghakis, menembus Memenuh pada setiap ruang yang kosong Tanah tandus & benih kering Kucurahkan subur agar muncul tunas Merimbun duduk berteduh di dataran kosong. Kerana aku seperti air Aku boleh mencari alur pendek untuk meringkaskan perjalananku Mencari kolam kecil dan lopak yang telah sedia berlubang Lalu bertakung tiada hasil menunggu kering masa. Tetapi kerana aku seperti air Aku …

Read More »

Resolusi Konflik Berpandukan Teknik Q3:159

Semasa berlakunya perang Uhud pada bulan Shawwal tahun ke-3H, pasukan pemanah yang ditugaskan oleh Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah melanggar arahan Baginda, lalu meninggalkan lokasi mereka untuk mendapatkan harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh musuh. Tindakan ini telah memecah belahkan kesatuan tentera Islam dan mengakibatkan kekalahan. Sayyid Qutb di dalam Tafsir fi Dzilal al-Quran mengaitkan peristiwa ini dengan firman Allah: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan …

Read More »

29 Mei 1453: Pensejarahan Pembukaan Constantinople

Perbualan saya bersama Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman di al-Masjid al-Haram beberapa minggu yang lalu, menjadi peluang yang julung-julung kali dapat berlaku biar pun kami sama-sama ada di dalam MURSHID. Ketika itu saya mengerjakan umrah, dan Abu Anas al-Madani pula baru kembali dari Istanbul dalam perjalanan umrah beliau bersama rombongannya. Soalan yang beliau tanya adalah berkenaan kesahihan cerita yang masyhur berkenaan dengan penemuan jenazah sahabat yang mulia, Abu Ayyub al-Ansari r.a. oleh Sultan Muhammad al-Fatih semasa penawanan Constantinople pada Mei 1453. Abu Anas inginkan kepastian, benarkah kisah tentera al-Fatih mencium kaki sahabi ini, namun kemudiannya apabila al-Fatih sendiri …

Read More »

Al-Isra’ wa al-Mi’raj: Palestin Dalam Suluhan Surah al-Isra’

Jika motif peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj adalah hanya untuk urusan peribadi antara Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wa sallam dengan Tuhannya, nescaya perjalanan boleh berlaku secara langsung dari al-Masjid al-Haram di Mekah ke Sidrah al-Muntaha, tanpa perlu ‘transit’ di al-Masjid al-Aqsa di Palestin. Akan tetapi, persinggahan di bumi Palestin pada kejadian luar biasa berkenaan, mempunyai signifikasi yang perlu hidup hingga ke akhir zaman, sebagai kelangsungan nilai Palestin sebelum-sebelumnya. Allah bukan sahaja menyebut tentang al-Masjid al-Aqsa, tetapi mengiringinya dengan karakter khusus bahawa lokasi di mana masjid itu berada, persekitarannya adalah persekitaran yang diberkati. Kawasan persekitaran itu umumnya diertikan oleh para ulama’ zaman …

Read More »

Konsep Ulama’ dan Kepimpinannya

“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul. “Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan. Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan. Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan? KELUASAN TAKRIF Mungkin pendapat-pendapat yang …

Read More »

Selamat Hari Guru, Ibu!

“Siapkan latihan ini dan jangan bising” kata cikgu di hadapan. Soalan-soalan di papan hitam, perlu dijawab di buku latihan. Beberapa perkataan perlu disalin semula beberapa kali. Saya duduk di meja hadapan, bersebelahan pintu keluar. “Siapa yang bercakap itu?” cikgu mengangkat kepala. Aduh, bukan kamu semua tidak tahu, betapa garangnya cikgu ini. Mengapa masih ada yang mahu bercakap-cakap? Susah benarkah hendak diam, sepuluh dua puluh minit? “Baris hujung sana, semua bangun!” tegas cikgu. Kami semua berdiri. Ketakutan. “Siapa yang bercakap tadi?” tanya cikgu. Semua orang sepi. Tiada yang mengaku. Tiada yang memberitahu. “Oleh kerana tiada yang mahu mengaku, semua orang berdiri di …

Read More »