September, 2008

  • 26 September

    Biar Pun Atas Nama Anak Yatim

    “Nak, beli madu ni nak. Bagus madu ni” kata pakcik di sebelah saya. “Tak apa pakcik, di rumah saya ada lagi madu belum habis. Membazir pula nanti” saya membalas dengan baik. “Jangan begitu, nak. Madu ini berkualiti tinggi dan pakcik menjualnya untuk anak yatim. Ini surat pengesahan” pakcik tersebut sedikit …

  • 7 September

    Bercadang Untuk Tidak Berpuasa

    “Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan” kata seorang mahasiswi melalui emelnya kepada saya.   “Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!” maklum seorang mahasiswa pula. “Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan …

July, 2008

  • 29 July

    Krisis Pendidikan Seks Dalam Budaya Kelucahan Jantina

    “Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop ada dekat mana?” anak sulung saya bertanya. Usianya baru enam tahun. “Sudah besar, anak aku rupanya” hati saya terdetik. Sentiasa melihat anak-anak dengan wajah mereka tatkala di dukungan, terlupa yang mereka sudah meniti usia dewasa. “Sebelum Abi dengan Ummi kahwin, Yop duduk di tempat …

  • 7 July

    Agenda Tarbiah vs. Cita-cita Siasah

    Saya sedang memikirkannya secara serius. Apakah akan sampai satu hari nanti PAS terpaksa memisahkan identiti TARBIAHnya daripada identiti SIASAH? Pemisahan bukan kerana pemisahan prinsip pada cabang-cabang pemikiran Niccolò Machiavelli dalam Siasah dan Sayyid Qutb di dalam Tarbiyah. Bukan begitu. Pemisahan yang saya maksudkan itu adalah pemisahan yang terbit dari kegagalan …

May, 2008

  • 25 May

    PERMAI’08 Melabuhkan Tirai

    Dua trainer PERMAI’08, Ustaz Abu Saif dan Ustaz Fadly Riza “Kalian semua beruntung kerana berpeluang belajar di sebuah negara seperti Indonesia. Negara yang punya banyak peluang, banyak kekuatan, banyak harapan dan banyak juga masalahnya! Peluang untuk kalian matang dan belajar tentang kehidupan!”, pesan Ustaz Fadly Riza kepada peserta PERMAI 2008. Saya ketika …

March, 2008

  • 27 March

    Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti

    Saya bukan bapa mithali. Saya bapa realiti. Realiti yang ada buruk dan ada baiknya. Sebab itu saya rimas apabila catatan-catatan kekeluargaan saya dibaca secara tidak realistik. Seolah-olah semuanya terlalu ideal, cantik, kemas dan mithali belaka. “Habis, semua cerita anta berakhir dengan good ending belaka!”, kata kawan saya yang setia mendengar keluhan. “Itulah …

  • 7 March

    Menjernihkan Perubahan PAS-DAP

    “Susah nak ceramah bab Negara Berkebajikan ni” antara keluhan yang terdengar semasa kempen pilihanraya baru-baru ini. Perubahan pendekatan yang ditunjukkan oleh PAS sepanjang tempoh kempen, merupakan suatu proses yang mencabar. Biar pun taklimat telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS kepada jenteranya semasa melancarkan manifesto tempoh hari, ada beberapa persoalan yang …

December, 2007

  • 31 December

    Manusia Separuh Manusiawi

    Pemergian ke PUISI 2007 di Waterford Ireland baru-baru ini memberikan saya banyak pengalaman berharga. Bukanlah kerana banyaknya kejadian yang berlaku ke atas diri saya, tetapi lebih kerana hasil kelaziman membuka mata dan telinga terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita. Mungkin ini caranya yang baik untuk kita mendidik diri. Jangan …

  • 27 December

    PUISI 2007 Melabuhkan Tirainya

    Segala puji bagi Allah, PUISI 2007 telah melabuhkan tirainya. “Begin with the End in Mind” pada mendefinisikan “Apa Erti Saya Menganut Islam” adalah tema yang dipilih kali ini, demi memberikan penghargaan kepada buku karangan Fathi Yakan dalam mencorakkan persoalan erti menjadi Muslim yang sebenar. Syukur dengan segala kekurangan, terutamanya kekurangan …

  • 24 December

    PUISI 2007: Saya Diserang!

    Mount Melleray, Co. Waterford, Dublin, lokasi PUISI 2007 Alhamdulillah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam berjalan lancar. Walaupun penerbangan terlewat 3 jam, saya masih sempat mengejar flight ke Dublin pada jam 9 pagi. Sungguh memenatkan… 14 jam perjalanan di udara, disambung pula dengan 3 jam berkereta dari Dublin ke Mount …

  • 22 December

    Menuju PUISI 2007

    PUISI 2006 telah berlangsung dengan baik. Apa yang saya cita-citakan telah tercapai. Keinginan untuk membuktikan bahawa buku-buku Self Help sebagai bahan yang penting kepada Islam dan Muslim, The 7 Habits of Highly Effective Teens telah selesai saya olahkan agar penyampaiannya menepati perspektif Muslim. Biar pun ada suara sumbang yang memperlekeh …

October, 2007

  • 10 October

    Teman Nak Jadi Angkasawan!

    Shariman, saya, Faisal, Dzulkhairi, Ziad, Harith dan Fazrin, Blok B SIS, 1990 “Kenapa mike sugul ni?” saya menyapa Fazrin. “Mike tengok tu. Yang sana tu Bintang Utara, yang sebelah sini Buruj Pari” katanya sambil menunding jari ke langit. Angin malam di tepi padang sekolah, terasa nyaman sekali. “Habis, apa yang …

  • 9 October

    Aidilfitri: Meraikan Islamnya Kita

    Begitu cepat masa berlalu. Tanpa disedari, Ramadan telah pergi meninggalkan kita. Apakah masih ada peluang untuk bertemu dengan Ramadan yang akan datang, hanya Allah jualah yang mengetahuinya. Terkenang kita kepada peristiwa bagaimana Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam ketika menaiki tangga-tangga mimbar masjid baginda sallallāh ‘alayhi wa sallam, mengaminkan satu persatu …

September, 2007

  • 14 September

    Ramadan: Di Mana Bumi Dipijak

    “Macam mana ni ustaz. Saya nak puasa ikut mana?” sms seorang pelajar di luar negara kepada saya. Soalan yang sama datang setiap tahun, dan saya sendiri menempuh soalan yang sama setiap tahun saya berada di UK dan Ireland. “Ikutlah keputusan masjid. Masjid yang dianggap sebagai reference point di situ. Masjid dan kesatuan… …

  • 12 September

    Soalnya di Mana Ramadan Kita

    Sungguh menghairankan. Khabarnya dia itu sudah tertambat. Sudah diikat sepanjang Ramadhan ini. Bukan dengar-dengar, malah Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam sendiri yang memberitahu mengenainya: Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam bersabda: “Apabila tiba Ramadan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan …

  • 6 September

    Kenangan (Penangan) Bumi Kangaroo

    Akhirnya jumpa juga dengan kamu, Mr. Jack! “I believe that some of you are consistently absent from our lecture. I have to report this to the department!‘, kata pensyarah saya sebaik sahaja masuk ke kelas petang tadi. Aduh, apakah saya salah seorang daripada mereka yang beliau maksudkan? Malangnya Prof. terus …

  • 4 September

    PERISTIWA MERDEKA 2007

    Sebahagian peserta dan AJK Peristiwa 2007 Saya amat menghargai aplikasi Win-Win sahabat-sahabat di Perth yang menyusun sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50 agar seiring dengan PERISTIWA 2007. Oleh kerana pada tarikh berkenaan sahaja yang saya bercuti semester di UIA, maka PERISTIWA 2007 berlangsung pada Hari Kebangsaan. Kesediaan pihak penganjur memberikan peluang …

  • 2 September

    Berlabuhnya Tirai Peristiwa 2007

    Salam dari bumi Perth. Syukur Alhamdulillah. Program Perhimpunan Remaja Islam dan Tautan Insaniyyah Western Australia (PERISTIWA) 2007 telah pun melabuhkan tirainya. Selama tiga hari dua malam, kami berkampung di Masjid al-Rukun, sebuah masjid komuniti Melayu di Rockingham. Suatu pengalaman yang sungguh di luar jangkaan. Selama ini saya tahu ada ramai …

July, 2007

  • 27 July

    Nafas Baru: PUISI 2007

    “Mudah-mudahan semua yang kita rancang ini berjalan lancar, Ameen”, saya mengakhiri mesyuarat kami di Masjid al-Syakirin KLCC baru-baru ini. Pertemuan itu sungguh bermakna. Saya bertemu dengan AJK program PUISI 2007 yang pulang bercuti ke Malaysia. Perbincangan kami adalah untuk memutuskan isi kandungan PUISI 2007 akan datang. Ke Ireland lagi nampaknya… …

June, 2007

  • 21 June

    Muslim Pencemar Islam

    Peserta IYEP membentangkan idea mereka tentang Conflict Solutions Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) yang baru melabuhkan tirainya semalam, telah memberikan saya pelbagai suntikan idea tentang pelbagai perkara. Banyak yang perlu dianalisis, justeru banyak juga yang perlu ditulis untuk dikongsi bersama pembaca. Rata-ratanya, saya amat berpuas hati dengan kualiti peserta. Setiap …

May, 2007

  • 31 May

    Isu Kartika: Lebih Irish Daripada Irish

    “Hello!!!” jeritan kedengaran dari luar rumah. Terkejut saya dibuatnya. Disebabkan oleh suhu bilik saya di loteng agak sejuk, malam itu saya tidur di ruang tamu di tingkat bawah. Siapa pula yang mengetuk pintu malam-malam buta begini. Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi. “Sorry mate, I’m your neighbour next door. Ashley didn’t …

March, 2007

  • 18 March

    Orientalists: The Fishy Experts

    Orientalism was and always one of my favourite subjects. It helps my understanding and challenges my ability to analyse current events such as the Zionist crime in Palestine, under the shade of role played by the ‘experts’ behind the scene. Our main figures among the Orientalists whom we analyse their …

May, 2006

  • 1 May

    Jemaah Itu Keperluan, Ummah Itu Tujuan

    “SAYA kena sertai semua kumpulan. Kalau ikut satu sahaja, nanti jadi Jamaah Centric!” kata seorang siswa. “Lebih baik aku bebas. Tak terikat dengan mana-mana kumpulan. Mana-mana ada kelas pengajian, aku akan pergi. Ini baru Ummah Centric” komen seorang pelajar pula. Kebelakangan ini, isu Jamaah Centric Vs. Ummah Centric hangat diperbincangkan …

October, 2005

  • 31 October

    Akhirnya Kutemui al-Ghazali

    Pagi itu semasa saya sedang sibuk dengan urusan di pejabat, saya menerima panggilan telefon daripada Encik Saharom, Ketua Editor Majalah I. Beliau meminta supaya saya menulis satu tajuk yang amat membingungkan. Selalunya saya menawarkan diri menulis tajuk-tajuk yang saya mahir, tetapi kali ini Encik Saharom meminta saya mempertahankan seorang tokoh …

  • 30 October

    Sukar Untuk Kusembunyikan Ia

    BERAT. Sukar untuk kusembunyikan. Apakah yang mahu disembunyikan itu? Pastinya, apa yang cuba saya sembunyikan bukanlah hak orang lain. Saya bukan menyembunyikan ilmu, atau berita atau apa-apa yang menjadi kewajipan saya menyampaikannya. Apa yang cuba saya sembunyikan, adalah sesuatu yang rumit. Kita telah diajar oleh guru bahawa, senyuman yang biasa …

RSS
Follow by Email
LinkedIn
Share
Instagram