December, 2012

  • 11 December

    Di Hamparan Shamrock: Hamba Menyeru, Dia Menyampaikan!

    Alhamdulillah. Buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk diedarkan ke perpustakaan desa seluruh negara. Sungguh benar ibrah seruan haji oleh Ibrahim ‘alayhi al-salaam. Ibrahim menyeru. Allah yang menyampaikan. Pendek benar kaki saya hendak melangkah ke seluruh desa di empat penjuru negara bagi melunaskan tanggungjawab dakwah. Terima kasih kepada semua ‘tentera Allah’ yang bekerja keras menukar sedikit ilmu dan maklumat di hati, minda dan jari, kepada pelbagai medium penyampai. Moga semuanya menjadi amal jariah untuk hamba-Mu yang pendek usia dan sikit usaha ini. Allah, kuatkan hatiku, kuatkan tanganku, kuatkan mindaku, kuatkan semangatku, untuk aku tidak lelah …

  • 9 December

    Roda-roda Haq dan Batil Dalam Kehidupan

    Empat kisah utama di dalam Surah al-Kahf itu sungguh unik. Kisah Ashaab al-kahf. Kisah pemilik dua kebun. Kisah Musa dan Khidir. Kisah Dzulqarnain. Tiga kisah memaparkan pertembungan antara haq dan batil. Namun pertembungan itu bukan sekadar pertembungan. Ia memaparkan saiz yang berubah-ubah antara besar dan kecil yang bertukar tempat antara haq dan batil. Di dalam kisah Ashaab al-Kahf, yang haq itu kecil dan yang batil itu besar. Ashaab al-Kahf adalah sekumpulan kecil manusia yang lebih kecil daripada minoriti. Manakala raja yang zalim adalah kuasa besar, mewakili batil yang besar. Manakala di dalam kisah pemilik dua kebun, hak dan batil diwakili …

  • 9 December

    Al-Hujuraat: Keharmonian antara Badwi dan Bangsawan

    “Hoi, sial! Apasal lambat bonar kau balik?” jerit seorang sahabat dari tangga surau. Rakannya terkasima. “Huh, nate mu!” ujar seorang kawan. “Temannya bulat biji mata. “Bagero kamu. Jenuh aku menunggu!” herdik seorang pakcik. Pengantin baru itu terpinga-pinga. Ia ayat yang boleh didengari di sana-sini. Di satu tempat ia berbunyi biasa. Di satu tempat yang lain, ia seperti menyengat bisa. Demikian jugalah perihalnya tatkala Aqra’ bin Haabis  menjerit-jerit dari luar kamar Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Muhammad! Muhammad! (Jangan sampai aku hilang sabar) Aku ini pujiannya manis! Tapi kejiannya pahit! Aqra’ bin Haabis tidak sabar-sabar menunggu Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam …

  • 7 December

    Sebuah Kemestian Bagi Misi Mustahil Semasa

    Ia adalah jadual yang tidak masuk akal. Saya tiada pilihan kecuali terus berusaha dan sentiasa memastikan diri dekat kepada-Nya untuk mengekalkan kekuatan. La Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah. Doakan saya… JUMAAT (07/12/12) -Bahan Seminar Surah al-Hujuraat SABTU (08/12/12) Seminar Surah al-Hujuraat Ke KLIA Siap bahan siaran on air TV Al-Hijrah AHAD (09/12/12) On Air TV Al-Hijrah (7am – 10am)  Berehat Kuliah Maghrib Ganti Surau an-Nur Bangi (Penutup Kisah Musa & Khidir) Siapkan Assignment Metodologi Dakwah Quran (Pendekatan Dakwah al-Quran Terhadap Golongan ‘Asi) Emel bahan PUISI 2012 ke Dublin ISNIN (10/12/12) Lecture tambahan Kajian Teks Sejarah Islam Siapkan bahan Metodologi …

November, 2012

  • 30 November

    Kuasa Sebenar: Antara Magis dan Kasih Sayang

    “Tapi Abi, magic lagi hebat” Saiful Islam berdebat dengan saya. Tetap mahu membuktikan kuasa ILMU bukan kuasa yang diimpikannya. “Kenapa pula?” saya bertanya. “Ye la, dengan magic, kita boleh tukar dapat apa yang kita nak” hujahnya. “Yop memang percaya magic tu wujud ke?” saya mahukan kepastian. “Takde la. Saja je!” katanya. Ketawa kecil. Petang itu kami berbalas debat. Sebagai bapa, ada juga rasa sakit hati apabila hujah kita dinafikan oleh anak. Tetapi jika anak sudah dibiasakan berapa berpendapat dan mempertahankan pendapat, ibu bapa perlulah kuat semangat untuk mengendalikan ‘sesi latihan’ di rumah. Tumpaskan ego. Tingkatkan kesungguhan, mahu anak-anak berani berpendapat. …

  • 23 November

    VLOG: Petanda al-Kibr : Petikan Kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah

    https://www.youtube.com/watch?v=drOw7SJtJZ8 Khusyuk mengkaji kedudukan hadith, sama ada ia sahih atau tidak. Khidmat yang besar buat umat. Tetapi kesibukan melayan tugasan menilai sanad hadith, seseorang itu boleh terlupa meninjau matan hadith. Bukan pada nas, tetapi isi kandungannya. Pengajarannya. Tempat di mana sunnah sebenar berada. Bisakah seorang pengkaji hadith tertipu dengan amalnya? Abu’l-Faraj ibn al-Jawzi (maaf, saya tersilap menyebutnya sebagai Ibn al-Jawziyyah) di dalam karangan beliau bertajuk Talbis Iblis, memperingatkan akan hal ini. Kerana itu, saya yang sedang mengkaji biografi dan pemikiran Sheikh Mehmed Birgivi (meninggal dunia 1573M) di dalam buku beliau al-Tariqah al-Muhammadiyyah (The Path of Muhammad), tidak seharusnya larut dalam …

  • 19 November

    UPSR: Teruskan Perjalanan Sebagai Hamba Allah yang Berusaha

    Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah 1987 di SRK Raja di Hilir Ekram, Ipoh Pada tahun 1986, saya mendapat 5A di dalam keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (sebelum ditukar kepada UPSR). Pada tahun 1996, sudah tiada siapa kisah dengan keputusan yang membanggakan itu. Pada tahun 2006, 5A itu sudah hampir luput dari ingatan. Tetapi yang kekal hingga ke tahun 2012 ialah pengalaman belajar, berusaha, keyakinan diri, doa, dan tawakkal. Semua itu berguna pada tahun 2012 hingga ke akhir hayat. Maka dengan keluarnya keputusan peperiksaan UPSR 2012 hari ini, para ibu bapa dan guru, raikanlah apa yang maknanya kekal dalam kehidupan anak-anak …

  • 18 November

    Anak-anak Adalah VIP Sebenar Hari Graduasi

    Alhamdulillah. Hari ini adalah Graduation Day untuk anakanda Muhammad Imaduddin. Tahun ini beliau belajar di Brainy Bunch Islamic Montessori (BBIM) berhampiran rumah kami untuk melengkapkan proses pembelajaran pra sekolahnya. Saya dan isteri memilih Montessori atas beberapa faktor. Imad sebagai kanak-kanak yang lahir di hujung tahun, secara semulajadi mudah berasa tertekan dengan rakan sebaya kerana mereka dilihat sebagai kanak-kanak berusia 6 tahun sedangkan Imad masih 5 tahun. Tekanan tersebut menimbulkan anxiety yang meresahkan. Kerana itu saya dan isteri mencari satu sistem yang boleh membantu Imad berminat sendiri dengan pembelajaran tanpa ditekan-tekan dan dipaksa, seronok dengan proses pembelajaran dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang …

  • 17 November

    Tidak Perlu Menjadi BoBoiBoy Untuk Hebat!

    “Best kan? Kalau ada kuasa macam cerita BoBoiBoy?’ kata Imad. “Ha ah. Macam Gopal pun ok dah!” balas Saif. Kami sedang bersarapan pagi. Saya membaca jurnal di iPad, sambil meneman anak-anak yang rancak makan bihun. “Kenapa Allah tak bagi kita power macam BoBoiBoy kan?” sambung Imad lagi. Naurah dan Muiz khusyuk mendengar perbualan budak lelaki dua orang itu. “Kan Abi?” Saif menegur saya yang semenjak tadi tidak menyertai perbualan mereka. MELENTUR BESI Sambil membaca, telinga saya mencuri-curi dengar apa yang mereka bualkan. Maknanya, jurnal saya itulah yang saya tidak faham, barangkali. Mata boleh melihat banyak benda dalam satu masa, tetapi …

  • 16 November

    Gaza dan Doa Kita

    Gaza bermandi darah lagi. Hujan peluru. Syuhada’… Syuhada’… Hati pedih, mulut mahu menjerit. Mahu menyumpah seranah Zionis. Mahu kongsi pelbagai pautan di Facebook dan Twitter. Tetapi saya rasa ia seperti tidak punya sebarang makna. Saya menjerit di perkarangan universiti di Jordan. Saya menjerit di kota Belfast, Ireland Utara. Zionis masih di situ. Tidak sedikit pun terkuis oleh jeritan dan pelbagai tindakan saya. Kerana itu kali ini saya sepi. Termenung. Selepas puas memandang jauh, saya pulang melihat diri. Muhasabah. Terpandang hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam: عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏قَالَ ‏ ( ‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ …

  • 14 November

    Cara Kita Memandang Kanak-kanak

    “Syabas kepada tuan-tuan dan puan-puan, terutamanya yang anak mereka ramai dan sudah dewasa” saya memulakan penyampaian. Syabas kerana, menjadi kebiasaan kita semasa anak seorang, kita sangat bersemangat mahu mendidik anak. Pelbagai teori mahu diguna pakai untuk memastikan tomei-tomei kita cemerlang. “Macam mana saya nak pastikan anak saya suka sembahyang, ustaz?” tanya seorang ibu muda. Anaknya baru mencecah usia setahun! Takut pula saya memikirkan ibu bapa seperti ini. Terlebih semangat. Tetapi jika anak sudah empat lima orang seperti saya, tambahan pula mereka bukan lagi kanak-kanak, sebaliknya sudah menjadi remaja yang peluh masam dan banyak ragam, maka saya menumpang kagum pada kesungguhan …

  • 13 November

    Panduan Mengahwini Seorang Doktor

    “Apa persediaan yang diperlukan untuk mengahwini seorang doktor?” seorang penghantar emel bertanya soalan. Jawapannya ada di dalam tiga buku yang telah saya tulis. Tetapi memberitahu begitu mungkin tidak membantu. Apa yang ingin disampaikan mungkin perlu diberitahu secara spesifik agar JELAS. Berikut adalah rumusan yang boleh saya fikirkan, apabila seseorang yang bukan doktor mahu mengahwini seorang doktor: 1. GADIS ITU DOKTOR Anda mengahwini seorang gadis, yang anda pilih, dan cintai, kerana dirinya adalah dirinya, sebelum beliau seorang doktor. Pandanglah dia sebagai gadis itu, bukan sebagai seorang doktor. Dia mahu dirinya dicintai sebagai dirinya. Jika dirinya melakukan kesilapan, ia adalah kerana dirinya …