October, 2012

  • 17 October

    Berkomunikasi Dengan Hati

    Di zaman sains dan teknologi ini, pelbagai alat canggih dicipta untuk tujuan komunikasi. Telefon pintar. Keupayaan internet yang tinggi. Pengangkutan yang pantas dan efisyen. Segalanya demi manusia berhubung dengan lebih efektif, mudah-mudahan produktif. Namun rumahtangga masih berantakan, politik dalaman organisasi di pejabat dan persatuan tidak berkesudahan, salah faham antara bangsa dan negara menumpahkan darah, semacam manusia itu tidak faham antara satu sama lain. Seperti tidak berkomunikasi. Di era sahabat, berlaku konflik yang kritikal pasca pembunuhan Uthman bin Affan, antara Ali dan Muawiyah radhiyallahu ‘anhum. Ali di Mekah, Muawiyah di Syam, sisi pandang antara satu sama lain tentang keutamaan dalam tindakan, sukar ditemukan …

  • 16 October

    Di Musim Segalanya Statik dan Menjemukan

      Berat badan saya menjadi statik semenjak sebulan. Saya tahu puncanya. Motivasi yang merosot menyebabkan saya tidak sempat memasak sendiri. Saya makan di luar dan akibatnya, trace of sugar and carb tidak terjaga. Ia menbantutkan peranan HCG. Keletihan menguruskan akademik dan kerja menyebabkan saya tidak tidur dengan baik, mengganggu mood waktu siang dan menculas workout. Terima kasih atas nasihat Dr. Mahathir semalam. Walaupun doktor menasihati apa yang telah pernah diberitahu, kali ini saya ingat semula kepada firman Allah: وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ “Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat buat orang-orang yang beriman” [Al-Dzaariyaat 51: 55] Hari ini saya …

  • 16 October

    Sheikh Mehmed Birgivi di Minda dan Hatiku

    Saya kini kembali bergelar pelajar. Buat kali yang entah ke berapa. Kini saya menjadi pelajar sepenuh masa untuk program Sarjana Pengajian Islam di dalam Sejarah dan Tamadun Islam. Untuk semester ini, saya mengambil lima subjek iaitu: Fiqh Sirah Sejarah dan Tamadun Islam Sebelum Kejatuhan Baghdad 1258M Tamadun Islam Kajian Teks Sejarah Islam Metodologi Dakwah di Dalam al-Quran MEHMED BIRGIVI Pengajian dan kajian peringkat Master saya tertumpu kepada seorang tokoh pembaharuan, pemikir dan dakwah kurun ke-16 Uthmaniah iaitu Sheikh Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi yang lebih dikenali sebagai Mehmed Birgivi (1522-1573M). Asalnya saya meneroka aspek Sains dan Teknologi Daulah Uthmaniah. Kebanyakan …

  • 15 October

    Hapuskan Ego Dalam Mendidik Keluarga

    Sejauh mana ibu bapa membuka hati dan minda mereka untuk menerima nasihat serta saranan pakar dalam membetulkan amalan, kepercayaan serta salah tindakan kita semasa menjadi suami isteri, juga ibu bapa? Tidak masuk Syurga manusia hati ego. Hapuskanlah kepercayaan “anak bini aku, keluarga aku, jangan nak mengajar, aku lebih tahu!” Utamakan Allah, utamakan ahli keluarga, jangan jadi mangsa ego dan nafsu diri. Apabila anak-anak buat perangai yang kita tidak suka, seorang lelaki mungkin dengan mudah meremehkannya, menganggap itu semua kelakuan yang tidak penting. Lantakkan. Banyak benda besar lain yang lebih kritikal untuk difikirkan. Lebih hidup dan mati, lebih bread and butter! …

  • 14 October

    28 Juta – 200,000 – 15,500 – Akhirnya 30 Sahaja

    Alhamdulillah majlis di Institut Jantung Negara tadi berjalan lancar. Moderator, Erma Fatima menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Majlis dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, dan digerakkan dengan berkesan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Tan Sri Lee Lam Thye. Saya sangat tersentuh dengan perkongsian keluarga mereka yang telah pergi, namun sempat organ mereka didermakan, terutamanya kisah Encik Azli daripada Johor, yang sedikit sebanyak kesedihan mereka atas pemergian anak yang disayangi dalam kemalangan jalanraya, terubat dalam pendermaan organ anak seperti yang dihajatkan oleh al-Marhumah. Dalam kejelasan fikir, ketenangan Encik Azli terlerai dalam tangisannya mungkin kerana amat rindukan al-Marhumah anak yang dikasihi. Kami menumpang sedih dalam …

  • 14 October

    Saya Duta Pendermaan Organ KKM

    Tengah hari ini jam 2, saya akan bersama dengan Duta Pendermaan Organ yang lain, di dalam Majlis Pelancaran Kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Lobi Institut Jantung Negara (IJN). Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai. Erma Fatima, Adibah Noor, Hafiz Hamidon, Yasmin Yusuf dan ramai lagi akan hadir bersama. Kami telah diberikan peluang, serta amanah untuk berperanan sebagai Duta Personaliti Pendermaan Organ. Sepanjang minggu ini akan ada pameran, talk show, perkongsian pengalaman keluarga penderma dan banyak lagi aktiviti yang bersifat informatif pada membina paradigma membantu menjayakan kempen ini. Program ini dikendalikan oleh …

  • 13 October

    Forum Politik Matang di Shah Alam

    Forum Politik Matang di Kediaman MB Selangor tempoh hari, rupa-rupanya membariskan panelis yang semuanya graduan Jordan. Prof. Madya Dr Mohd Asri ZA paling senior, kemudian Dr Khairuddin at-Takiri, diikuti dengan saya sebagai junior. Dalam Forum Politik Matang berkenaan, saya ingin berkongsi sesuatu yang saya kira boleh menjadi nilai tambah untuk rakan panelis serta hadirin. Itu salah satu sebab mengapa saya banyakkan huraian berkaitan Sejarah dan Tamadun Islam, bersesuaian dengan keadaan diri saya yang semasa ini sedang menjadi murid Sejarah. Antaranya: Bagaimana Tauhid memberi kesan kepada struktur sosial – impak kepada bandar Ur kaum Sumer – pembuktian Tauhid melalui aktiviti arkeologi. …

  • 13 October

    Salam Ukhuwwah

      Assalamualaikum WBT. Lama blog Saifulislam.Com tidak berada di atas talian. Jika pengunjung resah bertanya, tuan rumah apatah lagi. Maafkan saya kerana mengambil masa yang panjang untuk bertindak. Arkib blog berusia 15 tahun itu sudah ada dalam simpanan ‘back-up’ saya. Namun sehingga kita saya belum pasti, bagaimana dan di mana ia hendak dimuat naikkan semula kerana bebannya boleh membuatkan halaman ini lumpuh semula jika saya hanya mengulang siar tanpa perubahan teknik yang signifikan. Insha Allah saya akan dapatkan nasihat-nasihat pakar mengenainya. Buat masa ini, perkembangan terkini boleh juga diperolehi dengan menyertai saya di halaman FB.COM/ustazhasrizal dan Twitter.Com/saifulislam. Salam ukhuwwah. HASRIZAL …

  • 13 October

    Rujukan Sirah Nabawiah

    Adakalanya saya kehairanan, tanpa bermaksud merendah-rendahkan sesiapa, bagaimana mungkin minat kepada Sejarah dan Sirah direalisasikan dengan ‘orang ramai’ membeli kitab-kitab premier seperti Sirah Ibnu Hisham, Al-Bidayah wa Al-Nihayah, Tarikh al-Tabari dan yang seumpama dengannya. Sedangkan saya perlu menyelesaikan beberapa subjek di peringkat sarjana untuk membaca buku-buku itu dengan betul. Jika kita berhajat untuk merujuk kepada sumber primer sekali pun, versi terjemahan tetap sudah menjadi sumber sekunder. Berpadalah dengan buku-buku kontemporari seperti Fiqh al-Sirah al-Buti atau Muhammad al-Ghazali, Sirah Nabawiah: Durus wa Ibar oleh Mustafa Siba’i, atau Biografi Muhammad oleh Prof Dr Dzulkifli Yusof dan Al-Raheeq al-Makhtoom oleh Mubarakfuri sebagai permulaan …

May, 2012

  • 25 May

    Irshad Manji: Kalaulah Boleh Beliau Kuabaikan

    Kali pertama saya mendengar nama Irshad Manji, kira-kira 10 tahun yang lalu. Nama itu tenggelam, sebagaimana datang dan perginya nama-nama seperti Astora Jabat dalam lingkungan domestik di sini. Apabila Irshad Manji menjengah Malaysia, masyarakat kecoh. Saya didesak untuk memberikan pendapat mengenainya, tetapi saya enggan berbicara mengenai apa yang saya tidak pasti. Ia menyalahi sifat adil dalam beragama. Menyedari akan besarnya idea yang dibawa oleh beliau, saya memaksa diri membaca buku THE TROUBLE WITH ISLAM TODAY, bagi memahami apakah yang melahirkan seorang ‘sarjana’Muslim Refusenik bernama Irshad Manji. Saya juga mengambil peluang membaca buku ALLAH, LIBERTY AND LOVE yang dimuat turun secara percuma di internet. Pendapat-pendapat …

February, 2010

  • 18 February

    Pemimpin Harus Punya Idea

    “Ana harap, di Duty Free nanti, ustaz beli sebuah buku bertajuk Ru’yati: al-Tahaddiyyaat fee Sibaaq al-Tamayyuz” kata Ustaz Hasan kepada saya. Buku berkenaan adalah karangan Mohammad bin Rashid al-Maktoum pemerintah Dubai. Beliau juga merupakan majikan yang membiayai posting saya sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre tidak lama dulu. Saya bekerja dengan tajaan Al-Maktoum Foundation. “Anta baca buku itu dan hayati kupasan beliau tentang plan dan misinya membangunkan Dubai. Juga kritikannya kepada idea Samuel Huntington berkenaan dengan Clash of Civilization” pesan Ustaz Hasan kepada saya. Kami berpelukan tanda perpisahan. Insya Allah ia hanya perpisahan yang sementara kerana kami berkongsi cita-cita yang …

  • 13 February

    MISI QATAR: Membekal Generasi Dongak Dengan Jiwa Tunduk

    Program di Khawr Community memberangsangkan. Saya sepatutnya berceramah hanya satu sesi, tetapi telah diminta menyambung pengisian dengan satu sesi tambahan. Ia suatu penghargaan dan saya menyambutnya dengan satu jam tambahan ceramah. Biar pun habis lewat, kami saling mengambil manfaat. Saya gembira bertemu dengan ramai ikhwah di Khawr, termasuklah Prof Azhar yang sering disebut-sebut warga ER HUKM, tempat Ummu Saif bekerja. Sesi tamat sekitar jam 11:30 malam dan saya tidur nyenyak di rumah akhi Megat terlalu sibuk tidur hingga tidak sempat untuk bermimpi. SUBUH YANG DAMAI Semasa bangun subuh, kaki saya mengalami sedikit kekejangan. Namun minyak angin yang saya bawa cepat …