January, 2013

  • 6 January

    Iceberg Sebuah Hedonisma

    Credit photo: www.zazzle.com Tindak tanduk manusia tidak rawak (random). Jauh sekali secara kebetulan. Tindak tanduk manusia itu ada mekanismanya. Ada perisian dalam jasad manusia yang menyebabkan dia bertindak tanduk dengan tindak tanduk tertentu. Apa yang dia rasa, apa yang dia pilih, apa yang diutamakan, apa yang tidak dipedulikan, apa yang penting, apa yang tidak signifikan, apa yang utama, apa yang wajar menerima pengorbanan dan apa yang tidak kisah jika ia terkorban sekali pun, semuanya itu tidak random. Ia hanyalah kemuncak sebuah iceberg. Kemuncak iceberg ialah apa yang dapat dilihat mata, ketika mana isi yang terlindung daripada pandangan mata adalah berganda …

  • 6 January

    Antara Isi dan Kulit: Al-Fahmu Buat si Ulu al-Albab

    Setiap kali berbincang atau bermesyuarat, kita amat berhajatkan kepada keupayaan memahami masalah. “Apa masalahnya?” Andai soalan ini tidak berjawab, maka berjela-jelalah mesyuarat ini. Sejam boleh berlanjutan jadi sehari. Satu mesyuarat boleh meleret jadi sepuluh. Lebih malang, kita tidak sedar pun yang kita sebenarnya sedang membuang masa. Semata-mata kerana kita tidak mempunyai sebarang indikator (petunjuk), bahawa kita bermasalah. Bermasalah dalam memahami, “apa masalahnya” Menjadi manusia yang faham, disebut sebagai Ulu al-Albab (أولو الألباب) Al-Albab merupakan kata jamak kepada LUBB yang bermaksud isi atau inti. Ulu al-Albaab bermaksud orang yang dapat isi, dapat inti. Ada yang faham kulit, ada yang faham isi. …

  • 4 January

    Gandakan Manfaat, Tanda Barakah dan Rahmat

    Hari pertama tiba di bumi Shamrock, saya dan isteri disambut oleh tenaga utama di sebalik PUISI2012 ini Salah satu cara yang menjadi amalan kebiasaan semenjak alam persekolahan ialah, apabila saya mahu memahami dan mengingati sesuatu, saya akan menulis mengenainya. Kebiasaan ini jugalah yang akhirnya menghasilkan blog Saifulislam.Com dan buku-buku berkenaan. Menulis, seperti resepi Gilgamesh yang mengembara mencari formula melawan kematian, menjadikan kematian Gilgamesh tidak mematikannya. Jasadnya mati, namanya disebut, manfaat tulisannya diberi ‘nyawa’ oleh hembusan nafas masa. Itulah kuasa menulis. Tidak hairan, mengapa Allah SWT bersumpah dengan Tulisan, Alat Menulis dan Lembaran Tulisan (Surah al-Qalam). Hanya penulis yang tidak disertakan. …

December, 2012

  • 27 December

    PUISI 2012 Melabuhkan Tirai: Misi Menjadi Manusia Berperisian

    PUISI 2012 melabuhkan tirainya. Ini PUISI ke-10 semenjak kali pertama ia dianjurkan pada musim sejuk 2003. Ini pula PUISI ke-3 saya selepas kali pertama menerima jemputan pada 2006 dan kemudiannya 2007. Kali ini saya dijemput untuk menyampaikan modul Pengurusan Hidup Berpandukan Surah al-Kahf. Komiti menamakan PUISI 2012 ini sebagai The Road Not Taken, berinspirasikan sajak Robert Frost dengan tajuk yang sama. Saya amat gembira semasa menerima jemputan urusetia. Tanpa banyak berfikir, saya memberikan persetujuan. Sudah tentu salah satu dorongannya adalah perasaan rindu yang mendalam kepada Ireland. Tetapi sebab utama mengapa PUISI kali ini saya anggap sebagai anugerah, adalah kerana peluang …

  • 21 December

    “Anak Saya Minat Lady Gaga, Ustaz!”

    “Bagaimana kami hendak menjawab kepada anak-anak yang semakin meningkat remaja, persoalan mengapa mereka perlu bertudung, kenapa kena bataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta hal-hal lain yang sering menjadi persoalan mereka?” salah seorang sahabat yang hadir di dalam halaqah kami bertanya. Ia persoalan yang berat. Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang remeh dan enteng persoalan itu. Kepala saya ligat berfikir. Hari ini, saya sedang berhalaqah dengan rakan-rakan komuniti Malaysia yang berkampung di Lucan, Dublin. Kami berbicara tentang Ibrah Daripada Surah Luqman. Soalan yang hadir daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka di ‘negeri orang’. Ironinya, soalan yang sama telah beberapa …

  • 15 December

    Masih Ada Betul Yang Betul Dan Salah Yang Salah

    credit photo: redrumzero.wordpress.com “Kita kenalah berlapang dada. Tidak semua orang fikir macam kita. Janganlah rigid sangat!” kata seorang lelaki. “Apabila dia cakap macam itu, tidak semestinya dia bermaksud tidak baik. Mungkin cara dia salah. Tapi niat dia baik!” ulas seorang perempuan. “Tuhan ciptakan manusia berbeza-beza. Takkanlah semua kena sama. Relaks la bro!” tegas seorang yang lain pula. Kata-kata seperti ini sering kita dengar. Malah sering juga diajukan kepada kita sendiri. Semasa kita nampak sesuatu itu jelas kesalahannya dan memerlukan pembetulan, tiba-tiba pembetulan kita dibidas semula, bukan dengan pembetulan berbentuk hujah berbalas hujah, tetapi mengguna pakai hujah universal iaitu, manusia diciptakan …

  • 14 December

    Geografi ‘Mengantarabangsakan’ Diri

    “Kok Meng, kau punya giliran!” kata Chee Mun. Sahabat kami berpinar-pinar matanya meneliti atlas. “Ok, cuba cari Kampung Sekreta” katanya. Kami semua terdiam. Mulut terkunci, mata ligat memerhati. Mencari. “Hah jumpa dah!” kata Asma. Sebuah kampung tidak jauh daripada persisiran Sungai Pahang. “Ok, aku bagi yang susah punya!” ujar Asma pula. Kami terus menerus bermain Atlas sementara mengisi masa kosong kerana cikgu tidak hadir ke kelas. Sering terjadi, apabila cikgu bermesyuarat dan tidak masuk mengajar, kami sangat gembira. Mengisi masa kami, antaranya adalah dengan bermain Atlas. Permainan popular kami di SRK Raja di Hilir Ekram, Ipoh. Melalui permainan itu jugalah …

  • 13 December

    Al-Hujuraat 4-5: Masalah Kita Bukan Babi

    Saya telah membuat satu kenyataan ringkas yang amat mudah. “Babi haram dimakan dagingnya oleh Muslim” Sungguh mengejutkan. Reaksi yang saya terima pergi lebih jauh daripada apa yang saya jangkakan. haram tak kalau sentuh babi? 42 minutes ago · Like kenapa haram? 42 minutes ago · Like · 1 selain dagingnya? em… cth: kulit, bulu 40 minutes ago · Like tidak haram menyentuh binatang tu, hanya perlu disucikan dengan syarat2nya.. 40 minutes ago · Like · 3 kalau tersentuh daging babi kena samak tak? 39 minutes ago via mobile · Like haram qath’ie krn ada dalil. haram krn dalil,bkn haram krn …

  • 13 December

    EBOOK: Tak Kenal Maka Tak Cinta di TV Al-Hijrah

    Bual santai di rancangan Assalamualaikum pada 10 Disember 2012 yang lalu. EBOOK Tak Kenal Maka Tak Cinta boleh dibeli melalui link berikut: TAK KENAL MAKA TAK CINTA Sebarang isu teknikal berkaitan pembelian, pembayaran, akses video dan proses muat turun, mohon dirujuk kepada penerbit. Salam ukhuwwah. HASRIZAL 43000 BSP

  • 12 December

    Khalifah Model School (Secondary): Think Big Act Small, Welcome 2013

    Assalamualaikum. Sejak sekian lama, sebagai pendakwah dan bapa kepada anak-anak sendiri, saya sering berkongsi pendapat tentang pendidikan. Biar pun saya bukan seorang guru, saya sering memposisikan diri saya sebagai pihak ketiga (selain ibu bapa dan sekolah) untuk melihat pendidikan dari sudut yang sentiasa meletakkan keinsanan murid-murid sebagai paksi utama, mengatasi kepentingan ibu bapa, guru, jabatan, kementerian dan pasaran. Khalifah Model School (Secondary) merupakan sebuah projek besar lanjutan Khalifah Model School (primary) yang telah sedia ada beroperasi semenjak sekian lama. Tahun 2013 ini merupakan tahun pertama sekolah menengah, selain menyertai Board of Directors, saya juga memberikan komitmen menjadi guru bulanan yang …