Drama Nur 2: Defisit Kemanusiaan Memamah Keislaman

“Kita perlu terlebih dahulu memanusiakan anak-anak kita sebelum memuslimkan mereka!” Ramai yang marah. Sekular! Melaga-lagakan antara Islam dan kemanusiaan manusia. Macam-macam yang diajukan kepada saya ekoran kenyataan berkenaan. Hakikatnya, Allah mewahyukan al-Quran dan memberikan agama Islam kepada manusia untuk manusia mengamalkannya. Pengamal Islam mestilah manusia. Untuk membolehkan manusia mengamalkan Islam dan menghargai wahyu Tuhan, manusia itu perlu manusia. Jika manusia itu mengalami defisit pada kemanusiaannya, maka kebolehannya untuk menghargai ajaran Tuhan akan terjejas. Imam Birgivi (meninggal dunia 1573M) menjelaskan bahawa akhlaq yang baik itu terbina di atas syakhsiah diri yang kuat. Kekuatan syakhsiah diri itu ada tiga iaitu: Rasional (النطق) …

Read More »

Drama Nur 2: Cinta Remaja Di Mata Orang Dewasa

Cinta monyet atau ‘puppy love’ di kalangan remaja, boleh jadi memualkan bagi yang memandangnya dari sudut yang memualkan. Tetapi ia adalah realiti kehidupan remaja, yang kita sama ada sebagai pendidik, mahu pun sebagai ibu bapa, perlu berempati dalam mengendalikannya. Anak kita di setiap umur ada cabarannya. Dan cabaran di usia remaja, antaranya adalah soal cinta. Kita boleh remehkan hal cinta remaja ini. Ia remeh untuk kita orang dewasa. Tetapi ia ‘real’ kepada mereka, dan besar kepada kehidupan mereka. Jika kita mengambil sikap memperlekeh masalah remaja, ia hak kita. Tetapi dengan sikap sedemikian, kita tidak dapat mengambil tanggungjawab mendidik mereka. Mendidik …

Read More »

Drama Nur2: Manipulasi Prinsip ‘Presumption of Innocent’

“Selagi mahkamah belum membuktikan saya bersalah, saya tidak bersalah!” Ia kenyataan yang diulang berulang-ulang kali oleh Syed Hamadi. Kepada isterinya, Aisyah. Kepada bapa mertuanya, Datuk Ayah Haji. Hakikatnya, kepada kita semua yang menontonnya. Slogan presumption of innocent ini adalah kenyataan yang asasnya adalah betul. Tetapi Syed Hamadi memanipulasinya sebagaimana slogan Inil hukmu illa lillah (Sesungguhnya hukum itu hanya milik Allah) dimanipulasi oleh golongan Khawarij untuk kepentingan mereka dahulu kala. Walaupun Nur2 agak perlahan untuk memecut momentum, masuk 7 episod ia disiarkan, apa yang paling menonjol adalah watak Syed Hamadi yang unik. Ia bukan lagi soal ‘penunggang agama’ seperti Nur musim pertama …

Read More »

Melangkah ke Sekolah Finnish Sebagai Guru dan Peninjau Sistem

Jika kita singgah di sebuah sekolah Finnish, kita tidak akan merentas sebuah pagar yang berkunci. Sekolah lazimnya tiada berpagar, terbuka, tiada ‘pak guard’ dan ada banyak pintu masuk. Ia lazimnya berada di sebuah kejiranan. Kelengkapannya serba lengkap dengan keperluan asas, mempunyai beberapa ratus orang murid dan saiz setiap kelas biasanya sekitar 15 ke 20 orang, ada sesetengahnya lebih sedikit namun amat jarang melebihi 30 orang. Andai kita mengintai kelas, biasanya kita akan nampak guru sedang berinteraksi dengan seorang murid dan menyelia pembelajarannya, kemudian sekali sekala menoleh kepada murid lain yang memanggil untuk mendapatkan bantuan. Sesekali, kelihatan seorang lagi lelaki atau …

Read More »

Aku, Baca, Buku, dan Kehidupanku

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” (Surah Al-‘Alaq 96 : 1) Wahyu yang pertama diturunkan ialah perintah membaca. Dia perintahkan kita membaca, dan bacalah dengan nama Dia.  Kita baca untuk mendapatkan ilmu. Kita membaca kerana mahu mencari kebenaran, dan untuk menjadikan kebenaran itu dicari, kita perlu menjadi manusia yang bertanya dan menghasilkan persoalan. Berfikir. Baca itu ibadah dan simbolik kehambaan kepada Ilahi. Diperintahkan membaca kepada manusia yang berakal untuk mengangkat manusia ke martabat yang tinggi. Untuk mencapai martabat itu, jalannya ialah baca. Kita membaca didorong oleh keperluan, bukan sekadar kemahuan. Namun tatkala keperluan dan kemahuan bersatu, ia rahmat dan menjadi …

Read More »

Artikel 2007: Cinta Tanpa Syarat

Emak di sisi pusara Abah Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24) “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”. Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor. Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk …

Read More »

Rotan dan Tampar: Disiplin Murid Menurut Pandangan Klasik Ilmuan Islam

“Allah, itu pun nak terasa. Lembik!” “Manja sangat!” “Aku kalau tak kerana kena pelempang cikgu, mak bapak aku, rasanya aku tak jadi orang macam hari ni!” “Semua ini tarbiah. Ulama dulu lagi susah hidup mereka!” Guru bertindak mengasari murid secara fizikal bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat kita. Selain merotan, tindakan-tindakan seperti menampar, menarik sideburn, mencubit, menendang, menumbuk dan sebagainya itu lebih membimbangkan. Mengapa hal ini boleh berlaku? Bagaimanakah murid-murid sebagai kanak-kanak dipandang oleh guru sebagai seorang dewasa? Ramai di kalangan kita ada pengalaman dalam hal ini. Saya juga. 30 TAHUN DAHULU Pernah suatu ketika saya meminta kebenaran guru …

Read More »

Mengubah Musibah Menjadi Kebaikan

Suasana hari ini susulan tragedi malang di Christchurch New Zealand mengingatkan saya kepada pengalaman kecil semasa bertugas menjadi imam di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara lebih 15 tahun yang lalu. Saya menjadi ‘imam muda’ yang tidak berpengalaman, mengendalikan sebuah komuniti Muslim yang rencam, sejurus selepas kejadian 11 September 2001. Saya mula bertugas pada 1 November 2001. Saya tidak sempat untuk mencuba-mencuba strategi kerana sedari awal perkhidmatan, sudah terpaksa berdepan dengan cabaran dan tanggungjawab yang lebih besar daripada yang saya jangkakan. Berlaku beberapa insiden masjid kami dibaling dengan bata hingga pecah tingkap dan komuniti Muslim terutamanya wanita berhijab berhadapan dengan cacian …

Read More »

Tragedi Keganasan Christchurch: Mematikan Agenda Kebencian

Bingung. Apa ini? Subuh Jumaat itu, semasa membuka aplikasi WhatsApp di telefon, saya tergamam membaca mengenai kejadian serangan masjid di Christchurh, New Zealand. Saya tidak mengetahui skalanya, dan terheret menonton sebuah klip video yang diedar di aplikasi berkenaan. Langsung jadi kecamuk, terkejut… inna lillah wa inna ilayhi raji’un. New Zealand itu di hujung selatan, seperti Finland di hujung utara, adalah negara yang sinonim dengan keamanan dan kesejahteraan. Jenayah yang sangat rendah, perkara terakhir yang boleh terfikir di minda ini untuk terjadi di sebuah negara seperti New Zealand adalah serangan pengganas fasisme dengan angka korban sebesar itu. Ya Allah, lindungilah saudaraku, …

Read More »

(Artikel 2007): Kenapa Mahu Menjadi Doktor?

Kenapa anda mahu jadi doktor?” saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. Pelajar yang hadir tersenyum-senyum. “Sebab minat biologi?” saya bertanya. Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu. “Sebab suka tolong orang?”saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk. “Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga …

Read More »

‘Confirmation Bias’: Helah Minda Dalam Mencari Hujah

Credit Photo: Data Science Central Confirmation bias adalah ibu segala falasi, yang memberanakkan pelbagai bentuk falasi lain dalam kehidupan ini. Ia adalah kecenderungan kita mencari bukti-bukti yang menyokong pegangan sedia ada, dan bukannya memanfaatkan bukti-bukti yang ada untuk membuat rumusan secara objektif. Kalau sudah cenderung kepada suatu pegangan, berkemungkinan besar kita akan teruja dengan fakta-fakta yang menyokong pegangan tersebut. Satu fakta yang terpencil, lemah, dan tunggal sekali pun, mungkin lebih mempengaruhi pendirian kita berbanding dengan fakta kukuh tetapi menyanggah. Asasnya mudah. Fakta ‘tidak manusiawi’. Fakta tidak mengambil kira hal-hal rumit yang mempengaruhi manusia membuat keputusan dan pendirian. Pengalaman peribadi, emosi, …

Read More »

Tangan Ibu

Memapah ke Syurga Saya pernah memegang tangan ibuJari telunjuk kanannya mengerasKerana banyak memegang pena Kilometrico dan ReynoldsMenanda buku latihan anak muridnyaDan buku rancangan mengajar hariannya. Saya pernah tidak suka dengan tangan ibuKerana tangan itu mematah batang ubiMenghambat saya di petang hariYang enggan pulang ke rumah walau sudah dinihariSibuk mengejar arnab di bukit kecil pinggir landasan keretapi. Saya pernah merenung tangan ibu dengan marahKerana tangan itu menggenggam pembaris papan hitamDan menghukum betis kami seluruh barisanDek salah seorang kami mencetus kebisinganSaya tidak bersalah mengapa cikgu rotan saya. Saya pernah tidak nampak tangan ibuSemasa mata saya bengkak terhempas ke pasu bungaTercampak dari buaian …

Read More »