November, 2012

  • 7 November

    Antara NAS dan INSAN

    Jurang budaya di dalam masyarakat kita semakin melebar. Jika diambil negeri Selangor sahaja pun, kita sudah cukup terasa betapa jauhnya beza keperluan dan kemahuan Muslim yang berada di Tanjung Karang dan Sungai Besar, dengan mereka yang berada di Subang dan Damansara. Perbezaan itu lebih terasa apabila kita mendekati mereka dengan DAKWAH, yang menuntut kita agar tepat dalam menyampai (AL-HIKMAH). ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah …

  • 3 November

    Laras Akademik vs Laras Populis

    Sudah lama saya tidak mengendalikan kursus motivasi. Semenjak menyambung pengajian di UKM, dan STC kembali menjadi seperti hari satunya, saya hanya menerima jemputan program kecil-kecilan untuk terus memberi, dan seadanya, menerima. Kali ini saya berprogram bersama warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Ledang di Johor. Program ini adalah hasil inisiatif sahabat saya, Dr. Norizad yang sudah selaras visi dan misi kami semenjak sebumbung di Belfast lagi. Beliau amat berharap melalui program ini, para doktor, pembantu kesihatan, matron, jururawat, pembantu farmasi, pegawai tadbir dan seluruh warga kerja perkhidmatan kesihatan daerah ini, dapat meningkatkan penghayatan kerja, buat diri mereka sendiri dan masyarakat menumpang …

  • 1 November

    Tahun Ini Aqil Baligh?

    “Abi, apa dia yang bila kita dah boleh tanggung dosa sendiri tu?” tanya Saiful Islam. “Dah boleh tanggung dosa sendiri? Mampu ke nak tanggung dosa?” saya membalas pertanyaan dengan pertanyaan. “Habis tu apa?” anak sulung saya kebingungan. “Bukannya sudah boleh tanggung dosa sendiri, tapi KENA tanggung dosa sendiri!” saya membetulkan soalannya. “Aha, betul, betul. Apa dia?” tanyanya. “Aqil baligh!” saya menjawab. “Haa, aqil baligh!” ujar beliau. “Abi aqil baligh umur berapa tahun?” soalnya lagi. “Lebih kurang umur Yop sekaranglah!” saya terus menjawab. “Oh, alamak. Maknanya adakah Yop juga akan aqil baligh tahun ini? Habislah. Suara bertukar, bermisai!” katanya sambil mengurut …

October, 2012

  • 31 October

    Iconoclasm di Bumi Haramain

    Bangunan lama sudah tiada Ia satu bentuk ICONOCLASM.  Iconoclasm is the deliberate destruction of religious icons and other symbols or monuments, usually with religious or political motives. It is a frequent component of major political or religious changes. The term encompasses the more specific destruction of images of a ruler after his death or overthrow (damnatio memoriae), for example, following Akhenaten’s death in Ancient Egypt. – wikipedia ICONOCLASM bukanlah ciri yang patut dikhususkan dan ditujukan hanya kepada ‘Wahhabiah’. Ia wujud dalam semua bentuk gerakan Islah dan Tajdid, hatta reformasi dalam agama lain. Orang Kristian pun ada Calvinist Iconoclasm. Kerana mahu …

  • 24 October

    Dakwah ‘Hati Kering’!

    Saya kehairanan semasa membaca buku  al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah oleh tokoh yang sedang saya kaji, Sheikh Mehmed Birgivi (1522-1573M). Sheikh Mehmed Birgivi datang daripada latar belakang keluarga, pendidikan serta persekitaran Tasawwuf. Malah pada hari ini, ada beberapa kumpulan Tarekat seperti Tarekat Bayramiyah, yang menyatakan bahawa asas disiplin kumpulan mereka adalah pada legasi Sheikh Mehmed Birgivi. Keturunannya yang masih bergiat dalam pendidikan hari ini iaitu Sheikh Muhammad Amin Siraj di Masjid Fatih, Istanbul, juga adalah seorang tokoh dalam Tasawwuf semasa. Sedangkan, membaca buku Sheikh Mehmed Birgivi tidak langsung menampakkan kepada saya bahawa beliau seorang Sufi. Di dalam kajian sejarah …

  • 23 October

    Sunnah Meminta Pendapat Anak

    “Kalau Abi tanya sikit, boleh?” saya memecah sepi di dalam kereta. “Tanyalah” jawab Saiful Islam. “Apa tentang Abi yang paling Yop suka?” saya menyoal. “Hmm…” anak sulung saya mengeluh perlahan. Lama beliau berfikir. Sambil memandu, saya memandang di ekor mata memerhatikan gelagatnya. “Sabar! Yop rasa Abi seorang yang sabar” jawabnya. “Kenapa agaknya Yop kata Abi sabar?” saya menyoal lagi. “Bukan senang jadi bapa. Anak-anak buat perangai macam-macam. Tapi Abi sabar” terang beliau. “Sesekali Abi marah juga. Yop pun pernah kena rotan juga, kan?” saya mahukan kepastian. “Sesekali tak apalah. Biasalah tu” jawabnya. Jawapan yang Saiful Islam berikan itu mencetuskan rasa …

  • 22 October

    Kebijaksanaan Karya Al-Asma’ Al-Husna Asmawi (Mawi AF)

    Selepas dua bulan mendapatkan album Al-Asma’ Al-Husna oleh Asmawi (Mawi AF) ini melalui iTunes, saya masih mengekalkannya sebagai album terbaik untuk tahun ini. Tidak keterlaluan saya katakan, penghasilan album ini sangat bernilai tinggi pada bakat dan kebijaksanaan memilih Al-Asma’ Al-Husna sebagai satu-satunya lirik dalam kesemua trek. Hanya dengan Al-Asma’ Al-Husna, 10 lagu disampaikan dengan halus, tenang, sejuk, mendamaikan, bersama susun atur muzik yang cemerlang. Ia memberi nafas baru di luar kotak untuk pengolahan berbeza Al-Asma’ Al-Husna yang belum pernah saya temui di mana-mana, setakat ini. Saya berhasrat untuk menghadiahkan album ini kepada rakan-rakan di Turki sebagai sebuah album Islami yang …

  • 21 October

    Pakar Motivasi di Dalam Rumah Sendiri

    “Siapa yang baru balik daripada kem motivasi lain?” saya bertanya. Seorang pelajar mengangkat tangan. Mukanya masam mencuka. “Khair. Jangan sedih ya. Dalam kem ini, kamu akan berehat daripada keletihan kem sebelumnya, Insha Allah” saya memujuk. “Siapa yang selepas kem ini, akan pergi ke kem lain pula?” saya menyambung pertanyaan. Pelajar yang sama mengangkat tangan! “Haha!” saya ‘terketawa’. Menumpang simpati. Maknanya pelajar ini ibu bapanya menghantar anak mereka untuk dibesarkan di hutan sepanjang cuti persekolahan. Antara drama yang saya temui dalam kem cuti sekolah yang pernah kami adakan. Cuti persekolahan tahun ini berbeza sedikit daripada sebelumnya. Saya tidak menganjurkan Kem Hijrah …

  • 18 October

    Pemuda Berjuang Tidak Akan Bersendirian

      Gua disinar mentari. Cahayanya tidak kena secara langsung ke tubuh anak-anak muda itu. Mereka duduk di tengah gua. Manusia yang menjengah, melihat mereka berjaga, mata seperti terbuka. Sedangkan mereka lena. Tidur bagai berhibernasi. Tubuhnya dibolak balik kadang-kadang ke kanan, kadang-kadang ke kiri. Terhindar daripada cedera luka oleh graviti. Si anjing tidur bertimpuh di pintu gua, seperti semuanya sangat biasa, yang luar biasa. Sesiapa sahaja yang terlihatkan anak-anak muda itu akan melarikan diri ketakutan. Hati pemerhati dicampak gerun yang menjauhkan diri. Itulah deskripsi al-Quran tentang Ashaab al-Kahf. Anak muda yang beralah bukan mengalah, mengasingkan diri dalam rahmat Allah, kurniaan yang …

  • 18 October

    Iqra’: Permulaan Sebuah Perjalanan

    Hari ini apabila kita menguasai satu topik, kita sudah digelar pakar. Tatkala meneliti bibliobiografi alim ulamak dulu, terasa betapa kerdilnya kita hari ini, yang miskin segala-galanya, tetapi bercita-cita mahu bergandingan tangan dengan mereka menuju Syurga. Malas dan jahil, menjauhkan Radhiyatan Mardhiyyah. Iqra’ menjadi ayat pertama pada memperbaharui Kerasulan yakni mengembalikan manusia kepada kehidupan berTuhan. Membaca dengan nama Tuhan yang Mencipta, adalah asas besar dalam erti kita menjadi Muslim. Belilah buku, kumpul, baca, fahami, ajak ahli keluarga dan anak-anak berkongsi kemahuan membaca. Umat yang membaca, berilmu, faham dan beriman, terpelihara daripada penyesatan syaitan Jin dan Manusia. Membaca, jangan hanya banyak membaca, …