October, 2012

  • 13 October

    Salam Ukhuwwah

      Assalamualaikum WBT. Lama blog Saifulislam.Com tidak berada di atas talian. Jika pengunjung resah bertanya, tuan rumah apatah lagi. Maafkan saya kerana mengambil masa yang panjang untuk bertindak. Arkib blog berusia 15 tahun itu sudah ada dalam simpanan ‘back-up’ saya. Namun sehingga kita saya belum pasti, bagaimana dan di mana ia hendak dimuat naikkan semula kerana bebannya boleh membuatkan halaman ini lumpuh semula jika saya hanya mengulang siar tanpa perubahan teknik yang signifikan. Insha Allah saya akan dapatkan nasihat-nasihat pakar mengenainya. Buat masa ini, perkembangan terkini boleh juga diperolehi dengan menyertai saya di halaman FB.COM/ustazhasrizal dan Twitter.Com/saifulislam. Salam ukhuwwah. HASRIZAL …

  • 13 October

    Rujukan Sirah Nabawiah

    Adakalanya saya kehairanan, tanpa bermaksud merendah-rendahkan sesiapa, bagaimana mungkin minat kepada Sejarah dan Sirah direalisasikan dengan ‘orang ramai’ membeli kitab-kitab premier seperti Sirah Ibnu Hisham, Al-Bidayah wa Al-Nihayah, Tarikh al-Tabari dan yang seumpama dengannya. Sedangkan saya perlu menyelesaikan beberapa subjek di peringkat sarjana untuk membaca buku-buku itu dengan betul. Jika kita berhajat untuk merujuk kepada sumber primer sekali pun, versi terjemahan tetap sudah menjadi sumber sekunder. Berpadalah dengan buku-buku kontemporari seperti Fiqh al-Sirah al-Buti atau Muhammad al-Ghazali, Sirah Nabawiah: Durus wa Ibar oleh Mustafa Siba’i, atau Biografi Muhammad oleh Prof Dr Dzulkifli Yusof dan Al-Raheeq al-Makhtoom oleh Mubarakfuri sebagai permulaan …

May, 2012

  • 25 May

    Irshad Manji: Kalaulah Boleh Beliau Kuabaikan

    Kali pertama saya mendengar nama Irshad Manji, kira-kira 10 tahun yang lalu. Nama itu tenggelam, sebagaimana datang dan perginya nama-nama seperti Astora Jabat dalam lingkungan domestik di sini. Apabila Irshad Manji menjengah Malaysia, masyarakat kecoh. Saya didesak untuk memberikan pendapat mengenainya, tetapi saya enggan berbicara mengenai apa yang saya tidak pasti. Ia menyalahi sifat adil dalam beragama. Menyedari akan besarnya idea yang dibawa oleh beliau, saya memaksa diri membaca buku THE TROUBLE WITH ISLAM TODAY, bagi memahami apakah yang melahirkan seorang ‘sarjana’Muslim Refusenik bernama Irshad Manji. Saya juga mengambil peluang membaca buku ALLAH, LIBERTY AND LOVE yang dimuat turun secara percuma di internet. Pendapat-pendapat …

August, 2009

  • 6 August

    Andai Kau Tahu

    “Assalamualaikum Ustaz” saya memberi salam sambil mengetuk pintu. “Wa alaikum al-Salaam wa Rahmatullaah wa Barakaatuh” jawab Ustaz Zamri, Pengetua sekolah. Salam sentiasa beliau jawab dengan ungkapan penuh, teladan buat anak-anak muridnya. Saya resah melihat wajah Ustaz Zamri yang cemas. Sudah hampir 6 tahun saya duduk di bawah didikannya. Air muka beliau sudah amat dekat dengan diri saya. Cemasnya, gembiranya, marahnya, sudah nampak sebelum terbit kata-kata mengiyakannya. “Ada apa-apa masalahkah ustaz, saya dipanggil ke bilik?” saya memberanikan diri bertanya. “Ana mahu bertanya kepada anta sesuatu. Anta jangan terkejut dan jawab dengan jujur…” Tuan Pengetua menuturkan kata. Tegas, tersusun dan berat bunyinya. …

June, 2007

  • 21 June

    Muslim Pencemar Islam

    Peserta IYEP membentangkan idea mereka tentang Conflict Solutions Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) yang baru melabuhkan tirainya semalam, telah memberikan saya pelbagai suntikan idea tentang pelbagai perkara. Banyak yang perlu dianalisis, justeru banyak juga yang perlu ditulis untuk dikongsi bersama pembaca. Rata-ratanya, saya amat berpuas hati dengan kualiti peserta. Setiap seorang yang memohon untuk menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan untuk menyatakan sebab minatnya kepada program seperti ini, dan ia diikuti dengan temubual melalui telefon kepada peserta. Nyata sekali, assessment itu telah berjaya memilih peserta yang tepat dan saya amat teruja dengan tahap pengetahuan anak-anak muda ini dengan pelbagai …