May, 2009

  • 27 May

    Kebuntuan Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

    Ini kelemahan terbesar saya. Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran. Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku murid darjah 3 semasa saya di darjah 1. Semasa darjah 3, saya bosan pula dengan pelajaran darjah 3, dan mencari buku lain. Saya belajar sesuka hati, dan itulah cara belajar saya untuk keputusan-keputusan peperiksaan saya di sepanjang zaman persekolahan. Jarang sekali abah menyuruh saya belajar. Sesekali sahaja dia bertanya. Mungkin …

July, 2008

  • 7 July

    Agenda Tarbiah vs. Cita-cita Siasah

    Saya sedang memikirkannya secara serius. Apakah akan sampai satu hari nanti PAS terpaksa memisahkan identiti TARBIAHnya daripada identiti SIASAH? Pemisahan bukan kerana pemisahan prinsip pada cabang-cabang pemikiran Niccolò Machiavelli dalam Siasah dan Sayyid Qutb di dalam Tarbiyah. Bukan begitu. Pemisahan yang saya maksudkan itu adalah pemisahan yang terbit dari kegagalan menserasikan gerak kerja siasah berbanding cita-cita Tarbiyah. Wujudkah idea atau masalah seperti ini? Jawapan saya, YA. Ada yang wujud secara terancang dan ada juga yang wujud secara tidak terancang. Biar saya sentuh tentang sampel perbandingan ini, setelah saya selesai menjelaskan mengapa isu ini saya kaitkan dengan survival PAS. SENARIONYA Mungkin …

March, 2008

  • 7 March

    Menjernihkan Perubahan PAS-DAP

    “Susah nak ceramah bab Negara Berkebajikan ni” antara keluhan yang terdengar semasa kempen pilihanraya baru-baru ini. Perubahan pendekatan yang ditunjukkan oleh PAS sepanjang tempoh kempen, merupakan suatu proses yang mencabar. Biar pun taklimat telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS kepada jenteranya semasa melancarkan manifesto tempoh hari, ada beberapa persoalan yang lebih mendasar, memerlukan kepada perincian. Ada serba sedikit kesulitan yang timbul semasa tempoh kempen. Pendekatan-pendekatan baru diperlukan oleh penceramah PAS untuk menghuraikan konsep kebajikan, hasrat memimpin masyarakat majmuk Malaysia, apatah lagi dengan kehadiran pendengar ke ceramah PAS yang amat berwarna warni. Hadirin sudah tidak lagi berkopiah dan berserban, malah merentasi …

June, 2007

  • 21 June

    Muslim Pencemar Islam

    Peserta IYEP membentangkan idea mereka tentang Conflict Solutions Inter-Civilizational Youth Engagement Program (IYEP) yang baru melabuhkan tirainya semalam, telah memberikan saya pelbagai suntikan idea tentang pelbagai perkara. Banyak yang perlu dianalisis, justeru banyak juga yang perlu ditulis untuk dikongsi bersama pembaca. Rata-ratanya, saya amat berpuas hati dengan kualiti peserta. Setiap seorang yang memohon untuk menyertai program ini perlu menulis sebuah karangan untuk menyatakan sebab minatnya kepada program seperti ini, dan ia diikuti dengan temubual melalui telefon kepada peserta. Nyata sekali, assessment itu telah berjaya memilih peserta yang tepat dan saya amat teruja dengan tahap pengetahuan anak-anak muda ini dengan pelbagai …

May, 2006

  • 1 May

    Jemaah Itu Keperluan, Ummah Itu Tujuan

    “SAYA kena sertai semua kumpulan. Kalau ikut satu sahaja, nanti jadi Jamaah Centric!” kata seorang siswa. “Lebih baik aku bebas. Tak terikat dengan mana-mana kumpulan. Mana-mana ada kelas pengajian, aku akan pergi. Ini baru Ummah Centric” komen seorang pelajar pula. Kebelakangan ini, isu Jamaah Centric Vs. Ummah Centric hangat diperbincangkan oleh masyarakat kita. Hal ini lebih ketara dilihat berlaku di kalangan masyarakat pelajar yang lebih dekat kepada sumber gagasan idea ini iaitu al-Fadhil al-Ustaz Maszlee bin Malik, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa. Pelbagai bentuk maklum balas yang timbul, sama ada dalam bentuk perkataan dan tulisan, mahu pun tindak tanduk …