Panduan Mengahwini Seorang Doktor

“Apa persediaan yang diperlukan untuk mengahwini seorang doktor?” seorang penghantar emel bertanya soalan. Jawapannya ada di dalam tiga buku yang telah saya tulis. Tetapi memberitahu begitu mungkin tidak membantu. Apa yang ingin disampaikan mungkin perlu diberitahu secara spesifik agar JELAS. Berikut adalah rumusan yang boleh saya fikirkan, apabila seseorang yang …

Read More »

Kenapa Ummi ‘Cuti’ Sembahyang?

“Abi, kenapa Ummi tak sembahyang?” tanya Saiful Islam. “Umi bercuti” saya menjawab. “Cuti apa?” tanyanya lagi. “Hmm, Allah sayangkan orang perempuan. Dia bagi orang perempuan cuti” saya menjawab. Seperti berdalih. “Kenapa pula Allah sayang orang perempuan sahaja?” setiap lanjutan pertanyaan bererti jawapan sebelumnya tidak sempurna. “Ok, Yop betul nak tahu?” …

Read More »

Dakwah: Menjinak Atau Meliarkan

“Yarhamkallah!” kata Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami. Beliau mengucapkannya ketika seorang jemaah yang sedang bersolat bersin. Beliau juga sedang bersolat! Jemaah yang lain berpaling kepadanya mengisyarat supaya diam. “Habislah aku! Kenapalah aku mengucapkannya begitu hingga semua jemaah memandang!” sahabat itu keresahan. Bimbang dimarahi oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Usai mengerjakan …

Read More »

Antara NAS dan INSAN

Jurang budaya di dalam masyarakat kita semakin melebar. Jika diambil negeri Selangor sahaja pun, kita sudah cukup terasa betapa jauhnya beza keperluan dan kemahuan Muslim yang berada di Tanjung Karang dan Sungai Besar, dengan mereka yang berada di Subang dan Damansara. Perbezaan itu lebih terasa apabila kita mendekati mereka dengan …

Read More »

Laras Akademik vs Laras Populis

Sudah lama saya tidak mengendalikan kursus motivasi. Semenjak menyambung pengajian di UKM, dan STC kembali menjadi seperti hari satunya, saya hanya menerima jemputan program kecil-kecilan untuk terus memberi, dan seadanya, menerima. Kali ini saya berprogram bersama warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Ledang di Johor. Program ini adalah hasil inisiatif sahabat …

Read More »

Tahun Ini Aqil Baligh?

“Abi, apa dia yang bila kita dah boleh tanggung dosa sendiri tu?” tanya Saiful Islam. “Dah boleh tanggung dosa sendiri? Mampu ke nak tanggung dosa?” saya membalas pertanyaan dengan pertanyaan. “Habis tu apa?” anak sulung saya kebingungan. “Bukannya sudah boleh tanggung dosa sendiri, tapi KENA tanggung dosa sendiri!” saya membetulkan …

Read More »

Iconoclasm di Bumi Haramain

Bangunan lama sudah tiada Ia satu bentuk ICONOCLASM.  Iconoclasm is the deliberate destruction of religious icons and other symbols or monuments, usually with religious or political motives. It is a frequent component of major political or religious changes. The term encompasses the more specific destruction of images of a ruler …

Read More »

Dakwah ‘Hati Kering’!

Saya kehairanan semasa membaca buku  al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah oleh tokoh yang sedang saya kaji, Sheikh Mehmed Birgivi (1522-1573M). Sheikh Mehmed Birgivi datang daripada latar belakang keluarga, pendidikan serta persekitaran Tasawwuf. Malah pada hari ini, ada beberapa kumpulan Tarekat seperti Tarekat Bayramiyah, yang menyatakan bahawa asas disiplin kumpulan …

Read More »

Sunnah Meminta Pendapat Anak

“Kalau Abi tanya sikit, boleh?” saya memecah sepi di dalam kereta. “Tanyalah” jawab Saiful Islam. “Apa tentang Abi yang paling Yop suka?” saya menyoal. “Hmm…” anak sulung saya mengeluh perlahan. Lama beliau berfikir. Sambil memandu, saya memandang di ekor mata memerhatikan gelagatnya. “Sabar! Yop rasa Abi seorang yang sabar” jawabnya. …

Read More »

Kebijaksanaan Karya Al-Asma’ Al-Husna Asmawi (Mawi AF)

Selepas dua bulan mendapatkan album Al-Asma’ Al-Husna oleh Asmawi (Mawi AF) ini melalui iTunes, saya masih mengekalkannya sebagai album terbaik untuk tahun ini. Tidak keterlaluan saya katakan, penghasilan album ini sangat bernilai tinggi pada bakat dan kebijaksanaan memilih Al-Asma’ Al-Husna sebagai satu-satunya lirik dalam kesemua trek. Hanya dengan Al-Asma’ Al-Husna, …

Read More »