September, 2009

  • 4 September

    Separuh Masa Kedua Piala Taqwa

    “Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183] Sahabat, Kita sudah pun masuk ke separuh kedua bulan Ramadhan. Separuh kedua ini biasanya adalah pusingan penentu. Jika kita umpamakan Ramadan ini seperti …

  • 3 September

    Selamatkan Rumahtangga Dengan Hikmah Puasa

    “Ya Allah, susah sangat ke nak picit ubat gigi ni elok-elok?” rengus si suami. Geram melihat tiub ubat giginya penyek-penyek dipicit isteri. Dia memicit ubat gigi itu dengan tertib, dari bawah ke atas. Kemas. Si isteri pula memicit sesuka hati. Setiap pagi kerja si suami ialah membetul dan mengemaskan tiub …

August, 2009

  • 6 August

    Andai Kau Tahu

    “Assalamualaikum Ustaz” saya memberi salam sambil mengetuk pintu. “Wa alaikum al-Salaam wa Rahmatullaah wa Barakaatuh” jawab Ustaz Zamri, Pengetua sekolah. Salam sentiasa beliau jawab dengan ungkapan penuh, teladan buat anak-anak muridnya. Saya resah melihat wajah Ustaz Zamri yang cemas. Sudah hampir 6 tahun saya duduk di bawah didikannya. Air muka …

July, 2009

  • 7 July

    Fitnah di Hujung Lensa

    Kami suami isteri, halal bergambar berdua-duaan bersama. “Ustaaazzz, Assalamualaikum!” terdengar suara kuat bertempik dari anjung surau. Saya terkejut. Capati dilepaskan kembali ke pinggan. “Err, wa ‘alaikum al-Salaam” saya membalas salam beriringan dengan senyuman. “Saya sudah lama mencari peluang mahu bertemu dengan ustaz. Nak minta tandatangan buku ni!” kata beliau. Seorang …

June, 2009

  • 19 June

    Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan

    ______________________________ Artikel asal siaran tahun 2009 ______________________________ ISLAM memimpin perubahan. Tetapi MUSLIM itulah yang merealisasikan slogan tersebut. Justeru cita-cita PAS untuk memimpin perubahan yang sedang pesat melanda kehidupan semasa kita, amat bergantung kepada sejauh manakah integriti dan daya kompetensi pendukungnya yang MUSLIM itu. Sesungguhnya tidak mudah untuk mengendalikan sebuah gerakan …

May, 2009

  • 27 May

    Kebuntuan Bapa Terhadap Pendidikan Anaknya

    Ini kelemahan terbesar saya. Saya tidak pandai mengajar anak mengulangkaji pelajaran. Saya boleh mengorek banyak benda daripada jiwa dan minda anak, tetapi untuk mengajarnya mengulangkaji pelajaran, ia sangat sulit. Mungkin itulah yang saya warisi daripada zaman kanak-kanak saya. Saya tidak pernah dipaksa belajar, tetapi saya belajar sendiri. Saya membaca buku …

December, 2008

  • 22 December

    Nafar ke Medan Juang

    “Ini bicara Allah kepada kamu. Rasakan yang Allah sedang bercakap secara khusus kepada kamu” kata Ustaz Harun kepada kami. Angin desa di Kubang Lembek tengah hari itu damai sekali. Tidak terasa terik mentari membakar siang. Saya dan beberapa rakan tekun mendengar. “Ayat ini adalah mahkota penuntut ilmu di jalan Allah. …

November, 2008

  • 11 November

    Zikr al-Maut Yang Mengundang Maut

    Saya siarkan kembali artikel yang ditulis pada 4 September 2008 yang lalu, sebagai reaksi saya kepada isu penayangan video kematian kepada murid-murid sekolah rendah (semuda Tahun 1) yang disebut di Buletin Utama sebentar tadi (TV3 11 Nov 08). Penggunaan video tersebut dan perbahasan tentang kematian kepada kanak-kanak semuda 7 -10 …

October, 2008

  • 4 October

    Kemaafan Yang Kudambakan

    “Allahu Akbar… Allahu Akbar…”, khatib sedang berkhutbah. Suaranya begitu bertenaga. Ketika itu, saya sedang mengusap-usap kepala Saiful Islam yang duduk bersandar di riba usai solat Sunat Aidilfitri.   Perasaan saya sedikit berkecamuk. Banyak yang bersarang, sarat di fikiran. Semenjak dua tiga hari terakhir Ramadan jiwa saya begitu resah melambai perginya …

September, 2008

  • 26 September

    Biar Pun Atas Nama Anak Yatim

    “Nak, beli madu ni nak. Bagus madu ni” kata pakcik di sebelah saya. “Tak apa pakcik, di rumah saya ada lagi madu belum habis. Membazir pula nanti” saya membalas dengan baik. “Jangan begitu, nak. Madu ini berkualiti tinggi dan pakcik menjualnya untuk anak yatim. Ini surat pengesahan” pakcik tersebut sedikit …