March, 2015

  • 5 March

    Usrah Bawah Tanah di Atas Bukit

    Pengetua memilih ahli usrah khusus ini daripada kalangan ‘mat Musolla’ yang juga menduduki senarai 30 pelajar terbaik semasa peperiksaan akhir di tingkatan 1 dahulu. Semua pelajar beliau tarbiah. Namun kelompok ini diproses dengan satu proses lain. Tahun 1989, saya menyertai usrah bawah tanah di atas bukit ini. Bawah tanah kerana ia bukan sesuatu yang diketahui kebanyakan pelajar (atau mereka sendiri tidak mengendahkannya). Manakala atas bukit kerana majoriti operasi usrah ini dibuat di rumah Pengetua, di atas bukit belakang sekolah. Saya dan kawan-kawan ditentukan pukul berapa setiap kami perlu mengetuk pintu rumah Pengetua, dengan cara yang khusus. Jika sampai awal, duduklah …

  • 3 March

    Antara Pendidikan Cemerlang Dan ‘Pelajar Cemerlang’

    Calon SPM 1992 Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh “Hasrizal pindah balik ke sekolah ini, senanglah nanti nak dapat nombor 1. Yang pandai-pandai semua dah keluar sekolah!” kata Cikgu Noraini. Kata-kata beliau itu sekadar gurauan. Mengusik saya yang pertama kali ditemuinya apabila saya kembali semula ke Sekolah Izzuddin Shah, berhenti mengejut daripada persekolahan saya selama 4 bulan di SMAP Labu, Negeri Sembilan. Walaupun kata-katanya itu sekadar gurauan, tetapi makan dalam juga! Jika diukur melalui keputusan peperiksaan SRP tahun 1990, memang pelajar-pelajar terbaik sudah pun meninggalkan sekolah kami. Mereka ditawarkan peluang menyambung pengajian ke sekolah yang terkemuka terutamanya KIK (Kolej Islam Klang), SMAP …

February, 2015

  • 24 February

    Sakit di Sebalik Keluhan ‘Orang Baik-baik’

    “Saya sangat kecewa. Mengapa seorang ustaz gagal solat berjemaah di masjid? Sedangkan saya bersusah payah…” keluh seorang lelaki. Sedih. Keluhan yang benar. Kebenaran yang sukar untuk ditelan. “Kalaulah dia tahu betapa deritanya hidup dalam kejahilan, tentu dia tidak akan bermain alasan untuk hadir ke majlis ilmu” keresahannya berpanjangan. Keluhan demi keluhan keluar daripada mulut lelaki tersebut. Dalam kesungguhannya memperbaiki diri, dia dirundung rasa duka kerana ‘dunia kebaikan’ yang baru dijenguk itu penuh dengan kekecewaan. Segalanya tidak mencapai jangkaan. Keresahan ini sering melanda seorang insan yang baru bertaubat. Keinginannya terhadap kebaikan dan kekesalan terhadap masa silam menyebabkan harapannya begitu tinggi untuk …

  • 12 February

    Perginya Murabbi Yang Setia Dengan Kebenaran

    Heathrow London, 1999 “Allahu Akbar! Allahu Akbar! PAS menang di Kelantan! Angkatan Perpaduan Ummah!” kami di asrama bersorak gembira. Ada yang mengetuk baldi, mengibarkan kain pelekat, bertakbir apabila keputusan pilihanraya umum 1990 diumumkan di televisyen asrama sekolah. Kemenangan itu bukanlah kemenangan politik kerana kami budak-budak sekolah menengah ketika itu, apalah sangat yang kami faham tentang politik. Tetapi mentaliti saya yang ketika itu di Tingkatan 3, menafsirkan keputusan pilihanraya umum itu sebagai sebuah kemenangan Islam. Kebangkitan Islam! 1990 adalah tahun pertama, saya mengenal nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Begitu juga kebanyakan rakyat Malaysia ketika itu. Saya mengenalinya melalui …

  • 8 February

    Berpelajaran Tidak Berpendidikan

    “Ramai yang beranggapan bahawa kalau belajar Sains dan Matematik, boleh jadi kaya. Boleh buat duit. Orang sudah tidak pentingkan bidang Sejarah, bidang Geografi. Geografi sudah hampir tiada di sekolah sebab ia tidak mendatangkan keuntungan” rungut Prof. Khoo Kay Kim dalam Buletin Utama malam berkenaan. Saya tidak mampu berkata apa-apa kecuali mengangguk dan terus mengangguk. Mengangguk setuju dan mengangguk kecewa. Buletin Utama malam itu (28 Mei 2009) membangkitkan isu kegagalan sistem pendidikan kita berfungsi melahirkan modal insan, sebagaimana yang diharapkan oleh negara. Pelajar hari ini berpelajaran tetapi tidak berpendidikan. Apa maknanya itu? Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz memberikan mesej …

  • 7 February

    Sukarnya Menjadi Genius (Artikel 2008)

    Semasa kecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd. Shukri Hadafi, nama diberi. Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) dan filem itu sentiasa menjadi titik yang mengingatkan saya kepada adanya seorang kanak-kanak pintar di usia yang hampir sama dengan saya, sebagai inspirasi untuk berjaya. Tetapi Mohd. Shukri Hadafi hilang ditelan masa. Seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filem lain oleh Jins Shamsuddin pada 1979) dan tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar …

  • 4 February

    Ibrah Kisah Musa dan Khidir: Belajar Bahasa dan Berbahasa

    Kredit foto: www.overarts.com “Izinkan aku untuk mengikutimu” kata Musa. Baginda bertemu dengan Khidir selepas menempuh perjalanan yang panjang bersama Yusha’ bin Nun. ‘Alayhim al-solaat wa al-salaam. “Agar dengannya engkau mengajar aku apa yang telah diajar kepadamu daripada perkara-perkara berupa petunjuk (rushd)” Musa menjelaskan tujuan beliau mahu mengikut Khidir. Kisah ini tersebut di dalam Surah al-Kahf ayat ke-66: قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا  Nabi Musa berkata kepadanya (Khidir): Bolehkah aku mengikutmu, agar dengannya engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?” [Al-Kahf 18:66] Di dalam ayat ini terkandung elemen …

  • 3 February

    Sinar Iman di Sebalik Ujian

    “Di mana saya nak cari kekuatan, kecuali dari yang Maha Kuat. Ustaz nampak saya kuat, tapi yang kuat adalah Dia. Saya meminjam kekuatan dengan bergantung kepada-Nya” kata ayah seorang pesakit kepada saya. Saya mengangguk. “Tak ada sesiapa di kalangan kita yang mampu mengimani-Nya. Kita yang lemah dan serba tiada ini, mahu mendakwa telah berpegang dengan kebesaran Dia? Mustahil…” sambungnya lagi. “Itulah sebabnya Allah memanggil di dalam al-Quran, wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah (Al-Nisaa’ : 136)” saya menambah. “Ya… Allah suruh orang-orang yang rasa dirinya beriman untuk lihat balik, kamu beriman dengan apa… dengan siapa?” sambung beliau. Kami …

January, 2015

  • 31 January

    Maksiat Melanggar Peraturan Jalan Raya

    “Apa hukumnya pakai tali pinggang keledar?” “Mana ayat Quran kata melanggar lampu isyarat merah tu berdosa?” Perbualan biasa, mengiringi sembang-sembang sesama kita dalam nada gurau senda. Kita mungkin berbual tentang hal-hal ini selepas balik dari sembahyang Isyak di masjid, atau mungkin selepas selesai ceramah di padang umum. Mungkin juga semasa dalam perjalanan ke Fakulti Pengajian Islam. Soalan itu pergi dibawa angin. Secara tidak sedar dalam soalan itu, terkandung sesuatu yang rumit dan sulit pada fikiran dan kefahaman manusia antara hukum terbitan wahyu dan hukum terbitan kajian (sains?). RITUAL TEKSTUAL Semasa berusrah, kita terus menerus membahaskan tentang erti Islam dan Muslim… bahawa …

  • 20 January

    Karen Armstrong Dan Bukunya ‘Fields of Blood. Religion and the History of Violence’

    Semasa bertugas sebagai Imam di Belfast Islamic Centre pada tahun 2002 yang lalu, saya pernah ditemuramah oleh seorang wartawan BCC Northern Ireland. Beliau meminta pendapat saya tentang suicide bombing  di Palestin. Kisahnya pernah saya nukilkan di dalam buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Ketika itu, saya memilih untuk tidak menjawabnya secara langsung, tetapi cuba membetulkan ‘kesalahan’ di dalam soalan tersebut. Kesalahannya ialah, semasa beliau dan saya sama-sama selesa hidup di Ireland, cukup makan minum, tiba-tiba kita mahu berbincang tentang apa yang orang Palestin patut buat dan tidak patut buat di Palestin! Tidak malukah? Sepatutnya soalan berkenaan diajukan kepada orang Palestin. Tanya mereka, …