April, 2019

  • 18 April

    Drama Nur 2: Defisit Kemanusiaan Memamah Keislaman

    “Kita perlu terlebih dahulu memanusiakan anak-anak kita sebelum memuslimkan mereka!” Ramai yang marah. Sekular! Melaga-lagakan antara Islam dan kemanusiaan manusia. Macam-macam yang diajukan kepada saya ekoran kenyataan berkenaan. Hakikatnya, Allah mewahyukan al-Quran dan memberikan agama Islam kepada manusia untuk manusia mengamalkannya. Pengamal Islam mestilah manusia. Untuk membolehkan manusia mengamalkan Islam …

  • 17 April

    Drama Nur 2: Cinta Remaja Di Mata Orang Dewasa

    Cinta monyet atau ‘puppy love’ di kalangan remaja, boleh jadi memualkan bagi yang memandangnya dari sudut yang memualkan. Tetapi ia adalah realiti kehidupan remaja, yang kita sama ada sebagai pendidik, mahu pun sebagai ibu bapa, perlu berempati dalam mengendalikannya. Anak kita di setiap umur ada cabarannya. Dan cabaran di usia …

  • 12 April

    Drama Nur2: Manipulasi Prinsip ‘Presumption of Innocent’

    “Selagi mahkamah belum membuktikan saya bersalah, saya tidak bersalah!” Ia kenyataan yang diulang berulang-ulang kali oleh Syed Hamadi. Kepada isterinya, Aisyah. Kepada bapa mertuanya, Datuk Ayah Haji. Hakikatnya, kepada kita semua yang menontonnya. Slogan presumption of innocent ini adalah kenyataan yang asasnya adalah betul. Tetapi Syed Hamadi memanipulasinya sebagaimana slogan Inil …

  • 10 April

    Melangkah ke Sekolah Finnish Sebagai Guru dan Peninjau Sistem

    Jika kita singgah di sebuah sekolah Finnish, kita tidak akan merentas sebuah pagar yang berkunci. Sekolah lazimnya tiada berpagar, terbuka, tiada ‘pak guard’ dan ada banyak pintu masuk. Ia lazimnya berada di sebuah kejiranan. Kelengkapannya serba lengkap dengan keperluan asas, mempunyai beberapa ratus orang murid dan saiz setiap kelas biasanya …

  • 7 April

    Aku, Baca, Buku, dan Kehidupanku

    “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” (Surah Al-‘Alaq 96 : 1) Wahyu yang pertama diturunkan ialah perintah membaca. Dia perintahkan kita membaca, dan bacalah dengan nama Dia.  Kita baca untuk mendapatkan ilmu. Kita membaca kerana mahu mencari kebenaran, dan untuk menjadikan kebenaran itu dicari, kita perlu menjadi manusia yang bertanya …

  • 1 April

    Artikel 2007: Cinta Tanpa Syarat

    Emak di sisi pusara Abah Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24) “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa …

March, 2019

  • 20 March

    Rotan dan Tampar: Disiplin Murid Menurut Pandangan Klasik Ilmuan Islam

    “Allah, itu pun nak terasa. Lembik!” “Manja sangat!” “Aku kalau tak kerana kena pelempang cikgu, mak bapak aku, rasanya aku tak jadi orang macam hari ni!” “Semua ini tarbiah. Ulama dulu lagi susah hidup mereka!” Guru bertindak mengasari murid secara fizikal bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat kita. Selain …

  • 18 March

    Mengubah Musibah Menjadi Kebaikan

    Suasana hari ini susulan tragedi malang di Christchurch New Zealand mengingatkan saya kepada pengalaman kecil semasa bertugas menjadi imam di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara lebih 15 tahun yang lalu. Saya menjadi ‘imam muda’ yang tidak berpengalaman, mengendalikan sebuah komuniti Muslim yang rencam, sejurus selepas kejadian 11 September 2001. Saya …

  • 16 March

    Tragedi Keganasan Christchurch: Mematikan Agenda Kebencian

    Bingung. Apa ini? Subuh Jumaat itu, semasa membuka aplikasi WhatsApp di telefon, saya tergamam membaca mengenai kejadian serangan masjid di Christchurh, New Zealand. Saya tidak mengetahui skalanya, dan terheret menonton sebuah klip video yang diedar di aplikasi berkenaan. Langsung jadi kecamuk, terkejut… inna lillah wa inna ilayhi raji’un. New Zealand …

  • 15 March

    (Artikel 2007): Kenapa Mahu Menjadi Doktor?

    Kenapa anda mahu jadi doktor?” saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey. Pelajar yang hadir tersenyum-senyum. “Sebab minat biologi?” saya bertanya. Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu. “Sebab suka tolong orang?”saya terus bertanya. Ramai yang …