January, 2015

  • 3 January

    12 Rabi’ul Awwal 11H: Baginda Pergi Tidak Kembali

    “Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua. “Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan. Persoalan. Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat? “Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Aneh. Mencintai insan yang belum ada. Seandainya seorang anak …

  • 2 January

    Andalus Yang Pernah Kupelajari

      Al-Andalus sering digambarkan dengan seribu keindahan. Pancuran air, tamadun yang dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah untuk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media. Memang Andalus hebat. Tetapi ia bukanlah seindah yang digambarkan. Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yang terbit pada wajah manusia, dan kami dengan penuh sabar menekuni liku-liku jatuh dan bangun Andalus bersama Prof Kopanski. Kelas Andalus ini tidak seperti kelas yang lain. Selama tiga jam (kadang-kadang mencecah 4 jam lebih), kami akan duduk mengelilingi meja bulat bilik kuliah, dan peta Mediterranean Barat akan dibentang. Lagak pegawai tentera sedang mendengar taklimat …

December, 2014

  • 26 December

    Tsunami 2004: Teladan al-Quran Dari Kisah Nuh ‘Alayhi al-Salām

    Artikel ini ditulis pada 30 Disember 2004 Pastinya bencana Tsunami mengingatkan kita kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh ‘alayhi al-Salām. Dengan jumlah kematian yang begitu besar (mencecah lebih 200,000 orang), mungkin ia menyamai jumlah mereka yang ditenggelamkan oleh banjir di zaman Nuh ‘alayhi al-Salām. Ia adalah banjir yang meliputi keseluruhan muka bumi dan pengetahuan tentang pernahnya berlaku banjir besar itu, diiktiraf oleh semua tamadun manusia. Sewajarnyalah kisah di zaman Nabi Nuh ‘alayhi al-Salām itu dijadikan iktibar. Ini adalah kerana, Allah SWT mengekalkan ingatan umat manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya ia terus menjadi …

  • 24 December

    Tragedi Emosi Krismas

    “Ustaz, apa hukumnya saya beli patung Santa Claus?” seorang pelajar bertanya selepas saya menghabiskan kuliah Hadith 40 malam itu. Clinical Science Institute, NUI Galway, makmur dengan kehadiran pelajar Perubatan yang suka belajar agama. “Err, kenapa awak nak beli patung tu?” saya menyoal kembali. “Alaa, cutelah ustaz. Rasa sayang kalau tak beli. Murah-murah pula tu” jawab beliau. “Emm, saya rasa kita letak tepi sekejap bab hukum tu. Cuma bayangkan begini. Katakanlah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang ziarah ke rumah awak. Masa baginda duduk di ruang tamu, awak nak letak tak patung Santa Claus tu di situ? Atau awak nak sembunyikan?” …

  • 22 December

    Aku Dan Buku

    Cinta aku kepada buku Hingga itulah harta dan duniaku Tangan ini belum pernah jemu Mata juga tidak pernah lesu Aku membesar dengan cinta kepada buku Kerana buku mengajar aku bercinta Cinta kebenaran Cinta kemuliaan Cinta harga diri Cinta santun dan budi Aku kembara selongkar buku Buku selongkar kembara hidupku Buku mencurah ramuan ilmu Hingga terjadi manusia aku Cintalah buku wahai isteriku Cintalah buku wahai anakku Cintalah buku wahai teman-temanku Cintalah buku wahai cinta hatiku Kerana aku jelmaan bukuku Hidupku pernah dirobek mehnah Ditimpa sunyi, fakir dan gundah Dataran Syam menjadi kelam Dalam ramai aku tenggelam 12 purnama hasad membelenggu Tuhan …

  • 21 December

    Kecelaruan Kognitif Ahli Bid’ah Menurut Imam Birgivi

    Pertemuan saya bersama dua orang sahabat yang merupakan pengikut Tarekat Helvati Jerrahi. Mereka melazimi pengajian kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah oleh Imam Birgivi (Istanbul Feb’ 2013) Nama Imam Birgivi mungkin tidak sebesar Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Jauh sekali Imam Ahmad, malah Hujjah al-Islam Imam al-Ghazzali. Namun ia tidak semestinya membataskan pengaruh yang ditinggalkan, kerana kita tidak mengukur signifikasi seorang tokoh berdasarkan popularitinya dalam kesemasaan kita. Sebaliknya kita perlu menentukan cara yang betul untuk mengukur sejauh manakah signifikannya seorang tokoh, baik semasa hayatnya, mahu pun selepas kematiannya (posthumously). Salah satu kaedah yang ada dalam kajian dengan objektif sebegini adalah dissemination study atau kajian terhadap …

  • 18 December

    Di Mana Syaitan Dalam Kehidupan Moden Kita Hari Ini?

    Di mana Syaitan dalam pertimbangan hidup kita, di zaman yang serba canggih ini? Jika sebuah seminar antarabangsa berkaitan kemajuan sistem ekonomi Islam, seorang pembentang mahu membentangkan tentang peranan Syaitan, mungkinkah ramai yang akan mencebek muka? Tidak saintifik. Tidak ilmiah. Tidak empirikal. Tidak berpijak di bumi yang nyata. Tanpa sedar, sebagai seorang Muslim yang cekap berinteraksi dengan kesemasaan hari ini, kita memposisikan Syaitan di satu sudut yang sangat terpencil. Kita mungkin tanpa sedar mengimani hakikat Syaitan dengan ketahyulan hantu yang direka oleh imaginasi sendiri. Kita mungkin terlupa, secanggih mana pun kehidupan kita, ada yang berubah dan ada yang tidak berubah. Sebagaimana …

  • 9 December

    Menjejak Keluarga Tok Akib dan Sejarah Perjuangannya

    Waris Tok Akib yang sempat berkumpul pada 6 Disember 2014 di Laman Warisan Rumah Pusaka Tok Akib di Padang Asam – foto ihsan Keluarga Tok Akib Setelah sekian lama merancang, akhirnya hajat kami diizinkan oleh Allah untuk berlaku. Pada 6 Disember 2014 baru-baru ini, kami cucu-cucu kepada Tok Akib berhimpun di rumah pusaka datuk kami itu di Kampung Padang Asam, Kuala Kangsar, Perak. Biar pun majlisnya ringkas sahaja, tetapi ia cukup bermakna. Selain kami generasi anak-anak kami yang tidak pernah mengenal antara satu sama lain, kami sepupu-sepupu yang sama terjun mandi di Sungai Papan, mengutip siput, dan makan tengah hari di …

  • 7 December

    Sejauh Manakah Kita Setia Dengan Kebenaran?

    Hari itu, semua yang hadir bersedih. Ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan menunggu untuk dikebumikan. Tiba-tiba, penutup keranda ditolak dan ‘si mati’ bangun keluar daripadanya. “Apa yang kamu cuba lakukan ini? Aku belum mati!” kata ‘si mati’ berkenaan. Semua yang berada di dalam majlis itu tergamam. Sepi. Terkejut. Tidak lama, salah seorang yang hadir itu berkata, “sahabat, sesungguhnya Imam dan Doktor sudah pun mengesahkan bahawa engkau mati. Maka engkau adalah si mati yang telah mati!” Lalu ‘si mati’ itu dikebumikan. Hidup-hidup! KECELARUAN KOGNITIF DALAM BERAGAMA Hari ini, keberagamaan kita sangat rencam. Andai kerencaman itu dipandang dalam rangka realiti yang …

  • 5 December

    Majalah I #146: Wawancara Kelayakan Ulama Sebagai Pemimpin

    Majalah I pada awal November lalu telah mewawancara saya berkenaan dengan isu Kepimpinan Ulama. Ia adalah lanjutan daripada perbualan saya bersama CEO Karangkraf, Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub, Encik Ahmad Yani Abd Manaf, yang juga orang kuat Majalah I serta Pengurus Hal Ehwal Islam & Penerbitan al-Quran, Karangkraf, serta beberapa orang sahabat yang kebetulan ada bersama. Ia bukanlah pertemuan yang dirancang. Sebaliknya saya sekadar singgah di ibu pejabat Karangkraf untuk mendapatkan sedikit stok buku. Perbualan pelbagai topik, akhirnya terarah kepada persoalan Kepimpinan Ulama, yang ditinjau dari pelbagai aspek, luar dan dalam PAS itu sendiri. Saya dicadangkan menulis secara bersiri beberapa artikel …

  • 5 December

    Khutbah Jumaat: Beruntunglah Orang Yang Asing

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”  [Hadith Muslim no. 145] Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia. Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih …

  • 3 December

    Ilmu Kemanusiaan Untuk Memenangkan Perjuangan Islam?

    “Katakanlah sekumpulan penyelidik mengemukakan kepada pemimpin sebuah hasil kaji selidik, bahawa hanya 2% daripada penduduk Lembah Kelang yang non Muslim, menganggap isu-isu yang PAS bawa sebagai relevan. Manakala selebihnya tidak peduli pun kepada isu apa yang PAS kemukakan. Pemimpin menjawab, “alah, buat kaji selidik di tempat yang orang tak suka kita memanglah dapat natijah begitu. Buatlah kaji selidik di tempat yang orang sokong kita, tentu lain natijahnya!” Baik, jika anta menjadi pegawai penyelidik, apa respond anta?” penemuduga menyoal saya. Terdiam seketika. “Sebelum ana jawab, ana nak tanya, contoh yang doktor beri itu, adakah ia kisah benar, atau ia sekadar contoh?” saya …