December, 2014

  • 7 December

    Sejauh Manakah Kita Setia Dengan Kebenaran?

    Hari itu, semua yang hadir bersedih. Ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan menunggu untuk dikebumikan. Tiba-tiba, penutup keranda ditolak dan ‘si mati’ bangun keluar daripadanya. “Apa yang kamu cuba lakukan ini? Aku belum mati!” kata ‘si mati’ berkenaan. Semua yang berada di dalam majlis itu tergamam. Sepi. Terkejut. Tidak lama, salah seorang yang hadir itu berkata, “sahabat, sesungguhnya Imam dan Doktor sudah pun mengesahkan bahawa engkau mati. Maka engkau adalah si mati yang telah mati!” Lalu ‘si mati’ itu dikebumikan. Hidup-hidup! KECELARUAN KOGNITIF DALAM BERAGAMA Hari ini, keberagamaan kita sangat rencam. Andai kerencaman itu dipandang dalam rangka realiti yang …

  • 5 December

    Majalah I #146: Wawancara Kelayakan Ulama Sebagai Pemimpin

    Majalah I pada awal November lalu telah mewawancara saya berkenaan dengan isu Kepimpinan Ulama. Ia adalah lanjutan daripada perbualan saya bersama CEO Karangkraf, Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub, Encik Ahmad Yani Abd Manaf, yang juga orang kuat Majalah I serta Pengurus Hal Ehwal Islam & Penerbitan al-Quran, Karangkraf, serta beberapa orang sahabat yang kebetulan ada bersama. Ia bukanlah pertemuan yang dirancang. Sebaliknya saya sekadar singgah di ibu pejabat Karangkraf untuk mendapatkan sedikit stok buku. Perbualan pelbagai topik, akhirnya terarah kepada persoalan Kepimpinan Ulama, yang ditinjau dari pelbagai aspek, luar dan dalam PAS itu sendiri. Saya dicadangkan menulis secara bersiri beberapa artikel …

  • 5 December

    Khutbah Jumaat: Beruntunglah Orang Yang Asing

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”  [Hadith Muslim no. 145] Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia. Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih …

  • 3 December

    Ilmu Kemanusiaan Untuk Memenangkan Perjuangan Islam?

    “Katakanlah sekumpulan penyelidik mengemukakan kepada pemimpin sebuah hasil kaji selidik, bahawa hanya 2% daripada penduduk Lembah Kelang yang non Muslim, menganggap isu-isu yang PAS bawa sebagai relevan. Manakala selebihnya tidak peduli pun kepada isu apa yang PAS kemukakan. Pemimpin menjawab, “alah, buat kaji selidik di tempat yang orang tak suka kita memanglah dapat natijah begitu. Buatlah kaji selidik di tempat yang orang sokong kita, tentu lain natijahnya!” Baik, jika anta menjadi pegawai penyelidik, apa respond anta?” penemuduga menyoal saya. Terdiam seketika. “Sebelum ana jawab, ana nak tanya, contoh yang doktor beri itu, adakah ia kisah benar, atau ia sekadar contoh?” saya …

  • 2 December

    Salah Mendengar Bukan Akibat Sakit Telinga

    “Ya Allah, rezekikanlah kami kefahaman!” mulut melafaz doa. Rupa-rupanya FAHAM itu adalah rezeki. Andai faham itu rezeki, maka jalan kepadanya sama seperti rezeki-rezeki yang lain. Rezeki wang, datangkah ia berkepuk jatuh dari langit? Tentu sahaja tidak. rezeki wang datang dengan kerja dan usaha. Perlu berusaha. REZEKI PENJUAL MODEM BROADBAND Seorang anak muda berusaha untuk mencari rezeki wang. Dia membuka meja untuk menjual modem Broadband, di bawah redup pohon bidara, di tepi sebuah lorong yang orang tidak berapa lalu. Berpeluh dari pagi hingga ke petang. Menjelang sore, terjualkah modem beliau? Sifar! Langsung tidak terjual. Jika syarat rezeki itu ialah berusaha, bukankah …

  • 1 December

    Berbilang Jamaah: Antara Saranan Stephen Covey dan Sa’id Hawwa

    Gambar Hiasan Fenomena berbilang jemaah dan kumpulan dakwah adalah realiti. Sesuatu yang kita tidak dapat lari daripadanya, dan menuntut keupayaan diri untuk menguruskannya. Jika ulama membahagikan berbilang (ta’addud) itu kepada yang harus dan tidak harus, realitinya perjuangan kita adalah untuk menarik apa yang ada kepada yang harus, bermanfaat, serta mengecilkan mudarat yang sedia menanti. Ta’addud yang tudhad (تضاد) kepada ta’addud yang saling melengkapkan. Namakan ia impian, namakan ia angan-angan. Hakikatnya ia sesuatu yang telah pun Allah berikan amaran: ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ “Dan tegakkanlah urusan agama, namun jangan sekali-kali kamu berpecah belah dalam melakukannya” [Al-Shura 42: …

November, 2014

  • 27 November

    A Dalam Peperiksaan Tetapi D, E dan F Dalam Kehidupan

    “Kamu main bola sampai kotor baju. Kamu tahu tak asal usul permainan bolasepak ini?” tanya ustazah. Kami menggelengkan kepala. “Asal permainan bolasepak ini ialah apabila orang jahat bunuh cucu Nabi. Kemudian kepala cucu Nabi tu, disepak-sepak. Maka setiap kali kamu main bola, macam kamu sepak kepala cucu Nabi!” kata ustazah. Saya tercengang. Saya memang tidak begitu minat bermain bola semasa kecil. Tidak seperti abang-abang saya. Saya memang menunggu alasan untuk tidak bermain bola. Saya lebih suka bermain hoki. Dan kisah ustazah itu mengejutkan saya. Kisahnya bersahaja. Kisah yang masyhur di lisan kebanyakan. Saya pula masih anak kecil. Belum ada upaya …

  • 24 November

    Bercutilah Wahai Cikgu. Bercutilah!

    “Pening kepala emak. Macam-macam benda nak gantung” kata emak. Saya bersila mengadap emak yang sedang menggunting kad Manila. “Apa yang Rizal boleh tolong?” saya bertanya. “Tolong lipat baju!” jawab emak. Aduhai. Saya berminat mahu menolong kerja sekolah emak. Rupa-rupanya pertolongan saya lebih bermakna kalau saya tolong buat benda yang paling saya tidak suka. Melipat kain. Semasa kerajaan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), emak sangat tertekan. Selepas dua puluh tahun mengajar, tiba-tiba cara emak mengajar perlu berubah. Emak perlu sediakan pelbagai alat bantuan mengajar. Buat carta. Buat poster. Menggunting surat khabar. Pelbagai kraftangan. Benda-benda baru bagi emak. Kena pula, emak …

  • 19 November

    Perlukah Jepun Kepada Wa al-‘Asr?

    “Kalau kita mahu ajak orang Jepun kepada Islam, apa yang Islam hendak tawarkan kepada orang Jepun?” soalan yang sering saya ajukan di dalam ceramah. Pada memahami erti menjadi seorang Muslim. “Terimalah Islam agar kamu lebih menepati masa? Sebab di dalam Islam ada Wa al’Asr! Begitukah?” soalan saya berbentuk provokasi. Mengajak satu kaum yang bermasalah kepada Islam, untuk menyelesaikan masalahnya dengan Islam sebagai penyelesaian, mungkin jelas hujung pangkalnya. Namun, bagaimana hendak mengajak satu kaum yang begitu kemas tatacara hidupnya? Sebuah negara yang begitu maju, bersih, dan menepati masa seperti Jepun, apa lagi sebab untuk mereka merasa perlu kepada Islam? Lebih membingungkan, …

  • 18 November

    Al-Jahiz Berbicara Tentang Guru dan Pendidikan

    Berbelas tahun yang lalu saya membeli buku al-Bayan wa al-Tabyin oleh al-Jahiz ini. Hampir tidak pernah mendakapnya. Hanya membaca sepintas lalu, dan meletakkannya kembali ke rak buku. Hari ini saya membukanya kembali. Menyelak lembaran demi lembaran, kerana rupa-rupanya al-Jahiz ada mendedikasikan bab khusus di dalam buku ini, pada membicarakan tentang guru, sekolah, pendidikan, pedagogi dan kurikulum. Saya menerima tugasan akademik minggu ini di dalam program Islamic Teacher Education Program (ITEP), untuk membuat laporan bacaan berkenaan idea al-Jahiz sebagai seorang tokoh pendidikan di era klasik Islam. Tidak banyak yang saya tahu tentang al-Jahiz, selain kelucuan-kelucuan ceritanya di dalam Kitab al-Hayawan, dan …

  • 18 November

    Alkisah Kenangan Ketua Dewan Harian, Sehari

    Kami insan biasa “Anta dilantik menjadi Ketua Dewan Harian, dan malam ini dalam mesyuarat di Amman, anta kena bentang perancangan setahun Dewan Harian” kata senior kepada saya pagi tadi. Saya menggaru-garu kepala. Dewan Harian itu apa? Mengapa melantik saya tanpa persetujuan saya? Mengapa saya? Saya biarkan sahaja soalan itu berselang seli, sepanjang perjalanan dari Irbid ke Amman. Sebentar tadi singgah di al-Mafraq. Susah hati sungguh melihat keadaan di sana. Pelajar baru yang bakal ditempatkan di universiti baru berkenaan ramai. Tetapi kemudahannya amat terbatas, dan belum pernah dalam sejarah pelajar Malaysia di Jordan, penempatan diselaraskan di asrama. Saya baru sahaja menjejakkan …

  • 17 November

    Mempertahankan Kewarasan Akal (Demi Setia Dengan Kebenaran)

    Pagi itu di bandar al-Zarqa’, kami berkumpul di Kulliyyah al-Mujtama’. Ia adalah satu daripada siri tamrin yang perlu kami hadiri. Tanpa dirancang, saya dipilih (diarahkan) oleh AJK supaya menjadi pengerusi majlis bidan terjun. Tanpa banyak menyoal, saya terima sahaja. Sekurang-kurangnya dengan duduk di pentas sepanjang tamrin, saya mendapat desakan tambahan untuk tidak mengantuk dan langsung tertidur. “Tolong buat pengumuman ini” tiba-tiba seorang senior memberikan sekeping nota kepada saya. Beliau merupakan salah seorang AJK program berkenaan. Dahi saya berkerut. Ada sesuatu yang tidak masuk akal dalam pengumuman yang saya diminta membacanya itu. “Ana diminta membuat pengumuman supaya syabab (peserta lelaki) menanggalkan …