June, 2019

  • 14 June

    Samad Tedung: Melembutkan Hati Sekeras Batu

    Tidak kiralah bagaimana sekali pun saya cuba mengungkapkannya di dalam penulisan, kata-kata tidak akan dapat menyamai berat melaksanakan apa yang dikata. Bahawa sesungguhnya tiada kekerasan yang boleh dilembutkan dengan kekerasan. Kecuali keras sekeping hati yang boleh menjadi lebih keras daripada batu. Hati yang lebih degil daripada batu ketika batu yang keras pun boleh terpancar daripadanya air, boleh terbelah retak berkecai jatuh dari lereng gunung kerana takutkan Tuhan. Sesuatu yang sekeping hati boleh tidak mampu menjadi begitu. Tetapi hati siapa yang lebih keras daripada batu itu? Kita tahu ciri-cirinya melalui pemberitahuan Tuhan di dalam al-Quran. Tetapi kita tiada pengetahuan untuk mengenakannya …

  • 14 June

    Faedah Dua Telinga Dan Hanya Satu Mulut

    “Susah nak cakap, ustaz. Beratnya rasa hati ini” keluh bapa seorang pesakit. “Tak apa. Encik tak perlu cakap apa-apa. Saya tahu apa yang sedang Encik alami. Semua ini dugaan Allah. Kita sebagai umat Islam wajib beriman bawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya di sisi Allah. Jadi, kita tidak sepatutnya mengeluh dengan kejadian ini tetapi sepatutnya mencari hikmah terhadap apa yang terjadi!” balas si ustaz dengan penuh kefasihan dan keyakinan. “Huh! Macamlah si ustaz ni tahu sakitnya menanggung derita anak kena uji macam ini!” pakcik tersebut mengeluh di dalam hati. Wajahnya pun masam. Si ustaz kehairanan. “Di mana salahnya nasihat …

  • 7 June

    Dakwah: Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu

    Teringat lebih 10 tahun yang lalu, saya menerima jemputan pelajar Fakulti Undang-undang sebuah universiti untuk menyampaikan ceramah di dalam program orientasi pelajar baharu mereka. Semasa saya sampai ke lokasi program, AJK yang menyambut memberi taklimat kepada saya. Mereka meminta saya ‘membancuh’ pelajar baharu yang tidak bertudung agar bertudung. Saya kata, kalau begitu buatlah sendiri. Sebab itu bukan cara saya. Saya kongsikan bersama mereka di bilik ‘VIP’, bahawa saya pernah bersama mengendalikan sebuah kursus badan korporat. Di dalam kursus berkenaan, kami tidak menyentuh hal aurat atau apa-apa benda yang ‘tidak kena’ di depan mata kerana kami dilatih untuk menentukan keutamaan. Salah …

  • 6 June

    Sabar dan Hikmah Dalam Berdakwah

    Wajah yang menyimpan seribu cerita di bumi Dagistan ARTIKEL INI DITULIS PADA 21 APRIL 2007, PETIKAN BUKU BERCINTA SAMPAI KE SYURGA “Sheikh Rayyan, apa cerita menarik awak di Dagistan?” saya bertanya. Rayyan tersenyum. Beliau baru sahaja pulang ke Jordan selepas lama menetap di sana. Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah agama di negara bekas jajahan Soviet itu. “Oh, banyak cerita menarik. Tapi ada peristiwa yang saya nak kongsi dengan kamu. Tentang bid’ah membid’ah ni” kata Rayyan. “Hah, kat Dagistan pun ada masalah ini ke?” saya sedikit terkejut. “Ramai syabab Arab yang ikhlas datang berdakwah. Mereka memang bersungguh-sungguh. Tapi dakwah tanpa …

May, 2019

  • 27 May

    Membangunkan Vlog Cikgu Malaysia di Finland

    Semenjak berada di Finland pada Ogos 2016, saya telah gantikan rutin berceramah kepada cara-cara lain untuk belajar melalui aktiviti mengajar, kalau boleh dikatakan mengajar. Ia lebih kepada berkongsi. Antara yang saya usahakan adalah vlog atau blog dalam bentuk video. Ada banyak teknik yang digunapakai untuk membangunkan vlog. Namun, dari segi teknik merakam dan cara edit, saya masih amatur dan perlahan-lahan belajar untuk meningkatkan kualitinya. Vlog saya juga masih belum konsisten dari segi durasi, format dan kekerapan. Sama seperti artikel di blog, saya tidak mahu memberi komitmen untuk mengurung diri saya ke dalam format tertentu. Sebaliknya, saya cuba untuk menghasilkan sesuatu …

  • 17 May

    Should my Kids Fast in a Finnish School?

    A friend of mine highlighted a news about a primary school in Tampere Finland denying fasting from its pupils due to health concern and difficulties to focus in lessons. “MUSLIM FASTING DISTURBING SCHOOLS WHEN CHILDREN DON’T EAT: WE CANNOT FORCE FOOD TO ANYBODY” Full news at https://suomenkuvalehti.fi/jutut/kotimaa/muslimien-paastonaika-lisaa-koulujen-hairioita-kun-lapset-eivat-syo-emme-voi-syottaa-vakisin-tai-ruiskuttaa-ruokaa-kenenkaan-kehoon/?fbclid=IwAR1jwZZpuRwoi-MPEuBmjRXx30WnbysTCAz7ajbR8ZBdmmKhRVJg5nZ0xBI Something like this should not happened. Fasting is never meant to harm or create trouble. In fact, the objective is completely the other way around. A Muslim is only required to fast when the person hits puberty. Even after that, for someone who is traveling, sick, breastfeeding babies, can choose not to fast. …

  • 17 May

    Vlog Cikgu Malaysia di Finland: Puasa Dalam Pelbagai Agama

    “Oh, di dalam agama Kristian, jika berpuasa biasanya seseorang itu akan ‘muram’ dan bermuhasabah untuk memperbaiki diri. Bukannya bergembira” kata Chaplain universiti. Kami ketawa lucu. Semasa Muhammad membentangkan tentang puasa di dalam Islam, beliau menunjukkan foto kemeriahan berbuka puasa di Ukraine dan Mesir. Puasa di dalam Islam sering terkait dengan kemeriahan berbuka, dan pelbagai aktiviti sosial. Bagi kita itu semua biasa. Tetapi rupa-rupanya ia agak menghairankan bagi sesetengah rakan agama lain. Semalam, kami bertemu di dalam dialog bulanan Interfaith yang dianjurkan oleh Chaplain universiti dengan kerjasama Student Union. Topik semalam adalah mengenai puasa di dalam agama-agama yang berbeza. Kami berpeluang …

  • 15 May

    Vlog Cikgu Malaysia di Finland: Ramadan and Schooling

    This is our third Ramadan in Finland. Each year, there’s always something new we learn from the experience. This year, most Ramadan is taking place while school is still open. 2km each way walking from home to school, it is tough. Being among the small minority at school, they have to face many challenges. Our children need motivation. One of our kids is participating in the school trip that has been planned since last year. The homeroom teacher contacted me asking information for separate arrangement to be made for our kid. I told her that my kid will not fast …

  • 12 May

    Layla: Travelog Pemberontakan Remaja Muslim Eropah

    “Kita boleh andaikan Layla ini generasi ketiga,” saya berhipotesis. “What do you mean by that?” tanya si anak.  Generasi pertama atuk dan nenek dia, kemudian ayah dan emaknya, kemudian dia dan adiknya Younes. Generasi pertama datang ke Eropah dengan tradisi Islam yang masih kuat, tetapi berfikiran terbuka untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di situ. Kemudian, anak-anaknya pula adalah generasi yang mendapat pendidikan Eropah. Mereka pemastautin tetap di Eropah, tetapi masih memikirkan negara asal ibu bapa mereka sebagai ‘kampung’ atau ‘home’ berbekalkan pengalaman mereka semasa kecil dahulu. Generasi kedua ini melihat kepayahan ibu bapanya untuk bertahan dari segi ekonomi dan budaya. …

  • 8 May

    Sekitar Bandar Tornio di Sempadan Finland – Sweden

    Pada 7 Mei 2019, saya menerima jemputan di bawah program Erasmus in Schools untuk mengajar subjek International Studies bagi murid Grade 8 dan 9 di sebuah sekolah di pekan Tornio. Tornio atau nama rasminya Tornion kaupunki (City of Tornio) merupakan bandar berkembar dengan Haparanda di sebelah Sweden, terletak kira-kira 140km dari Oulu, atau 2 jam setengah perjalanan dengan menaiki bas. Ia terletak di delta, kuala Sungai Tornio dan sungai ini merupakan asas kepada sempadan yang memisahkan Sweden dengan Rusia selepas perang pada awal abad ke-19. Selepas Finland mencapai kemerdekaan daripada Rusia pada tahun 1917, sempadan itu secara asasnya kekal memisahkan …

  • 5 May

    Ramadan 1440H di Oulu Finland

    Ini Ramadan ketiga kami sekeluarga di sini. 11 hari lebih awal berbanding tahun sebelumnya. 11 hari lebih redup dan gelap. 11 hari yang lebih panas, tetapi sebenarnya lebih sejuk kerana salji turun dengan lebat 3 Mei lalu. 11 hari ini juga bermaksud, anak-anak akan berpuasa sepanjang Ramadan dan masih ke sekolah. Masih ada 3 minggu persekolahan sebelum cuti musim panas bermula. rutin 2km berjalan kaki ke sekolah, dan 2km berjalan kaki pulang ke rumah, saya perlu berikan semangat dan motivasi kepada anak-anak agar mereka tidak letih. Tambahan pula, tahun ini kami berbuka puasa lebih lewat berbanding tahun lalu. Bukan kerana …