Home / Tag Archives: akademik

Tag Archives: akademik

Andalus Yang Pernah Kupelajari

  Al-Andalus sering digambarkan dengan seribu keindahan. Pancuran air, tamadun yang dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah untuk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media. Memang Andalus hebat. Tetapi ia bukanlah seindah yang digambarkan. Andalus itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yang terbit pada wajah manusia, dan kami dengan penuh sabar menekuni liku-liku jatuh dan bangun Andalus bersama Prof Kopanski. Kelas Andalus ini tidak seperti kelas yang lain. Selama tiga jam (kadang-kadang mencecah 4 jam lebih), kami akan duduk mengelilingi meja bulat bilik kuliah, dan peta Mediterranean Barat akan dibentang. Lagak pegawai tentera sedang mendengar taklimat …

Read More »

Pengkhianatan Ilmu di Pentas Ceramah

“Penceramah berceramah sesuka hati. Tidak berhati-hati dengan kesan percakapannya!” keluh Prof di dalam kelas. Saya termenung. Banyak kebenarannya. Saya sendiri sedang ada dua kaki, sebelah di dalam gelanggang akademik, sebelah lagi di gelanggang ceramah. Gelanggang yang sering menjadi sasaran kritikan para ahli akademik di universiti. Mungkin sikap kita yang kurang menghormati kebenaran, hingga kita cuai dalam meneliti butir percakapan. Prof Wan Kamal menegur sikap penceramah yang mengungkapkan makna Jahiliah pra perutusan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Wa’d al-Banaat (menanam mati anak perempuan), sejauh manakah ia menguasai imej zaman Jahiliah itu? Banyakkah? Hingga jadi fenomena massa. Demikian juga soal kejahilan …

Read More »

Sebuah Kemestian Bagi Misi Mustahil Semasa

Ia adalah jadual yang tidak masuk akal. Saya tiada pilihan kecuali terus berusaha dan sentiasa memastikan diri dekat kepada-Nya untuk mengekalkan kekuatan. La Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah. Doakan saya… JUMAAT (07/12/12) -Bahan Seminar Surah al-Hujuraat SABTU (08/12/12) Seminar Surah al-Hujuraat Ke KLIA Siap bahan siaran on air TV Al-Hijrah AHAD (09/12/12) On Air TV Al-Hijrah (7am – 10am) ¬†Berehat Kuliah Maghrib Ganti Surau an-Nur Bangi (Penutup Kisah Musa & Khidir) Siapkan Assignment Metodologi Dakwah Quran (Pendekatan Dakwah al-Quran Terhadap Golongan ‘Asi) Emel bahan PUISI 2012 ke Dublin ISNIN (10/12/12) Lecture tambahan Kajian Teks Sejarah Islam Siapkan bahan Metodologi …

Read More »

Laras Akademik vs Laras Populis

Sudah lama saya tidak mengendalikan kursus motivasi. Semenjak menyambung pengajian di UKM, dan STC kembali menjadi seperti hari satunya, saya hanya menerima jemputan program kecil-kecilan untuk terus memberi, dan seadanya, menerima. Kali ini saya berprogram bersama warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Ledang di Johor. Program ini adalah hasil inisiatif sahabat saya, Dr. Norizad yang sudah selaras visi dan misi kami semenjak sebumbung di Belfast lagi. Beliau amat berharap melalui program ini, para doktor, pembantu kesihatan, matron, jururawat, pembantu farmasi, pegawai tadbir dan seluruh warga kerja perkhidmatan kesihatan daerah ini, dapat meningkatkan penghayatan kerja, buat diri mereka sendiri dan masyarakat menumpang …

Read More »

Sheikh Mehmed Birgivi di Minda dan Hatiku

Saya kini kembali bergelar pelajar. Buat kali yang entah ke berapa. Kini saya menjadi pelajar sepenuh masa untuk program Sarjana Pengajian Islam di dalam Sejarah dan Tamadun Islam. Untuk semester ini, saya mengambil lima subjek iaitu: Fiqh Sirah Sejarah dan Tamadun Islam Sebelum Kejatuhan Baghdad 1258M Tamadun Islam Kajian Teks Sejarah Islam Metodologi Dakwah di Dalam al-Quran MEHMED BIRGIVI Pengajian dan kajian peringkat Master saya tertumpu kepada seorang tokoh pembaharuan, pemikir dan dakwah kurun ke-16 Uthmaniah iaitu Sheikh Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi yang lebih dikenali sebagai Mehmed Birgivi (1522-1573M). Asalnya saya meneroka aspek Sains dan Teknologi Daulah Uthmaniah. Kebanyakan …

Read More »