Home / Tag Archives: al-kahf

Tag Archives: al-kahf

Mengadabkan Orang Mengaji

قال يا موسى إني على علم من علم الله علمنيه الله لا تعلمه وأنت على علم من علم الله علمكه الله لا أعلمه “Wahai Musa, sesungguhnya aku mempunyai ilmu daripada ilmu Allah yang diajarkan-Nya Dia kepadaku yang tidak engkau ketahui. Dan engkau pula mempunyai ilmu daripada ilmu Allah yang diajarkan-Nya Dia kepadamu yang tidak aku ketahui!” kata Khidir. Hamba Allah yang soleh itu disifatkan sebagai seorang yang lebih mengetahui, berbanding Musa. Musa menempuh perjalanan yang panjang mencarinya. Khidir, yang bakal mengajarnya sesuatu yang tidak diperolehinya daripada guru yang lain. Musa amat berkehendakkan bimbingan Khidir. Tetapi Khidir memposisikan Musa pada tahap …

Read More »

Gertakan Khidir Terhadap Musa: Dua Kali Sabar Demi Ilmu

“Sesungguhnya engkau tidak mempunyai keupayaan untuk menyabarkan diri supaya bersabar denganku!” kata Khidir alayhi al-Salam. Dua kali sabar. Bukan sekadar sabar. Tetapi menyabarkan diri untuk bersabar. Demikian ‘ugutan’ Khidir terhadap hasrat Musa ‘alayhi al-Salaam yang mahu mengikutinya bermusafir demi belajar dan mendapat AL-RUSHD! Petunjuk, yang membezakan antara hitam dan putih, betul dan salah, haq dan batil, sebagai matlamat sebuah pembelajaran. “Dia (Khidir) menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan berupaya untuk bersabar bersamaku” [Al-Kahf 18: 67] Menimbulkan ancaman atau Tarhib bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan semangat belajar. Dalam kita menggalakkan pembelajaran, ada juga unsur-unsur pemeriksaan realiti yang mesti dilakukan. …

Read More »

PUISI 2012 Melabuhkan Tirai: Misi Menjadi Manusia Berperisian

PUISI 2012 melabuhkan tirainya. Ini PUISI ke-10 semenjak kali pertama ia dianjurkan pada musim sejuk 2003. Ini pula PUISI ke-3 saya selepas kali pertama menerima jemputan pada 2006 dan kemudiannya 2007. Kali ini saya dijemput untuk menyampaikan modul Pengurusan Hidup Berpandukan Surah al-Kahf. Komiti menamakan PUISI 2012 ini sebagai The Road Not Taken, berinspirasikan sajak Robert Frost dengan tajuk yang sama. Saya amat gembira semasa menerima jemputan urusetia. Tanpa banyak berfikir, saya memberikan persetujuan. Sudah tentu salah satu dorongannya adalah perasaan rindu yang mendalam kepada Ireland. Tetapi sebab utama mengapa PUISI kali ini saya anggap sebagai anugerah, adalah kerana peluang …

Read More »

“Anak Saya Minat Lady Gaga, Ustaz!”

“Bagaimana kami hendak menjawab kepada anak-anak yang semakin meningkat remaja, persoalan mengapa mereka perlu bertudung, kenapa kena bataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta hal-hal lain yang sering menjadi persoalan mereka?” salah seorang sahabat yang hadir di dalam halaqah kami bertanya. Ia persoalan yang berat. Menjawabnya secara mudah akan seperti memandang remeh dan enteng persoalan itu. Kepala saya ligat berfikir. Hari ini, saya sedang berhalaqah dengan rakan-rakan komuniti Malaysia yang berkampung di Lucan, Dublin. Kami berbicara tentang Ibrah Daripada Surah Luqman. Soalan yang hadir daripada ibu bapa yang membesarkan anak-anak mereka di ‘negeri orang’. Ironinya, soalan yang sama telah beberapa …

Read More »

Roda-roda Haq dan Batil Dalam Kehidupan

Empat kisah utama di dalam Surah al-Kahf itu sungguh unik. Kisah Ashaab al-kahf. Kisah pemilik dua kebun. Kisah Musa dan Khidir. Kisah Dzulqarnain. Tiga kisah memaparkan pertembungan antara haq dan batil. Namun pertembungan itu bukan sekadar pertembungan. Ia memaparkan saiz yang berubah-ubah antara besar dan kecil yang bertukar tempat antara haq dan batil. Di dalam kisah Ashaab al-Kahf, yang haq itu kecil dan yang batil itu besar. Ashaab al-Kahf adalah sekumpulan kecil manusia yang lebih kecil daripada minoriti. Manakala raja yang zalim adalah kuasa besar, mewakili batil yang besar. Manakala di dalam kisah pemilik dua kebun, hak dan batil diwakili …

Read More »

Pemuda Berjuang Tidak Akan Bersendirian

  Gua disinar mentari. Cahayanya tidak kena secara langsung ke tubuh anak-anak muda itu. Mereka duduk di tengah gua. Manusia yang menjengah, melihat mereka berjaga, mata seperti terbuka. Sedangkan mereka lena. Tidur bagai berhibernasi. Tubuhnya dibolak balik kadang-kadang ke kanan, kadang-kadang ke kiri. Terhindar daripada cedera luka oleh graviti. Si anjing tidur bertimpuh di pintu gua, seperti semuanya sangat biasa, yang luar biasa. Sesiapa sahaja yang terlihatkan anak-anak muda itu akan melarikan diri ketakutan. Hati pemerhati dicampak gerun yang menjauhkan diri. Itulah deskripsi al-Quran tentang Ashaab al-Kahf. Anak muda yang beralah bukan mengalah, mengasingkan diri dalam rahmat Allah, kurniaan yang …

Read More »