Home / Tag Archives: birgivi

Tag Archives: birgivi

Apabila Akal (‘Aql) Bergaduh Dengan Naqal

“… Maka sesungguhnya akal dan naqal itu saling bersesuaian. Al-Kitab dan al-Sunnah juga saling bertepatan“ Demikian, Imam Birgivi memulakan kitabnya al-Tariqah al-Muhammadiyyah. Permulaan sebuah buku yang mewakili rumusan pemikirannya. Pemikiran yang kemudiannya diwacanakan tahun demi tahun merentas usia Dawlah Uthmaniyyah. Kemudiannya, dirumuskan sebagai Birgivism oleh Gottfried Hagen, pada menjelaskan versi Islam yang mendominasi Turki semasa. Akal tidak bergaduh dengan nas. Ia saling bersetuju. Persetujuan itu adalah kerana wujudnya kesatuan, apabila kedua-duanya dipandang dari sisi ilmu. Sama ada ilmu itu ilmu yang terbit dari nas (naqal), mahu pun ilmu yang dicerap oleh pancaindera, kedua-duanya diproses oleh fakulti diri yang sama iaitu akal. Tanpa akal, …

Read More »

Jalan Masih Panjang: Menuju Balıkesir

Oh Jalan masih panjang Terbentang di hadapan Tak hanya sekadar dunia Lihatlah ke depan yang lalu biar berlalu Jadikan pemicu kalbu Jalan hidup takkan pernah lurus Pasti ada salah lewati segalanya Tapi Tuhan tak pernah berhenti Membuka jendela maaf untuk kita “Ustaz menyanyi lagu siapa tu? Saya tak pernah dengar” tanya Nabhan. “Kumpulan Edcoustic dari Indonesia. Bagus lagu-lagunya. Lirik bermutu, muziknya pun bagus. Dua orang sahaja” saya memberitahu. Perjalanan kami masih jauh. Sebentar tadi kereta kami menaiki feri untuk menyeberang Laut Marmara dari Eskihisar di Gebze ke Topçular. Biar pun pemandangannya tidak seindah Üsküdar ke Eminönü, banyak kenangan yang sempat …

Read More »

Kembara Menjejak Imam Birgivi: #1 Mencari Diri

“Apa yang menyebabkan ustaz bersungguh-sungguh mahu mengkaji tentang Imam Birgivi?” tanya Halim. Kami sedang bersiap-siap sementara menunggu Nabhan pulang daripada kampus. Hari ini dia mendaftar subjek-subjek untuk semester dua yang bakal bermula. “Hmm… Panjang ceritanya” saya merenung ke luar jendela. Cuaca tengah hari itu cerah di Istanbul. Permulaan yang baik untuk perjalanan panjang yang bakal kami tempuhi. Kereta juga sudah berada di bawah semenjak awal pagi. Saya amat berterima kasih kepada Azri Izdan kerana mengusahakan kereta berkenaan. Walaupun saya agak berdebar kerana pertama kali akan memandu jauh di sebelah kiri, saya tiada pilihan. Birgi terlalu terpencil. Jika saya mahu ke …

Read More »

Taubat Seorang ‘Televangelist’

Ramadan ini saya mengenang kembali permohonan-permohonan saya pada Ramadan lalu. Doa. Hajat. Apakah rentetan hidup yang terjadi selepas Ramadan tahun lalu, ketika Ramadan kali ini sudah surai seminggu? Pada tahun lalu, saya berasa sangat tertekan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri, kaitan masyarakat dengan diri dan dakwah secara keseluruhannya. Tetapi saya tidak pasti apakah ia. Hanya hati yang tidak tenteram. Rasa gelisah semasa berkata-kata, dan gelisah semasa mendengar perkataan. Saya tidak dapat berfikir dengan baik kerana terlalu sibuk dengan program demi program. Dan program yang menjadi dakwah itulah yang saya minta daripada Allah untuk ia reda seketika agar saya …

Read More »

Kembara Birgivi Pada 12 Rabiul Awwal Kali Ini

Selamat tiba di Dubai, selepas pesawat tertangguh selama 10 jam Jika hari ini umat Islam di seluruh dunia ramai yang menyambut Maulidurrasul, saya ‘menyambutnya’ dengan satu agenda yang berbeza. Hari ini saya singgah sebentar di Dubai. Berprogram ceramah Maulidurrasul bersama warga Malaysia di sini. Namun destinasi sebenar saya masih jauh. Insha Allah saya akan menyambung perjalanan ke Istanbul, Sabtu nanti. Perjalanan untuk menghimpun maklumat, tentang seorang tokoh yang 52 tahun hidupnya, diabdikan pada mendidik ummah untuk mencintai seorang Rasul, sallallaahu alayhi wa sallam. Seorang tokoh yang setiap hari adalah hari beliau menyeru manusia menghayati ajaran Rasul. Seorang tokoh yang meninggalkan …

Read More »

VLOG: Petanda al-Kibr : Petikan Kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah

https://www.youtube.com/watch?v=drOw7SJtJZ8 Khusyuk mengkaji kedudukan hadith, sama ada ia sahih atau tidak. Khidmat yang besar buat umat. Tetapi kesibukan melayan tugasan menilai sanad hadith, seseorang itu boleh terlupa meninjau matan hadith. Bukan pada nas, tetapi isi kandungannya. Pengajarannya. Tempat di mana sunnah sebenar berada. Bisakah seorang pengkaji hadith tertipu dengan amalnya? Abu’l-Faraj ibn al-Jawzi (maaf, saya tersilap menyebutnya sebagai Ibn al-Jawziyyah) di dalam karangan beliau bertajuk Talbis Iblis, memperingatkan akan hal ini. Kerana itu, saya yang sedang mengkaji biografi dan pemikiran Sheikh Mehmed Birgivi (meninggal dunia 1573M) di dalam buku beliau al-Tariqah al-Muhammadiyyah (The Path of Muhammad), tidak seharusnya larut dalam …

Read More »

Dakwah ‘Hati Kering’!

Saya kehairanan semasa membaca buku  al-Tariqah al-Muhammadiyyah fi Bayan al-Sirah al-Nabawiyyah al-Ahmadiyyah oleh tokoh yang sedang saya kaji, Sheikh Mehmed Birgivi (1522-1573M). Sheikh Mehmed Birgivi datang daripada latar belakang keluarga, pendidikan serta persekitaran Tasawwuf. Malah pada hari ini, ada beberapa kumpulan Tarekat seperti Tarekat Bayramiyah, yang menyatakan bahawa asas disiplin kumpulan mereka adalah pada legasi Sheikh Mehmed Birgivi. Keturunannya yang masih bergiat dalam pendidikan hari ini iaitu Sheikh Muhammad Amin Siraj di Masjid Fatih, Istanbul, juga adalah seorang tokoh dalam Tasawwuf semasa. Sedangkan, membaca buku Sheikh Mehmed Birgivi tidak langsung menampakkan kepada saya bahawa beliau seorang Sufi. Di dalam kajian sejarah …

Read More »

Sheikh Mehmed Birgivi di Minda dan Hatiku

Saya kini kembali bergelar pelajar. Buat kali yang entah ke berapa. Kini saya menjadi pelajar sepenuh masa untuk program Sarjana Pengajian Islam di dalam Sejarah dan Tamadun Islam. Untuk semester ini, saya mengambil lima subjek iaitu: Fiqh Sirah Sejarah dan Tamadun Islam Sebelum Kejatuhan Baghdad 1258M Tamadun Islam Kajian Teks Sejarah Islam Metodologi Dakwah di Dalam al-Quran MEHMED BIRGIVI Pengajian dan kajian peringkat Master saya tertumpu kepada seorang tokoh pembaharuan, pemikir dan dakwah kurun ke-16 Uthmaniah iaitu Sheikh Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi yang lebih dikenali sebagai Mehmed Birgivi (1522-1573M). Asalnya saya meneroka aspek Sains dan Teknologi Daulah Uthmaniah. Kebanyakan …

Read More »