Home / Tag Archives: buku

Tag Archives: buku

Ramadan: Di Sebalik Kehebatan Tawaran Itu

“Beli 1 dapat 10!!!” sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya. Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya. “Talk of the town” kata orang putih. Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian 1 akan diberi 10. Bukan sahaja beli 1 dapat 10, malah jalan raya ke pasar raya itu telah diturap elok. Semua simpang lain telah dikenakan road block. Lebih dari itu, kedai-kedai lain juga ditutup. Semuanya demi memudahkan kita pergi mendapatkan tawaran mega itu iaitu beli 1 dapat 10. Dengan pelbagai cabutan bertuah yang ada, anda …

Read More »

Di Hamparan Shamrock: Hamba Menyeru, Dia Menyampaikan!

Alhamdulillah. Buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia untuk diedarkan ke perpustakaan desa seluruh negara. Sungguh benar ibrah seruan haji oleh Ibrahim ‘alayhi al-salaam. Ibrahim menyeru. Allah yang menyampaikan. Pendek benar kaki saya hendak melangkah ke seluruh desa di empat penjuru negara bagi melunaskan tanggungjawab dakwah. Terima kasih kepada semua ‘tentera Allah’ yang bekerja keras menukar sedikit ilmu dan maklumat di hati, minda dan jari, kepada pelbagai medium penyampai. Moga semuanya menjadi amal jariah untuk hamba-Mu yang pendek usia dan sikit usaha ini. Allah, kuatkan hatiku, kuatkan tanganku, kuatkan mindaku, kuatkan semangatku, untuk aku tidak lelah …

Read More »

Iqra’: Permulaan Sebuah Perjalanan

Hari ini apabila kita menguasai satu topik, kita sudah digelar pakar. Tatkala meneliti bibliobiografi alim ulamak dulu, terasa betapa kerdilnya kita hari ini, yang miskin segala-galanya, tetapi bercita-cita mahu bergandingan tangan dengan mereka menuju Syurga. Malas dan jahil, menjauhkan Radhiyatan Mardhiyyah. Iqra’ menjadi ayat pertama pada memperbaharui Kerasulan yakni mengembalikan manusia kepada kehidupan berTuhan. Membaca dengan nama Tuhan yang Mencipta, adalah asas besar dalam erti kita menjadi Muslim. Belilah buku, kumpul, baca, fahami, ajak ahli keluarga dan anak-anak berkongsi kemahuan membaca. Umat yang membaca, berilmu, faham dan beriman, terpelihara daripada penyesatan syaitan Jin dan Manusia. Membaca, jangan hanya banyak membaca, …

Read More »