Home / Tag Archives: komunikasi

Tag Archives: komunikasi

Kuasa Sebenar: Antara Magis dan Kasih Sayang

“Tapi Abi, magic lagi hebat” Saiful Islam berdebat dengan saya. Tetap mahu membuktikan kuasa ILMU bukan kuasa yang diimpikannya. “Kenapa pula?” saya bertanya. “Ye la, dengan magic, kita boleh tukar dapat apa yang kita nak” hujahnya. “Yop memang percaya magic tu wujud ke?” saya mahukan kepastian. “Takde la. Saja je!” katanya. Ketawa kecil. Petang itu kami berbalas debat. Sebagai bapa, ada juga rasa sakit hati apabila hujah kita dinafikan oleh anak. Tetapi jika anak sudah dibiasakan berapa berpendapat dan mempertahankan pendapat, ibu bapa perlulah kuat semangat untuk mengendalikan ‘sesi latihan’ di rumah. Tumpaskan ego. Tingkatkan kesungguhan, mahu anak-anak berani berpendapat. …

Read More »

Tahun Ini Aqil Baligh?

“Abi, apa dia yang bila kita dah boleh tanggung dosa sendiri tu?” tanya Saiful Islam. “Dah boleh tanggung dosa sendiri? Mampu ke nak tanggung dosa?” saya membalas pertanyaan dengan pertanyaan. “Habis tu apa?” anak sulung saya kebingungan. “Bukannya sudah boleh tanggung dosa sendiri, tapi KENA tanggung dosa sendiri!” saya membetulkan soalannya. “Aha, betul, betul. Apa dia?” tanyanya. “Aqil baligh!” saya menjawab. “Haa, aqil baligh!” ujar beliau. “Abi aqil baligh umur berapa tahun?” soalnya lagi. “Lebih kurang umur Yop sekaranglah!” saya terus menjawab. “Oh, alamak. Maknanya adakah Yop juga akan aqil baligh tahun ini? Habislah. Suara bertukar, bermisai!” katanya sambil mengurut …

Read More »

Sunnah Meminta Pendapat Anak

“Kalau Abi tanya sikit, boleh?” saya memecah sepi di dalam kereta. “Tanyalah” jawab Saiful Islam. “Apa tentang Abi yang paling Yop suka?” saya menyoal. “Hmm…” anak sulung saya mengeluh perlahan. Lama beliau berfikir. Sambil memandu, saya memandang di ekor mata memerhatikan gelagatnya. “Sabar! Yop rasa Abi seorang yang sabar” jawabnya. “Kenapa agaknya Yop kata Abi sabar?” saya menyoal lagi. “Bukan senang jadi bapa. Anak-anak buat perangai macam-macam. Tapi Abi sabar” terang beliau. “Sesekali Abi marah juga. Yop pun pernah kena rotan juga, kan?” saya mahukan kepastian. “Sesekali tak apalah. Biasalah tu” jawabnya. Jawapan yang Saiful Islam berikan itu mencetuskan rasa …

Read More »

Berkomunikasi Dengan Hati

Di zaman sains dan teknologi ini, pelbagai alat canggih dicipta untuk tujuan komunikasi. Telefon pintar. Keupayaan internet yang tinggi. Pengangkutan yang pantas dan efisyen. Segalanya demi manusia berhubung dengan lebih efektif, mudah-mudahan produktif. Namun rumahtangga masih berantakan, politik dalaman organisasi di pejabat dan persatuan tidak berkesudahan, salah faham antara bangsa dan negara menumpahkan darah, semacam manusia itu tidak faham antara satu sama lain. Seperti tidak berkomunikasi. Di era sahabat, berlaku konflik yang kritikal pasca pembunuhan Uthman bin Affan, antara Ali dan Muawiyah radhiyallahu ‘anhum. Ali di Mekah, Muawiyah di Syam, sisi pandang antara satu sama lain tentang keutamaan dalam tindakan, sukar ditemukan …

Read More »