Home / Tag Archives: mehmed

Tag Archives: mehmed

January, 2013

  • 25 January

    Kembara Birgivi Pada 12 Rabiul Awwal Kali Ini

    Selamat tiba di Dubai, selepas pesawat tertangguh selama 10 jam Jika hari ini umat Islam di seluruh dunia ramai yang menyambut Maulidurrasul, saya ‘menyambutnya’ dengan satu agenda yang berbeza. Hari ini saya singgah sebentar di Dubai. Berprogram ceramah Maulidurrasul bersama warga Malaysia di sini. Namun destinasi sebenar saya masih jauh. Insha Allah saya akan menyambung perjalanan ke Istanbul, Sabtu nanti. Perjalanan untuk menghimpun maklumat, tentang seorang tokoh yang 52 tahun hidupnya, diabdikan pada mendidik ummah untuk mencintai seorang Rasul, sallallaahu alayhi wa sallam. Seorang tokoh yang setiap hari adalah hari beliau menyeru manusia menghayati ajaran Rasul. Seorang tokoh yang meninggalkan …

November, 2012

  • 23 November

    VLOG: Petanda al-Kibr : Petikan Kitab al-Tariqah al-Muhammadiyyah

    https://www.youtube.com/watch?v=drOw7SJtJZ8 Khusyuk mengkaji kedudukan hadith, sama ada ia sahih atau tidak. Khidmat yang besar buat umat. Tetapi kesibukan melayan tugasan menilai sanad hadith, seseorang itu boleh terlupa meninjau matan hadith. Bukan pada nas, tetapi isi kandungannya. Pengajarannya. Tempat di mana sunnah sebenar berada. Bisakah seorang pengkaji hadith tertipu dengan amalnya? Abu’l-Faraj ibn al-Jawzi (maaf, saya tersilap menyebutnya sebagai Ibn al-Jawziyyah) di dalam karangan beliau bertajuk Talbis Iblis, memperingatkan akan hal ini. Kerana itu, saya yang sedang mengkaji biografi dan pemikiran Sheikh Mehmed Birgivi (meninggal dunia 1573M) di dalam buku beliau al-Tariqah al-Muhammadiyyah (The Path of Muhammad), tidak seharusnya larut dalam …