Home / Tag Archives: organ

Tag Archives: organ

28 Juta – 200,000 – 15,500 – Akhirnya 30 Sahaja

Alhamdulillah majlis di Institut Jantung Negara tadi berjalan lancar. Moderator, Erma Fatima menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Majlis dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, dan digerakkan dengan berkesan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Tan Sri Lee Lam Thye. Saya sangat tersentuh dengan perkongsian keluarga mereka yang telah pergi, namun sempat organ mereka didermakan, terutamanya kisah Encik Azli daripada Johor, yang sedikit sebanyak kesedihan mereka atas pemergian anak yang disayangi dalam kemalangan jalanraya, terubat dalam pendermaan organ anak seperti yang dihajatkan oleh al-Marhumah. Dalam kejelasan fikir, ketenangan Encik Azli terlerai dalam tangisannya mungkin kerana amat rindukan al-Marhumah anak yang dikasihi. Kami menumpang sedih dalam …

Read More »

Saya Duta Pendermaan Organ KKM

Tengah hari ini jam 2, saya akan bersama dengan Duta Pendermaan Organ yang lain, di dalam Majlis Pelancaran Kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Lobi Institut Jantung Negara (IJN). Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai. Erma Fatima, Adibah Noor, Hafiz Hamidon, Yasmin Yusuf dan ramai lagi akan hadir bersama. Kami telah diberikan peluang, serta amanah untuk berperanan sebagai Duta Personaliti Pendermaan Organ. Sepanjang minggu ini akan ada pameran, talk show, perkongsian pengalaman keluarga penderma dan banyak lagi aktiviti yang bersifat informatif pada membina paradigma membantu menjayakan kempen ini. Program ini dikendalikan oleh …

Read More »