Tag Archives: pendidikan

Bercutilah Wahai Cikgu. Bercutilah!

“Pening kepala emak. Macam-macam benda nak gantung” kata emak. Saya bersila mengadap emak yang sedang menggunting kad Manila. “Apa yang Rizal boleh tolong?” saya bertanya. “Tolong lipat baju!” jawab emak. Aduhai. Saya berminat mahu menolong kerja sekolah emak. Rupa-rupanya pertolongan saya lebih bermakna kalau saya tolong buat benda yang paling …

Read More »

Suleyman Hilmi Tunahan: Pendidikan Adalah Jihad

“Apabila Badi’uzzaman Sa’id al-Nursi kata aku berlindung dengan Allah daripada politik, kata-kata itu perlu diletakkan dalam konteksnya” saya berbual tengah hari itu. “Anta kecewa dengan politik?” tanya sahabat saya. “Anta rasa?” saya membalas pertanyaan dengan pertanyataan. “Kebelakangan ini nampaknya begitu” jawab beliau. Sepi. Sesekali, ada sahabat menjenguk bertanya khabar. Adakalanya, …

Read More »

Harapan Untuk Sebuah Legasi Pendidikan: KMSS

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan meluangkan masa menziarahi sebuah institusi yang saya kasihi. Tidak lain dan tidak bukan, iaitulah Sekolah Menengah Islam Tahfiz Mithali Khalifah atau lebih dikenali sebagai Khalifah Model Secondary School (KMSS) di Bandar Baru Salak Tinggi. Sepatutnya saya hadir lebih awal. Semasa Hari Terbuka dianjurkan Disember lalu, saya …

Read More »

“Anak Saya Minat Lady Gaga, Ustaz!”

“Bagaimana kami hendak menjawab kepada anak-anak yang semakin meningkat remaja, persoalan mengapa mereka perlu bertudung, kenapa kena bataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan serta hal-hal lain yang sering menjadi persoalan mereka?” salah seorang sahabat yang hadir di dalam halaqah kami bertanya. Ia persoalan yang berat. Menjawabnya secara mudah akan seperti …

Read More »

Kuasa Sebenar: Antara Magis dan Kasih Sayang

“Tapi Abi, magic lagi hebat” Saiful Islam berdebat dengan saya. Tetap mahu membuktikan kuasa ILMU bukan kuasa yang diimpikannya. “Kenapa pula?” saya bertanya. “Ye la, dengan magic, kita boleh tukar dapat apa yang kita nak” hujahnya. “Yop memang percaya magic tu wujud ke?” saya mahukan kepastian. “Takde la. Saja je!” …

Read More »

UPSR: Teruskan Perjalanan Sebagai Hamba Allah yang Berusaha

Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah 1987 di SRK Raja di Hilir Ekram, Ipoh Pada tahun 1986, saya mendapat 5A di dalam keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (sebelum ditukar kepada UPSR). Pada tahun 1996, sudah tiada siapa kisah dengan keputusan yang membanggakan itu. Pada tahun 2006, 5A itu sudah hampir luput …

Read More »

Cara Kita Memandang Kanak-kanak

“Syabas kepada tuan-tuan dan puan-puan, terutamanya yang anak mereka ramai dan sudah dewasa” saya memulakan penyampaian. Syabas kerana, menjadi kebiasaan kita semasa anak seorang, kita sangat bersemangat mahu mendidik anak. Pelbagai teori mahu diguna pakai untuk memastikan tomei-tomei kita cemerlang. “Macam mana saya nak pastikan anak saya suka sembahyang, ustaz?” …

Read More »

Hapuskan Ego Dalam Mendidik Keluarga

Sejauh mana ibu bapa membuka hati dan minda mereka untuk menerima nasihat serta saranan pakar dalam membetulkan amalan, kepercayaan serta salah tindakan kita semasa menjadi suami isteri, juga ibu bapa? Tidak masuk Syurga manusia hati ego. Hapuskanlah kepercayaan “anak bini aku, keluarga aku, jangan nak mengajar, aku lebih tahu!” Utamakan …

Read More »
RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share