Home / Tag Archives: quran

Tag Archives: quran

Gertakan Khidir Terhadap Musa: Dua Kali Sabar Demi Ilmu

“Sesungguhnya engkau tidak mempunyai keupayaan untuk menyabarkan diri supaya bersabar denganku!” kata Khidir alayhi al-Salam. Dua kali sabar. Bukan sekadar sabar. Tetapi menyabarkan diri untuk bersabar. Demikian ‘ugutan’ Khidir terhadap hasrat Musa ‘alayhi al-Salaam yang mahu mengikutinya bermusafir demi belajar dan mendapat AL-RUSHD! Petunjuk, yang membezakan antara hitam dan putih, betul dan salah, haq dan batil, sebagai matlamat sebuah pembelajaran. “Dia (Khidir) menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan berupaya untuk bersabar bersamaku” [Al-Kahf 18: 67] Menimbulkan ancaman atau Tarhib bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan semangat belajar. Dalam kita menggalakkan pembelajaran, ada juga unsur-unsur pemeriksaan realiti yang mesti dilakukan. …

Read More »

Penghargaan dan Doaku Buat Sheikh Solah al-Khalidi

Sheikh Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, tokoh al-Quran kelahiran Palestin 1947 Bagi sahabat yang sering mengikuti kuliah pengajian saya, khususnya Siri Ibrah Daripada al-Quran, penyampaian saya sangat banyak mengambil manfaat daripada huraian-huraian yang disampaikan oleh Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi, hafizahullah. Saya, bukanlah anak murid yang Sheikh Solah kenali. Malah untuk menganggap diri ini sebagai anak murid pun tidak layak. Sepanjang saya menuntut ilmu di Jordan, saya hanya berpeluang hadir bertalaqqi ke majlis-majlis pengajian beliau sebanyak beberapa kali. Tidak cukup untuk dinamakan sebagai talaqqi. Saya hanya menadah daripada Sheikh melalui kuliah Subuh harian beliau di Masjid Abd al-Rahman bin Auf, Sweileh, …

Read More »

Nasib Menanti Golongan Pencacai – Ibrah Kisah Ashaab al-Ukhdud

“Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya. Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan raja yang zalim itu sudah bersedia untuk melaksanakan arahan. “Ya Allah, percukupkan aku daripada kejahatan mereka dengan apa-apa sahaja cara yang Engkau kehendaki!” doa si anak muda itu. Gunung bergegar. Lantai bumi bergoncang. Seluruh orang suruhan raja yang zalim itu jatuh dari puncak yang tinggi itu. Mati terbunuh dengan cara …

Read More »

Roda-roda Haq dan Batil Dalam Kehidupan

Empat kisah utama di dalam Surah al-Kahf itu sungguh unik. Kisah Ashaab al-kahf. Kisah pemilik dua kebun. Kisah Musa dan Khidir. Kisah Dzulqarnain. Tiga kisah memaparkan pertembungan antara haq dan batil. Namun pertembungan itu bukan sekadar pertembungan. Ia memaparkan saiz yang berubah-ubah antara besar dan kecil yang bertukar tempat antara haq dan batil. Di dalam kisah Ashaab al-Kahf, yang haq itu kecil dan yang batil itu besar. Ashaab al-Kahf adalah sekumpulan kecil manusia yang lebih kecil daripada minoriti. Manakala raja yang zalim adalah kuasa besar, mewakili batil yang besar. Manakala di dalam kisah pemilik dua kebun, hak dan batil diwakili …

Read More »

Al-Hujuraat: Keharmonian antara Badwi dan Bangsawan

“Hoi, sial! Apasal lambat bonar kau balik?” jerit seorang sahabat dari tangga surau. Rakannya terkasima. “Huh, nate mu!” ujar seorang kawan. “Temannya bulat biji mata. “Bagero kamu. Jenuh aku menunggu!” herdik seorang pakcik. Pengantin baru itu terpinga-pinga. Ia ayat yang boleh didengari di sana-sini. Di satu tempat ia berbunyi biasa. Di satu tempat yang lain, ia seperti menyengat bisa. Demikian jugalah perihalnya tatkala Aqra’ bin Haabis  menjerit-jerit dari luar kamar Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Muhammad! Muhammad! (Jangan sampai aku hilang sabar) Aku ini pujiannya manis! Tapi kejiannya pahit! Aqra’ bin Haabis tidak sabar-sabar menunggu Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam …

Read More »