Home / Tag Archives: Sejarah

Tag Archives: Sejarah

29 Mei 1453: Pensejarahan Pembukaan Constantinople

Perbualan saya bersama Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman di al-Masjid al-Haram beberapa minggu yang lalu, menjadi peluang yang julung-julung kali dapat berlaku biar pun kami sama-sama ada di dalam MURSHID. Ketika itu saya mengerjakan umrah, dan Abu Anas al-Madani pula baru kembali dari Istanbul dalam perjalanan umrah beliau bersama rombongannya. Soalan yang beliau tanya adalah berkenaan kesahihan cerita yang masyhur berkenaan dengan penemuan jenazah sahabat yang mulia, Abu Ayyub al-Ansari r.a. oleh Sultan Muhammad al-Fatih semasa penawanan Constantinople pada Mei 1453. Abu Anas inginkan kepastian, benarkah kisah tentera al-Fatih mencium kaki sahabi ini, namun kemudiannya apabila al-Fatih sendiri …

Read More »

Pengkhianatan Ilmu di Pentas Ceramah

“Penceramah berceramah sesuka hati. Tidak berhati-hati dengan kesan percakapannya!” keluh Prof di dalam kelas. Saya termenung. Banyak kebenarannya. Saya sendiri sedang ada dua kaki, sebelah di dalam gelanggang akademik, sebelah lagi di gelanggang ceramah. Gelanggang yang sering menjadi sasaran kritikan para ahli akademik di universiti. Mungkin sikap kita yang kurang menghormati kebenaran, hingga kita cuai dalam meneliti butir percakapan. Prof Wan Kamal menegur sikap penceramah yang mengungkapkan makna Jahiliah pra perutusan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Wa’d al-Banaat (menanam mati anak perempuan), sejauh manakah ia menguasai imej zaman Jahiliah itu? Banyakkah? Hingga jadi fenomena massa. Demikian juga soal kejahilan …

Read More »

Imaginasi Karyawan Yang Memfitnah Sejarah Orang Beriman

“Benarkah Imam Birgivi yang ana bentangkan di dalam disertasi nanti, adalah Imam Birgivi yang sebenarnya? Itu yang merisaukan ana” saya meluahkan rasa gelisah. “Jangan fikir berat-berat sangat, ustaz. Sarjana ini, hanya persinggahan. Disertasi ustaz hanya 80 ke 100 muka surat sahaja” nasihat sahabat dan guru saya, Adib. “Apabila Dr. Azmul lontarkan soalan mudah di awal semester tempoh hari, ana terlarut dalam mencari jawapannya. Dr. Azmul tanya, jika Birgivi memberikan reaksi kepada ketidak stabilan sosio politik dan sosio ekonomi Dawlah Uthmaniyyah, maka apakah ketidak stabilan yang dimaksudkan. Soalannya mudah. Tetapi untuk mencari jawapannya, berbulan ana membaca hingga sesat dalam undang-undang masa” …

Read More »

Geografi ‘Mengantarabangsakan’ Diri

“Kok Meng, kau punya giliran!” kata Chee Mun. Sahabat kami berpinar-pinar matanya meneliti atlas. “Ok, cuba cari Kampung Sekreta” katanya. Kami semua terdiam. Mulut terkunci, mata ligat memerhati. Mencari. “Hah jumpa dah!” kata Asma. Sebuah kampung tidak jauh daripada persisiran Sungai Pahang. “Ok, aku bagi yang susah punya!” ujar Asma pula. Kami terus menerus bermain Atlas sementara mengisi masa kosong kerana cikgu tidak hadir ke kelas. Sering terjadi, apabila cikgu bermesyuarat dan tidak masuk mengajar, kami sangat gembira. Mengisi masa kami, antaranya adalah dengan bermain Atlas. Permainan popular kami di SRK Raja di Hilir Ekram, Ipoh. Melalui permainan itu jugalah …

Read More »

Forum Politik Matang di Shah Alam

Forum Politik Matang di Kediaman MB Selangor tempoh hari, rupa-rupanya membariskan panelis yang semuanya graduan Jordan. Prof. Madya Dr Mohd Asri ZA paling senior, kemudian Dr Khairuddin at-Takiri, diikuti dengan saya sebagai junior. Dalam Forum Politik Matang berkenaan, saya ingin berkongsi sesuatu yang saya kira boleh menjadi nilai tambah untuk rakan panelis serta hadirin. Itu salah satu sebab mengapa saya banyakkan huraian berkaitan Sejarah dan Tamadun Islam, bersesuaian dengan keadaan diri saya yang semasa ini sedang menjadi murid Sejarah. Antaranya: Bagaimana Tauhid memberi kesan kepada struktur sosial – impak kepada bandar Ur kaum Sumer – pembuktian Tauhid melalui aktiviti arkeologi. …

Read More »