Home / Tag Archives: sis

Tag Archives: sis

Fiqh ‘Rebel’: Anak Muda Mesti Berdiri

Kita tidak perlu menunggu lama untuk berasa segan dan malu dengan apa yang pernah kita tulis. Membaca kembali surat yang saya hantar ke Harakah di ruangan Surat Pembaca bertarikh 29 Januari 1993, saya dapat merasakan jiwa saya ketika itu sangat pesimis, negatif, penuh rasa kecewa dan sentiasa mahu memberontak. Saya masih lagi mencari, apakah yang membentuk seorang budak seperti saya, jadi begitu. Atau ia memang fitrah kebanyakan anak muda? Sentiasa tidak berpuas hati. Surat ini saya tulis, tidak lama selepas saya menjadi Naib Johan di dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Arab peringkat Negeri Perak. Majlis diadakan di Sek Men Raja Permaisuri …

Read More »

Pemikiran Skeptis Dalam Beragama

Habib Bourguiba “Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik. “Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi. Semua naik angin. Marah dengan Habib Bourguiba. Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan. Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari …

Read More »