Tag Archives: tadabbur

Resolusi Konflik Berpandukan Teknik Q3:159

Semasa berlakunya perang Uhud pada bulan Shawwal tahun ke-3H, pasukan pemanah yang ditugaskan oleh Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah melanggar arahan Baginda, lalu meninggalkan lokasi mereka untuk mendapatkan harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh musuh. Tindakan ini telah memecah belahkan kesatuan tentera Islam dan mengakibatkan kekalahan. Sayyid Qutb di …

Read More »

Gertakan Khidir Terhadap Musa: Dua Kali Sabar Demi Ilmu

“Sesungguhnya engkau tidak mempunyai keupayaan untuk menyabarkan diri supaya bersabar denganku!” kata Khidir alayhi al-Salam. Dua kali sabar. Bukan sekadar sabar. Tetapi menyabarkan diri untuk bersabar. Demikian ‘ugutan’ Khidir terhadap hasrat Musa ‘alayhi al-Salaam yang mahu mengikutinya bermusafir demi belajar dan mendapat AL-RUSHD! Petunjuk, yang membezakan antara hitam dan putih, …

Read More »

Nasib Menanti Golongan Pencacai – Ibrah Kisah Ashaab al-Ukhdud

“Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya. Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan …

Read More »

Masih Ada Betul Yang Betul Dan Salah Yang Salah

credit photo: redrumzero.wordpress.com “Kita kenalah berlapang dada. Tidak semua orang fikir macam kita. Janganlah rigid sangat!” kata seorang lelaki. “Apabila dia cakap macam itu, tidak semestinya dia bermaksud tidak baik. Mungkin cara dia salah. Tapi niat dia baik!” ulas seorang perempuan. “Tuhan ciptakan manusia berbeza-beza. Takkanlah semua kena sama. Relaks …

Read More »

Roda-roda Haq dan Batil Dalam Kehidupan

Empat kisah utama di dalam Surah al-Kahf itu sungguh unik. Kisah Ashaab al-kahf. Kisah pemilik dua kebun. Kisah Musa dan Khidir. Kisah Dzulqarnain. Tiga kisah memaparkan pertembungan antara haq dan batil. Namun pertembungan itu bukan sekadar pertembungan. Ia memaparkan saiz yang berubah-ubah antara besar dan kecil yang bertukar tempat antara …

Read More »

Pemuda Berjuang Tidak Akan Bersendirian

  Gua disinar mentari. Cahayanya tidak kena secara langsung ke tubuh anak-anak muda itu. Mereka duduk di tengah gua. Manusia yang menjengah, melihat mereka berjaga, mata seperti terbuka. Sedangkan mereka lena. Tidur bagai berhibernasi. Tubuhnya dibolak balik kadang-kadang ke kanan, kadang-kadang ke kiri. Terhindar daripada cedera luka oleh graviti. Si …

Read More »