Home / Tag Archives: tunahan

Tag Archives: tunahan

January, 2014

  • 28 January

    Suleyman Hilmi Tunahan: Pendidikan Adalah Jihad

    “Apabila Badi’uzzaman Sa’id al-Nursi kata aku berlindung dengan Allah daripada politik, kata-kata itu perlu diletakkan dalam konteksnya” saya berbual tengah hari itu. “Anta kecewa dengan politik?” tanya sahabat saya. “Anta rasa?” saya membalas pertanyaan dengan pertanyataan. “Kebelakangan ini nampaknya begitu” jawab beliau. Sepi. Sesekali, ada sahabat menjenguk bertanya khabar. Adakalanya, saya rasa sunyi apabila seorang yang menghubungi saya, berhubung kerana ada hajat. Mahu mengajak menyertai MLM atau sekurang-kurangnya mahu menjemput ceramah. Tidak salah. Cuma saya yang jauh di dalam hati tertanya-tanya, “tiadakah sahabat yang bersahabat denganku sebagai seorang sahabat? Tiada hajat, tiada kepentingan. Hanya ukhuwwah” “Tidak mudah untuk mengunyah hadam …

December, 2013

  • 27 December

    Budaya Memberi Masyarakat Turki: Institusi Waqaf

    Foto ihsan MTSPIBG Di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih, banyak saya nukilkan pengalaman menerima layanan sebagai tetamu di Turki. Layanan yang menambat hati, dan mengundang saya hadir berulang-ulang kali. Layanan yang menjadi asbab untuk ramai orang Eropah mendapat hidayah daripada Allah, seperti yang kemudiannya saya coretkan di dalam buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Keramahan dan kesungguhan masyarakat Turki melayan tetamu ada sejarah yang panjang. Budaya philanthropic yang menjadikan mereka suka memberi. Berani memberi. Pemberian bukan sekadar kepada tetamu secara individu. Sebaliknya budaya yang dijelmakan dalam bentuk pelbagai institusi, terutamanya institusi WAQAF. Rabu 25 Disember 2013 baru-baru ini, saya …