Home / Tag Archives: turki

Tag Archives: turki

Budaya Memberi Masyarakat Turki: Institusi Waqaf

Foto ihsan MTSPIBG Di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih, banyak saya nukilkan pengalaman menerima layanan sebagai tetamu di Turki. Layanan yang menambat hati, dan mengundang saya hadir berulang-ulang kali. Layanan yang menjadi asbab untuk ramai orang Eropah mendapat hidayah daripada Allah, seperti yang kemudiannya saya coretkan di dalam buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Keramahan dan kesungguhan masyarakat Turki melayan tetamu ada sejarah yang panjang. Budaya philanthropic yang menjadikan mereka suka memberi. Berani memberi. Pemberian bukan sekadar kepada tetamu secara individu. Sebaliknya budaya yang dijelmakan dalam bentuk pelbagai institusi, terutamanya institusi WAQAF. Rabu 25 Disember 2013 baru-baru ini, saya …

Read More »

Turki: Kembara Membuka Mata Hati

Bertuahnya saya dapat bertemu dengan rombongan Raudhatussakinah yang hadir dengan pelbagai misi besar mereka. Gembira dapat belajar dan berkongsi, biar pun seketika Semasa di Istanbul, saya jarang-jarang sekali pergi ke kawasan Sultanahmet. Jarang, kerana kebanyakan urusan saya tidak begitu membabitkan kawasan berkenaan. Saya hanya ke sana kerana mahu ke Beyazit, membeli buku-buku yang saya cari di Safarlar Çarşısı dan kedai buku Diyanet di Bab-ı Ali Caddesi. Ambil juga peluang, menyinggah sebentar di makam Sultan Abdul Hamid II, yang sentiasa dekat di hati. Kali ini, lintasan saya di kawasan berkenaan memberi banyak rezeki. Rezeki berselisih dengan rakyat Malaysia yang datang melancong. …

Read More »

Sheikh Mehmed Birgivi di Minda dan Hatiku

Saya kini kembali bergelar pelajar. Buat kali yang entah ke berapa. Kini saya menjadi pelajar sepenuh masa untuk program Sarjana Pengajian Islam di dalam Sejarah dan Tamadun Islam. Untuk semester ini, saya mengambil lima subjek iaitu: Fiqh Sirah Sejarah dan Tamadun Islam Sebelum Kejatuhan Baghdad 1258M Tamadun Islam Kajian Teks Sejarah Islam Metodologi Dakwah di Dalam al-Quran MEHMED BIRGIVI Pengajian dan kajian peringkat Master saya tertumpu kepada seorang tokoh pembaharuan, pemikir dan dakwah kurun ke-16 Uthmaniah iaitu Sheikh Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi yang lebih dikenali sebagai Mehmed Birgivi (1522-1573M). Asalnya saya meneroka aspek Sains dan Teknologi Daulah Uthmaniah. Kebanyakan …

Read More »