Cara Kita Memandang Kanak-kanak

“Syabas kepada tuan-tuan dan puan-puan, terutamanya yang anak mereka ramai dan sudah dewasa” saya memulakan penyampaian.

Syabas kerana, menjadi kebiasaan kita semasa anak seorang, kita sangat bersemangat mahu mendidik anak. Pelbagai teori mahu diguna pakai untuk memastikan tomei-tomei kita cemerlang.

“Macam mana saya nak pastikan anak saya suka sembahyang, ustaz?” tanya seorang ibu muda.

Anaknya baru mencecah usia setahun!

Takut pula saya memikirkan ibu bapa seperti ini. Terlebih semangat.

Tetapi jika anak sudah empat lima orang seperti saya, tambahan pula mereka bukan lagi kanak-kanak, sebaliknya sudah menjadi remaja yang peluh masam dan banyak ragam, maka saya menumpang kagum pada kesungguhan ibu bapa untuk terus mendidik anak-anak dengan ilmu. Bukan try and error. Jauh sekali “anak aku, aku tahulah!”

Seminar Raising Young Khalifah yang berlangsung di Dewan Tabung Haji semalam (13 Nov 2012), saya sambut. Biar pun fikiran saya berkecamuk dengan tugasan akademik yang banyak lagi membingungkan, saya menerima jemputan penganjur kerana saya tidak mahu terputus daripada dunia keibubapaan yang sentiasa saya fikir, belajar dan usaha.

Masa yang diberi hanya satu jam.

Topiknya besar.

Justeru penyampaikan mesti ada elemen sauh (anchor) yang membolehkan peserta ingat, apa yang disampaikan. Tambahan pula saya memang menjangkakan yang ceramah saya nanti berterabur.

Saya membuat keputusan last minute untuk memasukkan klip video yang dipetik daripada rancangan tv realiti, America Got Talent.  Video ini menceritakan apa yang sukar saya jelaskan dengan kata-kata.

Subjek tumpuan saya bukalah si rapper cilik bernama Mir Money itu, walaupun keyakinan dirinya di peringkat awal turut menarik untuk diperhatikan. Beliau sendiri mahu memenangi wang USD1 juta kerana mahu menjaga keluarganya! Ungkapan yang menyentuh seluruh dewan.

Namun apa yang menjadi fokus saya adalah reaksi seluruh dewan apabila beliau menangis.

Sebaik sahaja memulakan persembahan dan sampai ke ayat “I’m only 7-years-old, it’s gonna be my year!” , Mir Money menerima X yang pertama daripada DJ Howard Stern. Mir Money meneruskan persembahan tanpa gangguan. Tetapi ketika Sharon Osbourne memberikan X yang kedua, Mir Money terhenti dan wajahnya kelihatan marah. Apabila Howie Mandel bertanya sama ada beliau marah, Mir Money menafikannya. Sebaik sahaja DJ Howard Stern memberi penerangan mengapa beliau memberi X, Mir Money mula menangis.

Ia perkara biasa untuk seorang budak berusia 7 tahun.

Reaksi spontan seluruh dewan, Stern, Osbourne dan Mandel bukan dibuat-buat. Kita menyaksikannya dengan jelas.

Ia menunjukkan bagaimana masyarakat Barat menilai kanak-kanak, adakah mereka itu manusia lengkap yang punya hak dan kemahuannya penting, atau sekadar substitute?

DJ Howard Stern hampir berhenti daripada menjadi juri program ini kerana trauma dengan ‘perbuatan’nya yang menyakiti seorang budak, tanpa niat. Menyebabkan seorang kanak-kanak menangis, menjadi isu yang begitu besar buat mereka.

Demikianlah kanak-kanak dalam kehidupan tamadun Barat, jika mahu disebut tamadun.

Sebab itu buku-buku yang mengkaji kanak-kanak banyak mereka hasilkan. Siaran televisyen khas kanak-kanak. Perkembangan pedagogi sebagai teras penting pembentukan kanak-kanak juga datang dari sana. Semuanya bermula daripada cara mereka memandang kanak-kanak dengan pandangan yang tinggi.

Hingga di Sri Gombak juga saya pernah melihat sebuah gereja khas untuk kanak-kanak, di sebuah rumah kedai!

CABARAN TAMADUN KITA

Apabila kita mendesak agar masjid menjadi lebih mesra kanak-kanak, apa yang menjadi halangan untuk desakan itu dipenuhi bukanlah pada isu kefahaman nas dan fiqh semata-mata. Tetapi ia berbalik kepada bagaimana cara kita melihat kanak-kanak itu sendiri.

Mendiang S. Subashini a/p G. Sivakumar

Ketika mana berita murid tahun 6, S. Subashini, membunuh diri kerana tidak dapat keputusan cemerlang di dalam UPSR pada tahun 2007 dan ia menjadi berita yang terbang dibawa angin, saya yakin Malaysia menghadapi masalah yang sangat serius dalam isu ini. Andai kejadian murid berusia 12 tahun membunuh diri kerana peperiksaan berlaku di Amerika Syarikat, mungkin kabinet yang mentadbir boleh goncang malah tumbang.

Dengan penuh selamba, kita mengeluarkan kata-kata yang menghancurkan jati diri kanak-kanak malah anak kita sendiri, kemudian tanpa malu kita mendakwa Islam itu Rahmatan li al-Aalamin!

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

من لم يرحمْ صغيرَنا فليس مِنَّا

“Sesiapa yang tidak mengasihi kanak-kanak kami maka dia bukan daripada kalangan kami” [hadith riwayat al-Bukhari]

30 minit berlalu, dan saya baru selesai satu topik daripada 40 slide pembentangan!

HASRIZAL
43000 BPS

 

Check Also

Perjalanan Sengsara Mendidik Anak Remaja

“Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan mahu meluangkan masa bersama supaya kita boleh …

7 comments

  1. Salam Ustaz, saya setuju dgn pendapat ustaz berkaitan rakyat Barat yang memang peka dgn kanak2, banyak pengalaman saya di negara barat yang menunjukkan mereka banyak menggunakan konsep logik akal, ‘rewarding’, ‘appreciation’, ‘second chance’, budaya mengkaji yg dipupuk dr kecil. Saya kadang2 hairan bila agaknya konsep pendidikan awal di Malaysia akan mengurangkan konsep exam oriented dan mengajar kanak2 untuk belajar & mengkaji & memupuk minat belajar. Ramai saya lihat guru2 di luar negara yang menyambung Master pendidikan…adakah mereka membawa balik budaya yg baik ini..Budaya di Malaysia dr zaman 70an hingga sekarang hampir tiada beza, beg makin berat, buku makin banyak, homework tak cukup masa nak buat dan tidak meninggalkan kesan mendalam kpd pelajar perkara yg mereka pelajari. Budaya kita Malaysia, kurang suka belajar dari pengalaman dan suka mengulang perkara yang sama berulang2 kali walau pun kita tahu ia kurang betul..Nak disalahkan guru tidak juga..nak disalahkan siapa pun tak tahu la..kerana perubahan memerlukan pengorbanan semua pihak kerajaan, guru2, ibubapa…sekadar pandangan ..wassalam

  2. baihaqi hassan

    bagaimana kalau kita mengatakan faktor2 udang2 di barat yang begitu menjaga kebajikan kanak2,adalah satu faktor terbesar yang membentuk satu fenomena seperti itu?

  3. err.. betul juga.. kita jarang mhargai perasaan n memahami jiwa kanak2.. kanak2 n bdk2 kecik hanya best diajak bermain…huhu

  4. tp…sbnrnya knpa DJ Howard n Sharon bg X? ada x sspa blh terangkan?? hu, tq

  5. ust ana doakan moga Allah y SANGAT Maha Mencintai TANPA syarat itu mberikan ust segenap kemudahan, kelapangan dan pertolongan dlm seluruh urusan+lgkh+laluan ust, Allahumma amin ya Basith ya Mujib.

    ana cuma nk ckp, SANGAT tersentuh (sampai mengalirkan airmata) dgn video Mir Money di atas, subhanallah

    benar kata2 ust : “Video ini menceritakan apa yang sukar saya jelaskan dengan kata-kata.”

    dan ana juga sependapat dgn ust

    “Andai kejadian murid berusia 12 tahun membunuh diri kerana peperiksaan berlaku di Amerika Syarikat, mungkin kabinet yang mentadbir boleh goncang malah tumbang.”

    Khairun, DJ Howard Stern and Sharon Osbourne kn pengadil kn 🙂
    they have to be fair to ALL the contestants.

    mcm DJ Howard ckp “I’ve to be fair”

    BESAR kemungkinan RAMAI lg y lebih berbakat dr Mir Money. ni soal prtndgn mlibatkn 1Juta USD, so they have to be fair n carefully to select the winner from the chosen and selected one. kn 🙂

  6. tersentuh bila menonton video Mir Money…. baguslah budak tu ada cita2 besar nak dpt duit USD1 juta nak jaga keluarga .Tak terfikir kita 🙂

  7. kalau tak keberatan dan ada kelapangan masa, mohon ustaz dpt kongsi buku2 yg sesuai dibaca ibubapa utk faham psikology dan memimpin tumbesaran mental yg sihat anak2. tak kirala buku in english atau malay. ataupun ustaz ada link yg boleh bg suggestions buku2 tersebut. terima kasih

Leave a Reply to Amir fateh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share