Al-Hujuraat: Keharmonian antara Badwi dan Bangsawan

“Hoi, sial! Apasal lambat bonar kau balik?” jerit seorang sahabat dari tangga surau.

Rakannya terkasima.

“Huh, nate mu!” ujar seorang kawan.

“Temannya bulat biji mata.

“Bagero kamu. Jenuh aku menunggu!” herdik seorang pakcik.

Pengantin baru itu terpinga-pinga.

Ia ayat yang boleh didengari di sana-sini. Di satu tempat ia berbunyi biasa. Di satu tempat yang lain, ia seperti menyengat bisa.

Demikian jugalah perihalnya tatkala Aqra’ bin Haabis  menjerit-jerit dari luar kamar Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Muhammad!

Muhammad!

(Jangan sampai aku hilang sabar)

Aku ini pujiannya manis!

Tapi kejiannya pahit!

Aqra’ bin Haabis tidak sabar-sabar menunggu Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam menyahut dan keluar. Urusannnya bagai terlupa siapa yang berhajat, siapa yang dihajat. Mendesak-desak dan kasar bukan main.

“Allah ‘azza wa jalla juga begitu!!!” kata Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Surah al-Hujuraat secara umumnya turun selepas pembukaan Kota Mekah pada tahun 8H. Ia tahun yang menyaksikan kemasukan Islam oleh kabilah-kabilah yang pelbagai secara berbondong-bondong. Sebahagiannya adalah kabilah badwi dari pedalaman, yang kasar sifat mereka, keras dalam berbahasa.

Cara mereka berkomunikasi berbeza.

Ia mencetus ujian baru bagi umat Islam. Bagaimana mahu membina titik temu antara bangsawan dan badwi kebanyakan? Badwi mungkin ‘mual’ dengan kesantunan bangsawan. Manakala bangsawan pula hangat telinga dengan selamba si badwi.

Itulah fungsi agama. Tidak boleh masing-masing berkomunikasi sesuka hati ikut selesa hanya beralasankan “kami memang macam itu. Kaum kami selesa begini. Negeri kami sudah selama-lamanya sedemikian”

Sebaliknya agama meletakkan satu standard untuk mengatur sosial. Yang bangsawan, yang badwi, semua perlu ada titik temu.

Dan pertemuannya, adalah dalam suluhan etika sosial yang dibentangkan oleh Surah al-Hujuraat.

Bertadabburlah!

HASRIZAL
43000 BSP

 

Check Also

Meninjau Eropah: Beragama Tanpa Tuhan

“Hidup ibn Sedar… jumpa Tuhan tak jumpa agama”, itu terjemahan ringkas saya terhadap kisah seorang …

4 comments

  1. Benar sekali ustaz. Ibrah daripada surah hujurat ini banyak sudut yang doleh diaplikasikan. Hanya terpulang kepada kita untuk mengambil faedah daripadanya. Terima kasih ustaz.

    • Salam Dr saya adalah antraa pelajar yg sangat mengkagumi keperibadian Dr. yang bagi saya sangat gigih berkerja utk ummat disamping kerjaya sbg doktor tolong doakan saya agar mampu mengikut jejak langkah Dr..Utk pengetahuan Dr saya baru sahaja medapat dua tawaran belaja medic ; samada ke Russia @ Unimas (Sabah) ..Kalau tidak terlalu mengganggu, saya ingin dpt nasihat & panduan Dr dalam hal ini kalau boleh dgn sbb2 dan pengalaman Dr sndiri JzkLlah..

  2. Teruja nak baca tafsir surah Al-Hujuraat…mungkin boleh memberi jawapan pada persoalan2 saya selama ini.Saya bertemu jodoh lagak ‘bangsawan-badwi’…cuma saya bangsawan,suami badwi…yang pelik sikit,walaupun ‘badwi’ tetapi pada pengamatan saya,keluarga mertua lebih bangsawan drp bangsawan…mat salleh kata ‘reverse inferiority complex’…banyak masalah timbul.Saya teruja untuk tadabbur untuk lebih berilmu menghadapi hidup saya.Terima kasih Ustaz…

  3. ummuninasmaysar

    Salam’alaik ustaz. Terasa benar “kebiasaan-kebiasaan” masyarakat menyimpang jauh dari apa yang terkandung dalam ajaran Islam. Menghadiri seminar Etika Sosial Berdasarkan Surah Al Hujurat tempohari membuatkan saya banyak berfikir betapa songsang dan pincangnya adab berinteraksi sesama masyarakat sekarang. Secara umumnya, saya melihat di kalangan masyarakat melayu-islam ajaran Islam berkaitan adab sopan dalam pergaulan semakin pudar. Apa yang membuatkan saya termenung panjang selepas menghadiri kursus tersebut ialah, terasa benar surah al Hujurat merupakan suatu arahan terus dari Allah untuk manusia membentuk dan memperbaiki kualiti hubungan sesama manusia agar lebih santun. Saya akui bukan mudah untuk membentuk kembali kebiasaan-kebiasaan yang sudah membarah seperti sindiran atau gurauan yang kasar, namun penjelasan berkenaan surah al Hujurat seolah-olah telah menjadi “wake up call” bukan sahaja untuk saya tetapi suami juga untuk memulakan langkah awal untuk berubah.

    Memang benar kata ustaz dalam program tempohari, tiada nikmat yang lebih baik melainkan nikmat berada dalam Islam mentauhidkan Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.