Al-Hujuraat 4-5: Masalah Kita Bukan Babi

Saya telah membuat satu kenyataan ringkas yang amat mudah.

“Babi haram dimakan dagingnya oleh Muslim”

Sungguh mengejutkan. Reaksi yang saya terima pergi lebih jauh daripada apa yang saya jangkakan.

haram tak kalau sentuh babi?

42 minutes ago · Like

kenapa haram?

42 minutes ago · Like · 1

selain dagingnya? em… cth: kulit, bulu

40 minutes ago · Like

tidak haram menyentuh binatang tu, hanya perlu disucikan dengan syarat2nya..

40 minutes ago · Like · 3

kalau tersentuh daging babi kena samak tak?

39 minutes ago via mobile · Like

haram qath’ie krn ada dalil. haram krn dalil,bkn haram krn kuman

39 minutes ago via mobile · Like · 7

tkda

38 minutes ago · Like

Kalo darurat, hukumnya? Hehe. (Ustaz nak reply gini ke? Sebenarnya soalan ustaz tuh utk buat org fikir angle yg boleh dibincang atau mmg soalan straight utk dijawab…) *sambil garu tudung*

38 minutes ago · Like · 3

Rizal Radzi Hehe…

38 minutes ago via mobile · Unlike · 1

bentuk darurat yg membolehkan dimakan?

37 minutes ago · Like

Muhammad Ooi ustaz marah pasal tadi ke?

36 minutes ago via mobile · Unlike · 1

kalau kita, muslim bgi org kafir makan, berdosakah kita?

33 minutes ago via mobile · Like

Bagi setengah fahaman kt M’sia ni dagingnya aja haram dimakan, tapu kulitnya boleh digunakan…

Tak perlu disamak sebagaimana anjing.

Wallahualam

30 minutes ago via mobile · Like

Salam ustaz, ini isu panas. Kenapa ada orang bertindak meng-kelabu-asapkan tentang isu babi selain daging babi haram dimakan. Mohon pencerahan. Terima kasih.

28 minutes ago · Like

Berjuta ikan, ayam dlm dunia ni kenapa nk makan BABI? Sorry ustaz..hehehe

28 minutes ago via mobile · Like

salam, sy skrg tgh buat research di ipta. Salah satu bahan yg sy gunakan utk research sy ialah gelatin. selama ini sy x tahu pun gelatin y sy gunakan tu adlh gelatin dr kulit babi sbb lecturer sy x prnh inform kat sy. baru2 ni sy baru tahu y gelatin tu b’asal dr kulit babi..ADAKAH SY PERLU SAMAK SBB SY SENTIASA MENGGUNAKAN GELATIN TU DLM RESEARCH SY DGN JANGKA MASA YG LAMA? mohon sesiapa yg arif dpt beri p’jelasan

28 minutes ago · Like

Bg saya, apa juga yg dh dikatakan haram, maka haramlah. Tiada kompromi lg. Ini adalah ujian buat kita. Samada nk taat atau tidak.

26 minutes ago via mobile · Like

Hasrizal Abdul Jamil OMG!!!

25 minutes ago · Like · 6

Kalau makanan/paleat ikan dibuat dari organ dlman babi..then ikan tu dimakkan oleh muslim, macammana ye?

25 minutes ago · Like

Mohd Nabhan Sanusi Ustaz bosan dengan perbalahan umat Islam. Mungkin pendirian “babi haram dimakan” boleh menyatukan semua pihak.Saya rasa itu kot mesej atau intention Ustaz. Maaf kalau silap.

25 minutes ago · Unlike · 8

Shahirah Shuaib Ustaz, sy tahu post nie utk post sebelum nie.. Dh agak dh. Hehe.

24 minutes ago via mobile · Unlike · 2

Kalau darurat sekalipn, masih ada daun kayu atau buah2 yg boleh dimakan. Ada byk benda lain yg boleh dicari terlbh dulu

24 minutes ago via mobile · Like

Tolongla… sejak kecil sampai dah tua…berpegang pada ajaran ibubapa dan ustaz saya. segala yang berkaitan dengan babi dan anjing adalah haram dimakan, disentuh ataupun digunakan. samada kulit, daging dan juga akstraknya. semua yang sengaja atau tidak sengaja disentuh. dibawa dipakai wajib disamak. kecuali darurat….wallahhualam…jgn la confusekan saya.

22 minutes ago via mobile · Like

Mw Cwl Banyak yang tidak memahami kehendak soalan.

20 minutes ago via mobile · Like

Norhisyam Ismail gajah. babi. hehe.. ada unsur2 sarcasm di situ. waiting for next wallpost.

17 minutes ago · Like

Selalu sebagai seorang pendidik, saya risau dgn soalan straight to the point yang dilencongkan jauh ke laut oleh pelajar2 saya. Saya faham kenapa post ustaz “sengaja” dibiarkan begitu.

17 minutes ago via mobile · Like

babi x haram..yg haram adalah perbuatan manusia tu yg makan daging babi tersebut melainkan dalam keadaan darurat..

16 minutes ago · Like

Hasrizal Abdul Jamil Tidak sarcasm Norhisyam Ismail. Saya sesungguhnya memang nak tengok macam mana kita deal dengan soalan straight forward macam ni. Rasulullah SAW sudah memberitahu, “sesungguhnya umat sebelum kamu binasa kerana terlalu banyak persoalan dan perbalahan mereka terhadap ajaran Nabi-nabi mereka!”

Allah…

Dalam lucu, ada kegerunan yang sangat menakutkan

14 minutes ago · Like · 10

ntah la ustaz, nampak macam tiada penafian dalam perkara ini kecuali dalam keadaan darurat….

11 minutes ago · Like

perbahasan kt masjid2 tentang darurat selalu diambil enteng, sy nk pastikan sudut khusus darurat yg bagaimana dibolehkan, kalo xboleh apa perbahasannya?

7 minutes ago · Like

maaf. sya setuju daging babi memang haram. apa shja hasil dri babi jg haram. cuma sy nak bertnya adakah kita berdosa jika mendapati daging babi ( bukan kita beli, ternak ,etc..)

7 minutes ago via mobile · Like

Dalam sstgh prkara, kejahilan akan terserlah jika pertikaikan bnda yg xda pertikaian.

Boleh gitu?

PERMASALAHAN

Saya mohon maaf kerana tidak memberikan sebarang respond kepada persoalan-persoalan Fiqh yang ditimbulkan di atas. Tujuan saya menimbulkan soalan di atas adalah untuk melihat bentuk kesediaan minda pengunjung semasa membaca satu-satu status atau sebarang catatan yang di buat di sini (juga di tempat lain).

Jika kita belajar di sekolah pun, ada subjek-subjek dan kelas yang dikhususnya untuk mengajar subjek tersebut. Walaupun kita sangat terdesak untuk mendapatkan jawapan berkenaan kemusykilan yang timbul dalam bab probabilities matematik, kita tidak akan bertanyakan soalan itu di dalam kelas sejarah dan tasawwur islam. Kita menunggu ruang dan keadaan yang sesuai untuk bertanya. Semata-mata kerana satu isu sahaja iaitu FOKUS.

Apabila kita gagal fokus, hidup kita akan dipenuhi soalan, lebih banyak daripada jawapan. Keghairahan dan kerajinan bertanya soalan tetapi kecelaruan dan kemalasan mengusahakan jawapan, mengundang musibah.

Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib)[Al-Hujuraat 49: 4]

Dan bertanya tanpa mengira tempat, tidak membantu kita mendapat jawapan yang sewajarnya. Suasana mendesak dan mengabaikan adab dalam berinteraksi seperti inilah, yang ditegur oleh Allah di dalam Surah al-Hujuraat ayat 4 dan 5. Biar pun ayat itu merujuk kepada perbuatan fizikal menjerit-jerit di luar kamar Baginda sallallaahu alayhi wa sallam dan mendesak-desak agar kehendak ditunaikan, terjemahannya kepada etika bersosial secara maya tidak berbeza.

Oleh kerana Al-Aqra’ bin Haabis terlalu mendesak Baginda dalam keadaan tidak menjaga adab, hanya separuh daripada hajatnya ditunaikan oleh Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Al-Aqra’ bin Haabis membawa permintaan sebahagian kaum Badwi bukan Islam yang mahu merayu agar tawanan mereka dibebaskan.

Separuh sahaja daripada tawanan perang tersebut dibebaskan. Andai al-Aqra’ bin Haabis bersabar, nescaya seluruh hajatnya tertunai.

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Hujuraat 49: 5]

Sesungguhnya berbalas jawab ini amat mengingatkan saya kepada amaran Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

ما نهيتُكم عنهُ فاجتنبوهُ . وما أمرتكم بهِ فافعلوا منهُ ما استطعتم . فإنما أهلكَ الذين من قبلكم كثرةَ مسائلهم ، واختلافهم على أنبيائهم “

 “Apa yang aku tegah kamu daripadanya, maka jauhkanlah diri daripada ia. Manakala apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, lakukanlah ia dengan sepenuh upaya kamu. Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu disebabkan oleh banyaknya permasalahan dan perselisihan pendapat mereka terhadap ajaran Nabi-nabi mereka” [hadith riwayat Muslim]

Bagaimanakah umat ini hendak dibawa kepada persoalan-persoalan yang lebih berat, berliku dan penuh persoalan?

Semoga Allah mengurniakan keteguhan hati untuk ISLAH diri dan umat ini, ameen.

HASRIZAL
43000 BSP

 

Check Also

Meninjau Eropah: Beragama Tanpa Tuhan

“Hidup ibn Sedar… jumpa Tuhan tak jumpa agama”, itu terjemahan ringkas saya terhadap kisah seorang …

17 comments

  1. Bila ayat straight to the point dilencongkan,ginilah jadinya…macam2 yang muncul.

  2. umat umat. saya hanya memerhati sahaja orang komen di fb ustaz. tidak komen apa2

  3. Sukarnya mencari titik tengah untuk seimbangkan antara nak jadi manusia yang turut sahaja tanpa bertanya, atau jadi manusia yang curiga dan ingin tahu.

  4. saya sokong semua yg bagi pendapat dan respond pada tajuk tu..tak perlu rasa malu atau bersalah…tak perlu rasa ‘next time aku x mau komen apa2’ lg kalau ustaz tulis apa2…

    sy juga rasa point sebenar ustaz highlightkan hadith tu.. mungkin ditujukan pada isu lain..tp ‘isu babi’ yg jadi mangsa.

    each of us will learn something (both side), in shaa allah.

  5. Hmmm…
    Termenung panjang memikirkan cara majoriti org respon terhadap sesuatu…termenung kali kedua memikirkan apa sebenarnya yg menjadi perspektif minda mereka…

  6. Apa cer ustaz buat kami jadi guinea pig eksperiment ustaz….
    manusia ini kan berbeza beza pemikirannya antara satu sama lain, dan sudah tentu fokus mereka lain2…kalau mereka gagal fokus, mgkin salah mereka atau salah ayat yang digunakan….kerana cara setiap orang bereaksi adalah berlainan dan tidak semestinya memenuhi jangkaan…

    saya rasa ustaz seolah olah memperkecilkan manusia ini yang masih mempunyai banyak kekurangan dek kerana keadaan kehidupan, sosial dan persekitaran mereka yang membentuk mereka untuk jadi kurang berhati2 atau fokus….”Bagaimanakah umat ini hendak dibawa kepada persoalan-persoalan yang lebih berat, berliku dan penuh persoalan?”

    juga lain manusia lain kepakarannya…tidak semestinya seorang manusia seperti kanak2 yang gagal melakukan pendaraban akan turut menjadi gagal juga untuk melakukan pembahagian dalam matematik…

    saya yang menjawab “ntah la ustaz, nampak macam tiada penafian dalam perkara ini kecuali dalam keadaan darurat….” harap jawapan itu dianggap sudah fokus oleh ustaz…

    • Guinea pig itu persepsi negatif yang kita pilih. Hakikatnya kita boleh memilih sisi pandang yang lebih positif.

      Kita tidak boleh berhujah sentiasa bahawa manusia berbeza-beza dan mesti diraikan perbezaan itu hingga di dunia ini seperti langung tiada yang betul dan salah untuk dirujuk. Seakan semuanya relatif.

      Sebab itu sebelum Allah sebut manusia ini diciptakan berbeza-beza (Al-Hujuraat ayat 13), Allah dahulukan guideline mana tingkah laku yang betul dan mana yang salah (12 ayat) supaya ‘perbezaan manusia’ tidak disalah guna sebagai hujah untuk kita berlapang dada dengan apa sahaja salah laku, dengan alasan “rambut sama hitam, hati lain-lain”

  7. Oh ya, saya memang agak negatif dengan penggunaan “guinea pig” itu…maafkan saya..

    saya juga setuju pendapat ustaz tentang meraikan perbezaan manusia itu mesti berdasarkan rujukan yang hakiki dan benar iaitu daripada Allah SWT…bukan seperti langung tiada yang betul dan salah untuk dirujuk seolah-olah ia seperti sesuatu yang relatif…dan juga jawapan mereka yang seolah2 tidak beradab itu juga seharusnya diperbetulkan seperti ayat “ustaz jangan bawa kami terpesong, kami tak suka benda camni”…..tidak wajar mereka bertindak sedemikian secara melulu dan tidak beradab

    namun saya terkilan dengan apa yang dikatakan kekurangan fokus yang dikatakan ustaz atas apa dialami oleh umat manusia seperti di atas….bagi saya, mereka bukan masalah kekurangan fokus dalam mendalami sesuatu perkara tetapi persepsi mereka dalam menanggapi jawapan ustaz adalah berbeza….

    Macam ayat “akhlak yang baik tidak perlu kepada ilmu yang banyak dan tinggi”, maka sudah tentu sambungan yang biasanya umum seperti saya rasakan adalah “kita boleh jadi baik dengan ilmu yang sedikit, dan sudah tentu bila ada ilmu yang banyak, maka kita akan jadi lebih lagi baik”…. namun, apabila manusia cuba berfikir daripada aspek yang lain atau mencabar minda untuk dijana idea diluar kotak….maka sambungan seperti “Malah mungkin tinggi dan banyak ilmu lebih susah nak berakhlak baik”…ayat seperti sebelum ini sudah tentu diluar jangkaan seperti rakyat umum yang masih banyak kekurangan ilmu seperti saya…. dan kalau tidak kena cara orang yang berfikiran negatif yang tidak memahami al-Hujuraat 1-12, tentu ditembak orang seperti ini seperti tidak betul, sewel atau keluar daripada norma…

    Maaf ustaz atas kenegatifan saya dikomen mula-mula sekali itu…saya akuinya…tidak wajar saya “retaliate” sedemikian rupa…cuma saya ingin menyatakan eksperimen seperti ini “inadequate” untuk menjustifikasikan ”Bagaimanakah umat ini hendak dibawa kepada persoalan-persoalan yang lebih berat, berliku dan penuh persoalan?” kalau soalan macam ni pun bereaksi sebegini…dan pendapat-pendapat yang dizahirkan diruangan komentar facebook itu juga saya rasa belum lagi termasuk kategori “salah laku” kerana dalam perbincangan, semua hujah diperdengarkan dalam perbincangan sama ada hujah yang salah atau betul…

    • saya sekadar ingin menyatakan saya bersetuju dgn saudara/i terkesima di atas. no more no less. sekian dimaklumkan.

      • Pendapat kita tentang isu ini tidak penting sesama kita. Ia bukan antara anda dan saya. Ia antara kita dengan Allah

      • Terima kasih.

      • terima kasih ustaz atas jawapan-jawapan yang diberikan…walaupun kita berbeza pendapat, namun banyak juga intipati maklumat baru yang saya perolehi

  8. kepada terkesima:
    maaf mencelah, ikut yang saya fahamlah,
    apa yang ustaz bagitau tu, umat sekarang tak fokus dalam sisi pandang terhadap sesuatu perkara. macam tak ada panduan. tu adalah ‘the real problem’ umat sekarang.

    kemudian, masalah persepsi yang berbeza-beza disebabkan kehidupan, sosial dan persekitaran mereka tu adalah ‘presented problem’ disebabkan real problem tu.

  9. As simple as that

    Herm, scarynya komen kat FB tuh. [scary tuh satu persepsi?]

    Biarlah hati yg memandu akal.
    Bukan akal yang memandu segalanya.
    Pabila kita membiar akal memandu, maka wujudlah pelbagai persepsi.

    Hati itu merintih Owh
    “Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus”
    Sehingga berbelas kali ia merintih, tanpa jemu bosan
    Kerana yakinnya dia akan jawapan.

    Namun pabila akal yg menguasai,
    Ingin didefinisikan, apa itu jalan, apa itu lurus?
    Tanpa hati yang terlebih dahulu berserah pada Dia.

    Hati itu tahu,
    Kerana ia fitrah hati,
    dia tahu yang mana betul yang mana salah,
    Kerana telah diemmbededkan begitu.

    Lihatlah iman itu.
    Kerna Abu Bakr memegang prinsip itu,
    Takkala mudah baginya menerima semua kebenaran,
    Kerana kebenaran itu jelas malah mudah.

    Siapa dirimu owh dirimu?
    Kita dibesarkan oleh siapapun, persekitaran manapun,
    Kita asalnya dari Adam yang satu,
    Kita tetap hamba itu.

    p/s : sy tak nafikan kita perlu memandang faktor persekitaran, tahap sosial, cara dibesarkan etc. Namun itu lebih kepada cara sudut pandang psychology yang jika kita turut teorinya, yang ada hanya problem dan problem dan mana yang betul dan salah akan sukar utk dibezakan. Oleh itu, amatlah dianjurkan, kita pulang dulu, kepada diri kita yang asal, dan mencari asas persamaan semua manusia sebelum kita berbicara soal perbezaan.

  10. Mimie Hezrizah

    ‘Kemeriahan’ menjawab persoalan ustaz sy raikan dalam senyuman. Urat saraf masih berfungsi..AMBIL TAHU. . Tidak mengapa ‘ DIBABIKAN’ , ‘DIKAMBINGKAN’, ‘DILEMBUKAN’ dalam perjalan mencari ILMU..memahami KEBENARAN.Terima Kasih atas ILMU ini pinjaman dari ALLAH ini Ustaz. Semoga dimudahkan segalanya 🙂

  11. Lambakan maklumat dihujung jari dan pada bila2 masa (dengan teknologi smartphone) turut menyumbang kepada masalah fokus ini. Terlampau banyak info menjadikan kita cenderung untuk menggunakan teknik “scanning” ketika membaca/ surfing..akibatnya hilangfokus. Cara hidup yang sejak dari kecil dihidangkan dengan “the idiot box” pun salah satu puncanya juga.. Minda yang dah biasa disajikan dengan visual yang berubah secara pantas memang akan mengalami masalah untuk fokus…

  12. teruskan menulis saudaraku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.