Roda-roda Haq dan Batil Dalam Kehidupan

Empat kisah utama di dalam Surah al-Kahf itu sungguh unik.

Kisah Ashaab al-kahf.

Kisah pemilik dua kebun.

Kisah Musa dan Khidir.

Kisah Dzulqarnain.

Tiga kisah memaparkan pertembungan antara haq dan batil. Namun pertembungan itu bukan sekadar pertembungan. Ia memaparkan saiz yang berubah-ubah antara besar dan kecil yang bertukar tempat antara haq dan batil.

Di dalam kisah Ashaab al-Kahf, yang haq itu kecil dan yang batil itu besar. Ashaab al-Kahf adalah sekumpulan kecil manusia yang lebih kecil daripada minoriti. Manakala raja yang zalim adalah kuasa besar, mewakili batil yang besar.

Manakala di dalam kisah pemilik dua kebun, hak dan batil diwakili oleh dua pihak yang sama saiz mereka. Pemilik dua kebun yang kaya raya itu adalah pihak yang batil, bersahabat dengan sahabatnya yang mukmin tetapi memiliki harta yang terbatas. Mereka separas, sama saiznya dan saling nasihat menasihati.

Ada pun kisah Dzulqarnain, haq diwakili oleh pemimpin yang agung ini. Gagah, kuat dan besar. Manakala pihak batil adalah Yakjuj dan Makjuj yang keupayaannya kecil berbanding Dzulqarnain. Kebenaran agung, kebatilan mengecil, terkekang dan dibatasi oleh keupayaan golongan haq.

Ada masa kebenaran di pihak yang kuat.

Ada masa kebatilan di pihak yang kuat.

Ada masa kebatilan di pihak yang lemah.

Ada masa kebenaran di pihak yang lemah.

Ada masa kebenaran dan kebatilan itu sama-sama kekuatan dan kelemahan mereka.

Namun ketika kebenaran kuat atau lemah, ketika kebatilan kuat atau lemah, pertembungan antara kebenaran dan kebatilan tidak pernah mati. Sentiasa ada. Sentiasa berlaku. Sentiasa hadir mengisi realiti.

Ketika ‘Islam’ menang, kebatilan menguji.

Ketika ‘Islam’ kalah, kebatilan menguji.

Jangan pula kita tersalah sangka, bahawa jika umat Islam menang, berehatlah kita daripada perjuangan membela kebenaran dan menumpaskan kebatilan.

Dan dalam mana-mana keadaan sekali pun, perjuangan mempertahankan kebenaran menentang kebatilan, memerlukan bekal, senjata dan kekuatan.

Di dalam agama kita, kekuatan yang besar ada pada ilmu.

Maka kisah Musa dan Khidir tidak membicarakan pertembungan antara kebenaran dan kebatilan. Kisah Musa dan Khidir membicarakan tentang perjuangan menyediakan bekalan perjuangan, iaitu ILMU.

Sibuklah wahai umat, dalam perjuangan menuntut ILMU!

ููŽุงุนู’ู„ูŽู…ู’ ุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽูฐู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู

ย “Dan beradalah kamu di dalam keadaan berILMU bahawa sesungguhnya Tiada Ilah Melainkan Allah!” [Muhammad 47:19]

HASRIZAL
43000 BSP

Check Also

Meninjau Eropah: Beragama Tanpa Tuhan

โ€œHidup ibn Sedarโ€ฆ jumpa Tuhan tak jumpa agamaโ€, itu terjemahan ringkas saya terhadap kisah seorang …

3 comments

  1. Semoga ikhwah akhwat yg bakal sertai Puisi, dapat kutip sebanyak2 pelajaran dpd penyampaian ustaz. Jeles pula rasanya, tak dapat join ๐Ÿ™‚

  2. teruskan menulis saudaraku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.