Inovasi Dalam Motivasi: Mula-mula Indah, Kemudian Jadi Bid’ah

idea_bulb

kredit foto:ย www.inventionmachine.com

Kritikan saya kepada modul-modul motivasi Islamik di pasaran hari ini banyak tertumpu kepada metod modul itu dibangunkan.

Cara metod itu dihasilkan.

Kita tidak boleh menilai kebenaran satu-satu metod itu pada kesan yang dialami oleh peserta. Jika peserta insaf, berubah jadi baik, maka ia dianggap modul yang benar. Sebaliknya keabsahan modul amat bergantung kepada faktor bagaimana ia dihasilkan. Justeru, Islam merupakan agama yang mementingkan kaedah.

MODUL DOA PETIK JARI

Baru-baru ini saya terkejut apabila membaca komentar Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman tentang wujudnya modul doa petik jari. Saya tidak tahu mengenainya. Hanya mengetahui akan wujudnya ia apabila membaca pos beliau di halaman Facebook. Belum sempat saya mendalaminya, anak saya memberitahu bahawa cikgu di sekolah ada memberitahunya tentang teknik berdoa petik jari tersebut.

Pandangan Ustaz Zaharuddin telah dibalas dengan kecaman oleh pihak yang mempertahankan modul tersebut. Tetapi bagi saya, ย apa yang penting ialah, apabila modul berkenaan berpindah daripada dewan kursus ke rantaian-rantaian berikutnya, tatkala sampai kepada anak saya, ia difahami sebagai doa dengan memetik jari.

Inilah bahayanya.

Biar apa pun justifikasi kita terhadap teknik yang dipakai, soalan yang mesti ditanya ialah bagaimanakah akhirnya ia tiba ke amalan masyarakat? Bagaimanakah masyarakat memahaminya?

PERMULAAN SYIRIK DI MUKA BUMI

Di dalam Sahih al-Bukhari, terdapat sebuah riwayat oleh Ibn Abbas radiyallahu anhuma yang menceritakan tentang asal usul berlakunya Syirik di kalangan umat yang menerima perutusan Nabi Nuh alayhi al-salaam.

ย ุนู†ู ุงุจู†ู ุนุจุงุณู ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ู ุนู†ู‡ู…ุง : ุตุงุฑูŽุชู ุงู„ุฃูˆุซุงู†ู ุงู„ุชูŠ ูƒุงู†ุชู’ ููŠ ู‚ูˆู…ู ู†ูˆุญู ููŠ ุงู„ุนุฑุจู ุจุนุฏูุŒ ุฃู…ุง ูˆูุฏูŒ : ูƒุงู†ุชู’ ู„ูƒู„ุจู ุจุฏูŽูˆู…ูŽุฉู ุงู„ุฌู†ุฏูŽู„ูุŒ ูˆุฃู…ุง ุณููˆุงุนูŒ : ูƒุงู†ุชู’ ู„ู‡ูุฐูŽูŠู„ูุŒ ูˆุฃู…ุง ูŠูŽุบูˆุซู : ููƒุงู†ุชู’ ู„ู…ูุฑุงุฏูุŒ ุซู… ู„ุจู†ูŠ ุบูุทูŽูŠูู ุจุงู„ุฌูŽูˆูู ุนูู†ุฏูŽ ุณุจูŽุฃุŒ ูˆุฃู…ุง ูŠูŽุนูˆู‚ู : ููƒุงู†ุชู’ ู„ู‡ูŽู…ุฏุงู†ูŽุŒ ูˆุฃู…ุง ู†ูŽุณุฑูŒ : ููƒุงู†ุชู’ ู„ุญูู…ูŠูŽุฑูŽุŒ ู„ุขู„ู ุฐูŠ ุงู„ูƒูู„ุงุนูุŒ ุฃุณู…ุงุกูŽย ุฑุฌุงู„ูย ุตุงู„ุญูŠู†ูŽย ู…ู†ย ู‚ูˆู…ู ู†ูˆุญูุŒ ูู„ู…ุง ู‡ู„ูŽูƒูˆุง ุฃูˆุญู‰ ุงู„ุดูŠุทุงู†ู ุฅู„ู‰ ู‚ูˆู…ูู‡ู… : ุฃู†ู ุงู†ุตูุจูˆุง ุฅู„ู‰ ู…ุฌุงู„ูุณูู‡ู…ู ุงู„ุชูŠ ูƒุงู†ูˆุง ูŠูŽุฌู„ูุณูˆู†ูŽ ุฃู†ุตุงุจู‹ุง ูˆุณู…ูู‘ูˆู‡ุง ุจุฃุณู…ุงุฆูู‡ู…ุŒ ูููŽุนู„ูˆุงุŒ ูู„ู… ุชูุนุจูŽุฏู’ุŒ ุญุชู‰ ุฅุฐุง ู‡ู„ูŽูƒ ุฃูˆู„ุฆูƒุŒ ูˆุชู†ูŽุณูŽู‘ุฎูŽ ุงู„ุนู„ู…ู ุนูุจูุฏูŽุชู’

“Daripada Ibn Abbas radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahawa berhala-berhala yang asalnya merupakan berhala kaum Nuh, kemudiannya menjadi berhala kaum Arab. Berhala yang bernama Wadd menjadi berhala Kilab di Daumah al-Jandal. Suwa’ pula menjadi berhala Huzail. Yaghuth menjadi berhala untuk Murad dan kemudiannya menjadi sembahan Bani Ghutayf di kawasan gua di Saba’. Manakala Ya’ooq ia menjadi berhala untuk Hamdan. Nasr menjadi berhala Himyar, yakni Aal Dzi al-Kula’.

Nama-nama itu adalah nama lelaki-lelaki soleh daripada kaum Nuh. Apabila mereka meninggal dunia, Syaitan memberi idea kepada kaum mereka agar membina patung yang dibawa hadir ke majlis-majlis mereka. Patung itu didudukkan bersama mereka dan setiap satunya dinamakan dengan nama-nama lelaki soleh itu. Lalu kaum tersebut melakukan idea Syaitan itu tetapi mereka tidak menyembahnya. Akan tetapi apabila generasi pembuat patung itu mati, dan pengetahuan mengenai tujuan asal patung itu dibuat telah hilang, akhirnya patung itu disembah” [Sahih al-Bukhari, hadith nomborย 4920]

permulaan syirik

Biar pun patung itu asalnya dibina tanpa makna-makna penyembahan, hanya sebagai tugu peringatan atau patung kenangan, namun selepas generasi berganti generasi, tujuan asal sudah tidak diketahui dan akhirnya patung itu disembah.

BID’AH MUSUH AGAMA

Inilah sebab besar mengapa Islam amat memusuhi bid’ah.

Apabila satu-satu benda diada-adakan, biar pun ketika itu ia boleh dijustifikasi dengan tujuan-tujuan yang kelihatan baik, tetapi selepas berpindah kepada pihak lain, apa yang terjadi?

Tidak perlulah sampai beberapa generasi. Cukup sekadar daripada modul doa petik jari itu yang masih wujud di pasaran, beralih kepada siapa, saya tidak pasti, kemudian kepada guru di sekolah anak saya, dan apabila pulang ke rumah, anak Ustaz Hasrizal bertanya tentang doa petik jari!

Inilah amaran besar kepada pembuat modul-modul motivasi Islamik supaya tidak meremehkan peringatan kita tentang metod.

Jangan mereka-reka.

Jangan berinovasi tidak tentu hala.

Menggunakan batu untuk ingat Allah.

Guna batang pencungkil gigi untuk ingat jangan buat dosa.

Hari ini, kita pertahankan ia dengan hujah-hujah begini begitu.ย Esok-esok, samakah kefahaman generasi pelapis dengan sebab asal mengapa kita berbuat demikian?ย Bolehkah kita memiliki satu lagi peluang untuk merangkak keluar kubur menerangkan bahawa bukan itu yang kita maksudkan?

Ini merupakan salah satu peringatan paling penting, yang ingin kita kemukakan kepada syarikat motivasi Muslim, agar jangan buat bid’ah.

Bid’ah adalah ancaman kepada Sunnah, jalan kita mengenal Allah.

Bertaqwalah kita semua kepada Allah.

Hasrizal @ 43000 BSP

BEBERAPA NOTA TAMBAHAN

  1. Tidak ada solusi pantas kepada isu ini. Sudah tentu penyelesaiannya ialah mana-mana pembuat modul yang mahu menggunakan ayat al-Quran atau Hadith Nabi sallallaahu alayhi wa sallam, mestilah melengkapkan dirinya dengan ilmu berinteraksi dengan nas-nas tersebut.
  2. Seandainya ia cabaran yang tidak dapat ditunaikan oleh pembuat modul, maka pembuat modul boleh mendapatkan khidmat para ilmuan Islam yang mempunyai kemahiran tersebut untuk menyumbang ilmu dan kemahiran
  3. Adalah tidak mudah untuk mendapatkan ilmuan Islam yang tahu tentang cara-cara menghasilkan modul kerana ia juga merupakan satu ilmu dan kemahiran yang perlu dipelajari.
  4. Solusi sementara kepada polemik di atas ialah agar syarikat-syarikat motivasi memperlahankan proses inovasi masing-masing agar mendapat ruang yang cukup bagi meneliti tuntutan-tuntutan di atas.
  5. Syarikat motivasi hanya boleh memperlahankan proses inovasi masing-masing, apabila benar-benar ikhlas meletakkan kepentingan Islam dan dakwah mengatasi bisnes dan keuntungan.

Check Also

Wahabikah Aku?

Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil. Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu …

7 comments

  1. Ini adalah isu manhaj. Umat Islam pada hari ini tidak diajar di sekolah tentang manhaj beragama. Bagaimana metodologi berinteraksi dengan nas? Kita hanya diajar membaca al-Quran dan hadith, tetapi tidak diajar bagaimana berta’amul dengan mereka.

    Untuk menyelesaikan kemelut ini daripada terus membarah, para pendakwah Muslim perlu segera bertindak menyebar dan mengajar manhaj beragama ke dalam masyarakat.

  2. Ameerah Ismail

    Salam. Mohon ceritakan macam mana ustaz terangkan kepada anak ustaz kesalahan bidaah tersebut.

  3. Bismillah.
    Faham doa yang kita ucapkan. Mulut dan hati seiringan.

  4. inila sebabnya apabila kita x mementingkan apa yg nabi kita tinggalkan n ajar kepada kita…adab2 berdoa 1400 dulu lg nabi ajarkan…sekang ada yg tokok tambah pulak…ikutan nabi yg paling terbaikn semestinya allah lagi merahmati kita kerana nabi adalah kekasih allah..balikla kepada ajaran yg sebenar..islam itu lengkap..

  5. Nice post Jazakallah.

  6. Assalamualaikum ustaz dan pembaca yang lain, saya nak bertanya berhubung kefahaman berkenaan bidaah. Saya faham bidaah maknanya mengada-adakan sesuatu yang tiada dalam nas,hadis mahupun sunnah.walaubagaimanapun sekiranya satu perbuatan yang baik atau niat yang baik atau ucapan yang baik yang mana walaupun Tiada dalam sunnah mahupun nas , adalah dikira bidaah?. Sebagai contoh, ketika berwudhu’ semasa membasuh muka disertakan doa “Ya Allah, putihkanlah wajahku di akhirat kelak dan jangan Engkau hitamkan”., dan doa lain yang turut dibaca ketika membasuh anggota wudhu’ yang lain. Saya Ambil dari Buku dan amalkan kerana merasakan bagus juga doa itu untuk diamalkan. Ipar saya kata itu bidaah,namun tidak dijelaskan. Sedangkan parameters pandangan saya dengan ilmu yang cetek ni merasakan tiada salahnya. Saya mohon Kepada ustaz mahupun pembaca yang lain yang arif dalam hal ini untuk perjelaskan. Semoga saya beroleh pencerahan ilmu.waallahualam.

    • Salam dear. Bidaah is only on tauhid matters. If the creation doesn’t lead to syirik like wearing jackets for winter…driving cars…buying petrol and anything reasonable and accepted by uruf or common sense in our daily life, then by all means it is not Bidaah but ibadah.

Leave a Reply to Al-Adib Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share