12. Jangan Tergoda Untuk Menjadi Selebriti

FPI UKM

Ahli akademik dan asatizah janganlah berasa rendah diri di hadapan tetamu-tetamu bicara agama bertaraf selebriti, hanya kerana pengukuran jangka pendek memperlihatkan dakwah mereka lebih berimpak.

Jangan tergoda untuk menjadi selebriti. Biar pun gaji pensyarah memang tidak banyak mana dan sangat susah untuk naik pangkat, jangan terdesak untuk mempopuliskan diri.

Kekalkan keutuhan jiwa cintakan ilmu, jadilah benteng harapan terakhir masyarakat untuk mengkoreksi umat, walaupun mungkin terpaksa menjadi Jack, sang penumbang Gergasi.

Jangan tergoda dengan pasaran.

Jangan kelabu mata dengan wang.

Jangan keliru antara popular dan benar.

Pasaran akan terus menggoda.

Setakat ini, dunia populis sama ada buku atau media siar, tidak menghormati disiplin ilmu yang ada pada ilmuan. Mereka akan menyenaraikan 1001 perubahan yang ahli akademik perlu lakukan agar mesra mad’u (mesra pasaran). Malah ahli akademik diminta membuat kajian untuk menjustifikasi apa yang sudah ‘fixed‘ dalam kehendak industri.

Tulisan akademik, jurnal, buku rujukan akan di’hina’ sebagai tidak dibaca dan tidak berguna. Jangan termakan oleh penghinaan itu.

Penerimaan pasaran (jumlah jualan, royalti, populariti) akan memberikan sangkaan kepada kita bahawa formula populis itu benar. Hinggalah akhirnya kita tersedar, ia tidak membangkitkan apa-apa.

Rekod buku populis baru beberapa tahun dan tidak mencecah sedekad. Namun buku-buku ilmiah yang buruk, tidak menarik, membosankan, berat dan berhabuk itulah rantai-rantai yang menghubungkan kita dengan didikan Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam.

Jika bahan ilmiah tidak dibaca, penyelesaiannya bukan dengan mencairkan ia. Tetapi terus berusaha memperbaiki manusia yang tercuai firman IQRA’ itu

Fitnahnya bukan calang-calang diri untuk terlepas daripadanya.

HASRIZAL @ 43000 BSP

 

Check Also

Menamatkan Pendidikan Kiasu

Entahlah dunia apa yang kita hidup di dalamnya hari ini. Setelah anak nekad terjun membunuh …

6 comments

  1. biasanya buku yang berat2 ada di perpustakaan awam. buku yang ringan2 ada di kedai buku.

  2. salam ustaz.. mungkin lari dari topik sikit, tapi entri ustaz buat saya tertanya..

    “Ahli akademik dan asatizah janganlah berasa rendah diri di hadapan tetamu-tetamu bicara agama bertaraf selebriti, hanya kerana pengukuran jangka pendek memperlihatkan dakwah mereka lebih berimpak”

    Daripada apa yang saya nampak sebagai seorang rakyat biasa, memang dakwah atau ilmu yang disampaikan oleh mereka yang bertaraf selebriti/ public figure lebih terkesan dan “sampai” kepada orang luar. Dan sebagai junior dalam akademia, saya juga nampak kelemahan dalam isu menyampaikan ilmu oleh ahli akademik sekiranya kami hanya berlegar dalam konteks dunia akademik sahaja (maknanya takde outreach).. Jadi, mcmana academician nk atasi kelemahan tu?

    Mungkin2, lama-kelamaan godaan yang maha hebat tu akan menang, lalu academician lupa dan lari dari tanggungjawab dan keikhlasan mereka dalam gelanggang akademik.

    Mohon pandangan.. Thank you Ustaz:)

  3. mungkin kena belajar dengan ilmu seni menawan hati manusia yang memang semulajadi ada dalam diri manusia bergelar artis/seniman. manusia seni ini Allah anugerahi dengan bakat memikat hati manusia. jiwa mereka lebih halus.
    tak jadi masalah…daie dari kalangan ustaz dan ustazah boleh belajar ilmu seni memikat, gitu…Allah beri potensi yang sama kepada semua…nak gilap dengan tak gilap je…

  4. salam…
    sekadar nak kongsi
    saya pernah Dminta membuat tugasan mengupas novel semasa semester 1 dulu..
    so saya jumpa buku tajuk dia IMAM..warna hijau..agak lama dan usang buku tu..tapi isi masih boleh Dterima sampai sekarang. tapi pengamalan dan impak daripada isi kandungan buku itu saya masih kecewa..sebab setiap kali saya membaca buku saya juga cuba mempraktikkan apa yang cuba penulis lontarkan..
    sama2 lah kita cuba berubah dan mengamalkan apa yang kita dapat daripada pembavcaan kita..-bacaan ringan

Leave a Reply to saifulislam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share