Penangan Tabiat ‘Loyar Buruk’

BEING A SMART ASS  - Isn't always as cool as you think.

“Sesungguhnya ada perbuatan yang menjadi kebiasaan kita hari ini, membawa ke Neraka!” Kata Ustaz Ali.

“Heee, takutnya. Insaf!” sampuk Udin.

Kawan-kawannya ketawa kecil.

Ustaz Ali sering terganggu dengan sikap anak muridnya yang berkelakuan begini. Anak muda sering melakukannya. Orang tua menjadi contoh ikutan mereka.

Berdakwah dengan masyarakat hari ini, sering menemukan kita dengan satu sikap yang meletihkan kita dan merugikan mereka iaitu kelakuan yang disebut sebagai ‘loyar buruk’. Ia sering memomokkan nasihat yang bersungguh kepada sesuatu yang cuba dilucukan. Ia mengingatkan kita kepada tingkah laku raja zalim yang memerintah di zaman Ibrฤhฤซm ‘alayhi al-Salฤm:

Firman Allฤh SWT:

ุฃูŽู„ูŽู…ู’ ุชูŽุฑูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ุญูŽุงุฌูŽู‘ ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ูููŠ ุฑูŽุจูู‘ู‡ู ุฃูŽู†ู’ ุขุชูŽุงู‡ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒูŽ ุฅูุฐู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ู ุฑูŽุจูู‘ูŠูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ูŠูุญู’ูŠููŠ ูˆูŽูŠูู…ููŠุชู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽู†ูŽุง ุฃูุญู’ูŠููŠ ูˆูŽุฃูู…ููŠุชู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ู ููŽุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูŠูŽุฃู’ุชููŠ ุจูุงู„ุดูŽู‘ู…ู’ุณู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุดู’ุฑูู‚ู ููŽุฃู’ุชู ุจูู‡ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุฑูุจู ููŽุจูู‡ูุชูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ูƒูŽููŽุฑูŽ ูˆูŽุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽู‡ู’ุฏููŠ ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ุธูŽู‘ุงู„ูู…ููŠู†ูŽ

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”. Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. [Al-Baqarah 2: 258]

Apabila Ibrฤhฤซm berhujah bahawa Tuhannya itulah yang sebenarnya menghidupkan dan mematikan, raja yang zalim itu mengeluarkan kenyataan bernada ‘loyar buruk’ apabila beliau juga mendakwa boleh menghidupkan dan mematikan iaitu dua lelaki, satu dibunuhnya dan satu lagi dilepaskan, seperti keterangan riwayat Qatฤdah dan lain-lain di dalam Tafsir ibn Kathฤซr berkenaan ayat ini.

Raja yang zalim itu tahu, beliau tidak seperti Allฤh yang mampu menghidupkan dan mematikan, tetapi membuat dakwaan itu sebagai ‘defence mechanism’. Kerana itu dakwaannya dibuat tanpa kalimah ุงู„ู‘ุฐูŠ seperti yang terdapat dalam penghujahan Ibrฤhฤซm.

Biar pun bergurau itu lumrah kehidupan, janganlah sampai kita tidak dapat membezakan suasana, malah lebih buruk lagi, menjadikan gurauan itu sebagai cara untuk kita bersikap angkuh dalam penghujahan. Menyembunyikan sifat degil terhadap kebenaran, dengan melucukannya dalam ungkapan bahasa Melayu, sebuah ‘loyar buruk’!

Berhati-hatilah.

HASRIZAL @ 43000 BSP

 

Check Also

Meninjau Eropah: Beragama Tanpa Tuhan

โ€œHidup ibn Sedarโ€ฆ jumpa Tuhan tak jumpa agamaโ€, itu terjemahan ringkas saya terhadap kisah seorang …

5 comments

  1. lama tak dengar perkataan ‘loyar buruk’ tu ustaz. Hari ni, depa ‘moden’kan sikit istilah tu menjadi ‘troll’. Hehe. macam-macam benda pelik dunia harini

    • terlalu ramai yang taksub dengan troll sehingga ia menjadi trend. trend siapa?muda mudi kita yang akan memimpin negara satu hari nanti

    • Kalau ikut konteks paparan ni, loyar buruk bukan “troll”. Troll lebih untuk bukan buat lawak semata mata dan selalunya tidaklah lucu mana pun. Dia lebih kepada menghasut secara berkumpulan untuk memalukan si penerima.

      Loyar buruk lebih kurang macam “smart ass”. Kurang ajar tapi dalam nada bergurau. Macam Belalang dama Nujum Pak Belalang.

      Maybe tak sesuai pakai meme tu kot.

  2. Sakitnya hati apabila membaca komen2 berunsur troll ni. Naik geram, menyampah pun ada.

    Walaupun komen2 seperti itu tidak ditujukan kepada kita, mula-mula memang kelakar, seronok tengok orang lain kena bahan. Namun jika selalu sangat membacanya, lama-kelamaan kita akan turut terpengaruh dgn budaya troll ni. Bermula dengan internet di rumah, kemudian melarat kepada pergaulan dgn kawan2 di dunia luar. Siapa tahu, suatu hari nanti dgn ahli keluarga, orang lain, dan mungkin kalau jadi pemimpin, dengan rakyat?!

    Jadi saya ingin sarankan, kalau boleh janganlah lawat apatah membiasakan diri dengan laman2 web seperti 9gag yg amat popular sekarang. Lihat sajalah komen2 di situ. Panas hati. Begitu juga dgn post2 di laman facebook seperti sokernet.

    Terima kasih ustaz atas post ini. JZKK. Semoga banyak yg membaca, banyak yg share.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.