Ramadan: Di Sebalik Kehebatan Tawaran Itu

megasales

“Beli 1 dapat 10!!!” sehelai kain bidang dibentang seluas-luasnya.

Bukan hanya kain bidang, malah semua orang memperkatakannya.

Talk of the town” kata orang putih.

Sebuah pasar raya membuat tawaran yang amat hebat. Bertaraf mega, bahawa apa sahaja barang yang dibeli di pasar raya itu, belian 1 akan diberi 10.

Bukan sahaja beli 1 dapat 10, malah jalan raya ke pasar raya itu telah diturap elok. Semua simpang lain telah dikenakan road block. Lebih dari itu, kedai-kedai lain juga ditutup. Semuanya demi memudahkan kita pergi mendapatkan tawaran mega itu iaitu beli 1 dapat 10.

Dengan pelbagai cabutan bertuah yang ada, anda mungkin dapat lebih dari 10. Ada hari istimewa di hujung-hujung mega sale itu, anda boleh dapat 1000! Ya, melampau sungguh tawaran itu. Hanya pasar raya yang maha untung dan kaya sahaja mampu menawarkan pakej sehebat ini.

Tiba-tiba, anda buat tidak peduli sahaja. Melangut duduk di rumah dan hanya memekakkan telinga dan membutakan mata daripada mendengar dan melihat keghairahan orang lain berjalan, berlari, berkereta dan mungkin ada yang sampai merangkak untuk ke pasar raya berkenaan. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Maknanya, anda memang tak teringin langsung dengan apa yang ditawarkan. Tak ada hati langsung… tak ada kena mengena langsung!

RAMADHAN

Rasulullah saw bersabda:

”Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka ia memperoleh satu kebaikan, dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali. Aku tidak katakana alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

Bukan sahaja begitu, malah Lailatul Qadar juga harus dilihat sebagai kemuncaknya.

“Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr 97.3]

Sudahlah Allah berjanji begitu, dipermudahkan pula segala jalan untuk merebutnya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”

TIBA-TIBA

Tiba-tiba kita buat tidak tahu sahaja. Macam tiada apa-apa yang berlaku. Tidak teringin nak menambah amal. Tidak tergerak untuk meninggalkan kejahatan. Dosa, pahala, Syurga, Neraka, memang tak menarik langsung untuk diberi perhatian.

Maknanya memang seseorang yang tidak mempedulikan Ramadhan, tak ingin langsung dengan apa-apa yang ada di sisi Tuhan. Tak peduli dan langsung tidak mahu mengambil tahu. Sungguh orang seperti ini tiada kena mengena dengan Allah SWT!

Pinggan tak retak, nasi tak dingin,

Allah tak hendak, dia pun tak ingin!

59_1959_20

    Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka). Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan [Al-Hashr 59 : 19-20]

HASRIZAL @ www.saifulislam.com
43000 BSP
#transformasiramadan

Check Also

Day #1: Ramadan Vlog From Oulu Finland

60 SHARES Share on Facebook Tweet Follow us Share Share

5 comments

  1. Semoga kita berada dalam golongan yg diberkati dan dapat memanfaatkan peluang yg diberikan dalam bulan ini,

  2. As salam

    Semua kita punya peluang mencari dan merebut Lailatul Qadr……

    “tiba-tiba kita buat tidak tahu saja..”

    Wassalam

    Zakaria Don

  3. Aneh kan manusia ni?
    Mungkin sebab tak nampak lagi ganjaran itu, jadi abaikan sahaja…
    Rasanya kalau boleh nampak, memang tak tidur malam dah sebulan ni agaknya…

    Moga kita semua termasuk dalam golongan yang beruntung..

  4. Ramadhan memasuki hari ke-5, terlalu cepat, masih berbaki tetapi hati tetap sedih dengan 5 hari yang berlalu. Yang berlalu doa dimanfaatkan sebaiknya dan yang akan dilalui jangan sesekali sia-siakan.
    Ya, Allah jadikan kami di kalangan orang-orang mendapat keampunanMu dan meraih cinta serta redha Illahi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share