Budaya Memberi Masyarakat Turki: Institusi Waqaf

mts

Foto ihsan MTSPIBG

Di dalam buku Secangkir Teh Pengubat Letih, banyak saya nukilkan pengalaman menerima layanan sebagai tetamu di Turki.

Layanan yang menambat hati, dan mengundang saya hadir berulang-ulang kali.

Layanan yang menjadi asbab untuk ramai orang Eropah mendapat hidayah daripada Allah, seperti yang kemudiannya saya coretkan di dalam buku Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu.

Keramahan dan kesungguhan masyarakat Turki melayan tetamu ada sejarah yang panjang. Budaya philanthropic yang menjadikan mereka suka memberi.

Berani memberi.

Pemberian bukan sekadar kepada tetamu secara individu. Sebaliknya budaya yang dijelmakan dalam bentuk pelbagai institusi, terutamanya institusi WAQAF.

Rabu 25 Disember 2013 baru-baru ini, saya menerima jemputan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) untuk menjayakan program Hi-Tea berbentuk fundraising. Tujuannya adalah untuk mengumpul dana menambah baik prasarana sekolah tahfiz berasaskan sistem Turki yang dijayakan oleh guru-guru al-Quran Turki yang menisbahkan diri mereka kepada al-Marhum Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan.

Saya diminta mengupas tentang budaya memberi oleh masyarakat Turki, yang menjadi kekuatan maknawi di sebalik kejayaan institusi waqaf mereka. Bukan hanya pada masa ini, malah di era Uthmaniyyah, juga era Seljuk sebelumnya. Ada beberapa dokumen yang sempat saya semak, terutamanya artikel ilmiah oleh Prof. Dr. Bahaeddin Yediyıldız daripada Hacettepe University di Ankara.

Muat turun salinan pembentangan di  http://www.mediafire.com/view/wyepoycswb86cfi/Turki%20dan%20Budaya%20Memberi(3).pdf

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Hasrizal @ www.saifulislam.com
43000 BSP

 

Check Also

Menamatkan Pendidikan Kiasu

Entahlah dunia apa yang kita hidup di dalamnya hari ini. Setelah anak nekad terjun membunuh …

9 comments

  1. Assalamualaikum Ustaz Hasrizal…Mohon maaf off topic sebentar…saya ingin bertanya satu soalan, adakah boleh kita fotostat buku-buku di library, as kita tak mampu untuk beli yang original yang boleh cecah harga ratusan ringgit. Baru-baru ini saya ada fotostat beberapa buku dan terlintas di fikiran tentang persoalan ini bila saya membaca bahagian copyright yang menyatakan larangan buku tersebut diulang cetak dalam apa-apa bentuk sekalipun. Dan kebanyakan buku-buku memang ada hakcetak rasmi seperti itu. Adakah berkat cara pencarian ilmu seperti begini. Mohon pandangan ustaz, terima kasih ustaz.

    • Aszrul Aszrie

      Waa’laikumussalam saudara kuzer, berkenaan dengan boleh photostat tu, boleh kalau bertujuan untuk nota sendiri, simpanan sendiri, seperti saudara ambil nota. Cuma, disebabkan pada zaman dahulu teknologi photostat ni masih kurang, sebab tu orang dahulu cuma mampu ambil nota dengan menulis sendiri ke atas kertas.

      Yang jadi masalah sekarang kalau photostat pastu jual dekat orang lain dengan niat untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda. Oleh sebab tu, dalam copyright, trademark dan seumpama dengannya ada peraturan, seperti boleh ambil sedikit kemudian republish dalam bentuk journal, tetapi wajib ada citation.

      Kalau saudara masih ragu-ragu, tinggalkan ragu-ragu tersebut, kumpul duit dan beli yang original, insya Allah, Dia akan bantu saudara kelak.

      Wallahualam.

  2. Jazakallahu khayr ustaz. Nampaknya kena buat kunjungan ke sini sekali sekala memandangkan tiada lagi notification di fb.

  3. Salam ustaz. Anak saya berminat utk belajar di Turki dalam bidang sejarah Islan dan Turki. Tapi saya di mana harus memohon dan apakah syarat2 utk mendapat tajaan biasiswa Kerajaan Turki. TQ

  4. Assalamualaikum ustaz ,
    Saya sngt berminat utk meneruskan pengajian di maahad tahfiz di Turki dalam bidang Quran sunnah di samping saya menghabiskan hafazan Al Quran saya sehingga 30 juz?
    Pass pendapat ustaz, mampu kah saya ke Sana andainya Turki masih bergolak?
    Syukran …..

Leave a Reply to Kak Ija Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share