Memanjangkan Usia Dengan Kualiti, Bukan Kuantiti

ahmadammar-grave

Pusara Ahmad Ammar di Eyüp, sebulan selepas pemergiannya [foto ihsan sahabat kami Muhd Saifuddin Shaharuddin di Istanbul]

PERJALANAN MASA

Sudah sebulan Ahmad Ammar pergi meninggalkan kita.

Pelik juga rasanya. Dalam keadaan biasa, saya sering rasa masa berjalan begitu pantas. Tetapi ada masanya saya rasa masa berjalan begitu perlahan. Pemergian Ammar adakalanya saya rasa seperti sudah sangat lama ia terjadi. Sepertinya saya mengenang seseorang yang telah berkurun pergi. Walhal baru sebulan ia berlaku. Tanah kubur masih merah, seperti ungkapan orang tua-tua kita.

Rasa lama itu terjadi kerana jarak kejadian dan detik kita mengenang, tepu dengan pelbagai perkara yang signifikan. Begitu banyak kejadian, banyak catatan, banyak interaksi, yang dalam keadaan biasa semua itu memerlukan masa yang panjang untuk ia berlaku. Tetapi untuk pemergian Ammar, segalanya terjadi dalam tempoh hanya sebulan.

Itulah nilai keberkatan masa.

Apabila kita berdoa semoga Allah panjangkan umur kita, ulama’ berselisih pendapat mengenainya. Bisakan umur dipanjang pendek ketika ajal sudah ditentukan oleh-Nya? Kita berpolemik kerana kita tersangka bahawa Allah memanjang dan memendekkan umur secara kuantitatif. Secara menambah bilangan tahun, bulan, minggu, hari, jam dan saat.

Hakikatnya panjang umur itu terjadi secara kualitatif.

20 tahun penuh berisi dengan kegiatan yang bermanfaat, menjadi begitu panjang tempohnya berbanding 20 tahun yang kosong dan sia-sia. Dan kita sering mengeluh masa bergerak terlalu pantas, bukan kerana masa itu pantas, tetapi masa kita kosong dari manfaat dan perkara-perkara yang bermakna.

20 tahun usia Ammar dan sebulan tempoh pemergiannya, semuanya jadi panjang belaka. Panjang kerana kualitinya. Panjang yang perlu kita teladani bersama.

Ia mengingatkan saya kepada ulama terkemuka di dalam sejarah Islam seperti Abu Zakaria Mohiuddin Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi atau lebih dikenali sebagai Imam Nawawi. Beliau hidup di antara tahun 1233 dan 1277. Meninggal dunia pada usia 40’an.

Demikian juga dengan tokoh yang saya kaji iaitu Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi. Beliau dilahirkan pada tahun 1523 dan meninggal dunia pada tahun 1573. Beliau kembali ke rahmatullah pada usia 50 tahun.

Namun tokoh-tokoh ini, kematian tidak mematikan mereka. Mereka hidup kerana legasi yang mereka tinggalkan terus menghidupkan generasi demi generasi dengan cahaya ilmu. Akhirnya, biar pun mereka meninggal dunia pada usia yang muda, mereka hanya meninggalkan dunia ini, berpindah ke alam yang seterusnya.

Jika dahulu mereka berkhidmat untuk ilmu. Kini ilmu berkhidmat untuk mereka.

Sesuatu yang kita cemburui. Sesuatu yang kita ada pilihan untuk sekadar cemburu, atau bertindak melakukan sesuatu.

TEMURAMAH BERSAMA KOSMO

Baru-baru ini wartawan KOSMO menerumah saya tentang Ammar, dan ia sudah pun tersiar di dalam KOSMO 3 Disember lalu.

Segan rasanya untuk temuramah bersama saya, digandingkan oleh Kosmo di sisi artikel penuh. Saya bukanlah insan yang paling mengenali Ammar. Saya juga mempunyai kenangan yang terlalu sedikit bersama Ammar, jika dibandingkan dengan sahabat-sahabatnya yang lain, apatah lagi ahli keluarga al-Marhum.

Semoga apa yang saya kongsikan, yang diolah dengan baik oleh wartawan Kosmo, saudara Syafiq, menjadi hasanah buat kita semua.

ahmadammar-kosmo-1

Sebenarnya saya amat berat hati untuk banyak berbicara tentang Ammar. Ammar sendiri adalah orang yang bukan banyak berbicara. Beliau orang beramal, Orang bekerja. Pemergian Ammar bukan untuk disambut hanya dengan kata-kata, tetapi mesti mencetuskan amal. Terima kasih kepada beberapa orang anak muda yang menyambut fenomena #letsfollowammar dengan perancangan masa depan yang sebenar-benarnya memberi makna kepada pemergian Ammar.

Mengidolakan Ammar, mungkin bukan apa yang Ammar sendiri mahu. Beliau tidak mencari itu.

Mencontohi Ammar, itulah yang sebaiknya. Dan mencontohi Ammar, adalah dengan tindakan. Dengan perbuatan. Buatlah sesuatu, untuk agamamu, untuk ummatmu.

Adinda Ammar, kami sentiasa merinduimu…

HASRIZAL @ www.saifulislam.com
43000 BSP

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Mu’arrikhun: Membumikan Sejarah di Gelanggang Ummah

“Saya tidak seronok memikirkan peraturan di Malaysia, pensyarah perlu bersara wajib pada usia 65 tahun” …

7 comments

  1. assalamualaikum ustaz .. sori lha , mungkin ni soalan yang takde kene mengene dgn entry II yg ustaz post . tp saie mmg ta nk tnye psl entry ustaz pun . saie nk confess skit ni .. saie ta twu nk tnye siape . saie mmrlukn sgtII jwpn ny ni . ustaz rply ea ..

    saie ni seorang peminat FANATIC sgt II dgn Sinergi . novel sinergi ? msti ustaz thu kn . sbb Hilal Asyraf ad mention crite psl ustaz kt dlm novel tu . ustaz thu kn ?

    ustaz , saie ni trtarik sgt dgn prsonality Irfan Hakimi dgn Rasyid Zakwan tu . lgi II Asid . saie mint sgtII ! so , saie nk dpt kpstian lha .. wujud ke irfan gn asid tu sbna ny ? siape org y dmksudkn dgn irfan dn asid tu ? mmg btul ke kt dnie ad shbt y rpt sgt II mcm irfan-asid ? saie nk thu siape yg hilal mksudkn dgn irfan – asid tu . mksudny dlm khidupn sbna , siape irfan . dia bagus sgt ! asid pun same . siape diorg y sbna ?

    saie rse trinspirasi dgn ap y irfan – asid buad . so saie nk knl mereka . siape mreka saie nk thu . saie da cbe stalk blog rsmi PERMAI . tgok kpimpin PERMAI . blog rasmi MPPMJ . sume saie crik . y saie jmpe mcm Naqeb Sulaiman , Ismat Nazirin , Afiq Muiz .. ni sume karakter kpimpinn y ad dlm Sinergi . tp saie ta jmpe siape pmimpin PERMAI slps genrasi Ismat sbb hilal kte kt Sinergi generasi kpimpinn Irfan Hakimi ialah slps Ismat . saie ta jmpe siape Irfan tu ..

    ASid pon sme . adkh Naqeb tu Asid ? saie ta thu dn saie nk twu sgt II .

    ustaz phm kn mksud saie . ustaz tlong lha saie . tlong berikn saie jwpn …..
    tolong ustaz ……..

    tu je , rply oke ? assalamualaikum ..
    –> Lee Kimji =]

    • Assalamu’alaikum Lee Kimji,
      Novel Sinergi hanya novel rekaan. Ceritanya adalah rekaan.

      Novel Sinergi menggunakan sebahagian watak-watak benar. Namun watak-watak utama macam Asid, Irfan Hakimi, Disaster Five, tak wujud sama sekali dan tidak berkait dengan mana-mana watak yang benar.

      Semoga anda memperolehi manfaat daripada Novel tersebut, dan mempraktiskan mesej-mesej kebaikan dalam Novel tersebut pada kehidupan anda.

      ~ Hilal Asyraf
      Penulis Novel Sinergi.

      • kepada tuan Hilal y saie hormati —>

        oh , alhamdulillah saie da faham . maaf sbb saie ta thu nk tnye siapa , saie trjumpa blog ustaz Hasrizal dn saie pun tulis lha kt sini . maaf jgk buad ustaz Hasrizal klw mgganggu ..

        saie A M A T obses dgn Sinergi smpy bfikir jauh sgt II !

        alhamdulillah satu satunya novel y saie pling sayang ialah Sinergi . Ia byk mginspirasikn saie . smpaikn terasa nk jdi ahli PERMAI pulak 🙂

        Semoga penulisnya mmperoleh hidayah Allah krna mmpu mmbuatkn org lain mmperoleh hidayahNya .
        insyaAllah , terima kasih , asif atas segalanya .

  2. Ahmad syihan ismail

    Salam ustaz.

    Sekarang terzahir unsur2 ketaksuban dikalangan pelajar perihal arwah ammar.

    Dan terbaru perihal kuburan arwah pula.

    Pohon seimbangkan agar masyarakat jahil ini tidak terus dalam kejahilan

  3. Haha..tak tahan..

  4. Assalammualaikum ustaz

    Dalam artikel kali ini, saya sangat terkesan dengan ayat ustaz,

    “20 tahun penuh berisi dengan kegiatan yang bermanfaat, menjadi begitu panjang tempohnya berbanding 20 tahun yang kosong dan sia-sia. Dan kita sering mengeluh masa bergerak terlalu pantas, bukan kerana masa itu pantas, tetapi masa kita kosong dari manfaat dan perkara-perkara yang bermakna.”

    Rupanya inilah jawapan untuk persoalan masa yang seringkali berlegar di minda.

    Alhamdulillah ustaz, minta izin saya nukilkan ayat ini dalam segenap kehidupan saya.

    Jazakallah.

  5. Salam ,

    Bole mntk info gimana mahu mohon belajar summer classes d istan sprti yg ustz lalui ?
    Apa website dan fees?

    Jzkkhairan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.