Slippery Slope: Falasi Dalam Unjuran Ketakutan

Slippery slope adalah falasi di belakang mengaitkan ini dengan ini dengan ini, pada menimbulkan ketakutan.

Jika kita tanam pokok durian dan menikmati buah durian dari kebun sendiri, ini bagus. Tetapi jika ada pokok durian sendiri, nanti durian kita dicuri. Untuk melaporkan kecurian ke balai polis, kena naik motor ke pekan. Andai ke pekan dengan motor, risau juga kalau-kalau tayar motor pancit.

Tak payahlah tanam durian!

Demikianlah unjuran ketakutan di dalam falasi slippery slope.

Justeru berleluasalah dakwaan bahawa mengundi Pakatan Harapan ertinya mengundi DAP, mengundi pendakyah Kristian dan menyokong LGBT. Maka Islam akan terancam, kegiatan gay dan lesbian berleluasa, orang murtad, Kristian akan tersebar.

Data, rekod kerja, laporan rasmi, undang-undang, tidak dapat berfungsi dalam proses fikir.

Ya Allah, tambahkan ilmu kami, rezekikan kami kefahaman dan terimalah usaha kami. Engkau jua yang Maha Tahu siapakah yang bertaqwa di sisi-Mu.

فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. [Q53:32]

Petikan buku Almossawi, Ali. An Illustrated Book of Bad Arguments (Kindle Locations 293-301). The Experiment. Kindle Edition.

A slippery slope argument attempts to discredit a proposition by arguing that its acceptance will undoubtedly lead to a sequence of events, one or more of which are undesirable. 8 Although the sequence of events may be possible— each transition occurring with some probability— this type of argument assumes that every transition is inevitable— while providing no evidence in support of that. This fallacy plays on the fears of an audience and is related to a number of other fallacies, such as the appeal to fear, the false dilemma, and the argument from consequences. For example, “We shouldn’t allow people uncontrolled access to the internet. The next thing you know they will be frequenting pornographic websites, and soon enough, our entire moral fabric will disintegrate and we will be reduced to animals.” As is glaringly clear, no evidence is given, other than unfounded conjecture, that internet access implies the disintegration of a society’s moral fabric. Moreover, the argument presupposes certain things about people’s behavior within the society.

 

Check Also

Kita Cintakan Kematian Seperti Mereka Cintakan Kehidupan

“Kita diajar cintakan kematian bagai musuh kita cinta kehidupan” Ia adalah kata-kata yang datang daripada …

One comment

  1. ..”mengundi Pakatan Harapan ertinya mengundi DAP”…

    Bagi saya, sepatutnya undi sahaja seorang muslim walau apapun partinya.
    Sudah jelas, jika non- Muslim, sudah pasti menolak bahawa Allah itu tuhan.
    Mustahil mereka tidak boleh fikirkan ini, sedangkan sudah lama mereka hidup di bumi Malaysia, dikelilingi kaum Muslim (yang baik mahupun tidak). Sudah bertahun-tahun mereka mendengar azan 5 kali sehari dan melihat Muslimin bersolat, berpuasa dan sebagainya.
    Jika kebanyakan mereka berpelajaran tinggi dan boleh pula mengorek salah pemimpin2 tertentu sehingga ke lubang cacing dengan bantuan alat2 elektronik pada hari ini yang ada di hujung jari, maka mustahil mereka tidak berupaya menyelidik serba sedikit tentang Islam, tak perlu yang complicated pun. Di kaca TV kita pun, banyak rancangan2 dakwah.

    Kalau soalnya belum mendapat hidayah,seperti kata sesetengah Muslim yang memangkah wakil2 kafir ni.
    Saya kata, baiklah, insyaAllah bila mereka dapat hidayah nanti, mungkin saya sokonglah waktu itu. Waktu mereka sudah memperakui tiada tuhan selain Allah.

    Jika semua calonnya Muslim pula, patutnya pilih yang kita kenal boleh berkhidmat serta memperjuangkan kepentingan penduduk setempat serta agama. Tidak kira apapun partinya.

    Jika semuanya kafir, saya tidak pilih – undi rosak. Hat ni, biar orang2 kafir lain pilih.

    Kepada yang masih ingat, ketika GE13, ramainya yang tidak keluar mengundi adalah yang berbangsa Cina.
    Kini, pada GE14 yang lalu, bergerombolan kaum ini keluar mengundi, malah ramai yang bermastautin di China dan ada di Hong Kong pulang untuk mengundi.

    Saya fikir mudah saja. Pada GE13 lalu, PAS ada dalam Pakatan Rakyat.
    Sekarang PAS sudah tiada, maksudnya tiada parti yang nampak “kuat” Islam lagi, jadi mudah untuk mereka membuat keputusan.
    Saya yakin hal ini kerana selama bertahun2 melanggan The Star, itulah sungutan bangsa ini kepada pemimpin2 DAP. PAS betul2 memeningkan kepala mereka (waktu PAS dalam Pakatan dulu).

    Di Malaysiakini pun, kalau dibaca komen2 kaum ini, betapa ramai mereka yang berpendirian bahawa “ anything BUT PAS”, sebelum terbentuknya kerajaan PH di Perak baru2 ini. Iaitu tidak jadi kerajaan di Perak adalah lebih baik daripada PH bergabung dengan PAS untuk membentuk kerajaan.

    Wallahua’lam.

Leave a Reply to Ibu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

RSS
Follow by Email
Twitter
Visit Us
Follow Me
Tweet
Youtube
Instagram
LinkedIn
Share