Syukur dan Kufur Dalam Nikmat Rumahtangga dan Keluarga

Kita masuk ke sepertiga kedua bulan Ramadan. Lazimnya ia adalah bahagian Ramadan yang kita mudah kehilangan momentum dan menjadi malas.

Baiklah kiranya kita saling sokong menyokong, memberi motivasi antara satu sama lain untuk menempuh fasa ini, agar kita tidak kerugian.

Di kala ini, terutamanya di dalam situasi berkurung di rumah, kita boleh mengendalikan cabaran ini dengan meraikan perubahan-perubahan kecil di dalam keluarga sebagai nikmat yang disyukuri. Perubahan kecil yang kita barangkali terlepas pandang. Atau perubahan kecil yang kita tidak endahkan akibat berterusan mengharap yang besar-besar.

Salah satu daripada sumber kekecewaan adalah apabila kita salah membuat perbandingan. Jika ingin membuat perbandingan, maka bandingkanlah diri sendiri semasa dengan sebelumnya, keadaan keluarga semasa dengan sebelumnya. Jika bertanding, bertanding dengan diri sendiri.

Pertandingan yang disebut oleh Allah:

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya. Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorkannya.” (al-Shams 91: 7-10)

Elakkan membandingkan keluarga kita dengan keluarga orang lain. Suami kita dengan suami orang lain. Isteri kita dengan isteri orang lain. Tambah-tambah, anak kita dengan anak orang lain.

Ada masanya anak kita keletihan dan malas hendak bertarawih.

Kita mungkin marah dan kecewa. Rasa marah dan mahu berkasar. Tetapi kita memilih untuk bertolak ansur.

Kita mungkin kurangkan daripada lapan rakaat kepada empat. Witir pun dari tiga turun ke satu.

Malah mungkin kita beri ‘cuti’ supaya esok mereka kembali bersemangat bersolat.

Dengan situasi sebegitu, ia mungkin tidak mencapai standard yang ideal. Mungkin tidak macam keluarga itu yang ada suami soleh, isteri solehah, anak yang hafiz atau baik-baik.

Lantas kita kecewa.

Kecewa dan membunuh kejayaan-kejayaan kecil yang sepatutnya kita syukuri.

Sikap berkenaan boleh mengheret kita masuk ke lembah kufr al-asyir (mengkufuri nikmat rumahtangga dan keluarga). Ia banyak menghantar manusia ke Neraka, terutamanya orang perempuan. Ia bukan bermaksud lelaki terselamat atau perempuan yang masuk Syurga. Tidak sama sekali.

Sebaliknya kes kufr al-asyir ini telah dinyatakan sebagai peringatan khusus baginda Rasulullah sallallฤh ‘alayhi wa sallam mengenai cabaran kaum wanita. Di dalam Sahih al-Bukhari, hadith ke-29 membentangkan kepada kita sabda Nabi Muhammad sallallฤh ‘alayhi wa sallam:

ุฃูุฑููŠุชู ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑูŽ ููŽุฅูุฐูŽุง ุฃูƒู’ุซูŽุฑู ุฃู‡ู’ู„ูู‡ูŽุง ุงู„ู†ูู‘ุณูŽุงุกูุŒ ูŠูŽูƒู’ููุฑู’ู†ูŽ ู‚ูŠู„ูŽ: ุฃูŠูŽูƒู’ููุฑู’ู†ูŽ ุจุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูุŸ ู‚ุงู„ูŽ: ูŠูŽูƒู’ููุฑู’ู†ูŽ ุงู„ุนูŽุดููŠุฑูŽุŒ ูˆูŠูŽูƒู’ููุฑู’ู†ูŽ ุงู„ุฅุญู’ุณูŽุงู†ูŽุŒ ู„ูˆ ุฃุญู’ุณูŽู†ู’ุชูŽ ุฅู„ู‰ ุฅุญู’ุฏูŽุงู‡ูู†ูŽู‘ ุงู„ุฏูŽู‘ู‡ู’ุฑูŽุŒ ุซูู…ูŽู‘ ุฑูŽุฃูŽุชู’ ู…ูู†ู’ูƒูŽ ุดูŠุฆู‹ุงุŒ ู‚ุงู„ูŽุชู’: ู…ุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชู ู…ูู†ู’ูƒูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู‚ูŽุทูู‘

โ€œDiperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri.โ€ Lalu Baginda sallallฤh ‘alayhi wa sallam ditanya: apakah mereka itu kufur kepada Allah? Rasulullah sallallฤh ‘alayhi wa sallam menjawab, โ€œmereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!โ€

Hadith ini ditempatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Kitab al-Iman di bawah suatu bab yang diberi tajuk โ€œBab Kufur Kepada Suami, dan Kufur Yang Bukan Kufur.

Syukur itu asal maksudnya adalah terbuka, dapat melihat apa yang seseorang itu ada, dan fokus kepada apa yang beliau ada. Kufur itu asal maksudnya adalah tertutup atau terhijab, hingga tidak dapat melihat apa yang seseorang itu ada, lalu fokus kepada apa yang beliau tidak ada.

Lahirlah di situ keluh kesah, rasa tidak puas hati, cemburu, mengungkit-ungkit dan sakit menyakiti, yang tiada mendatangkan apa-apa kecuali kerosakan dan kerugian kepada unit rumahtangga dan keluarga, terutamanya kepada anak-anak yang memerlukan teladan baik daripada kedua ibu bapa.

Hasrizal
Oulu Finland

Support my work Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.me/iamrizal

Trained in learning, education and technology, studying education entrepreneurship (MEE) at Oulu University of Applied Sciences (OAMK), Finland. An educator and learning designer, blogger and author, advocates children-centered learning, parenting and domestic policy.

Follow me on

Instagram: https://www.instagram.com/iamhasrizal/
Facebook: https://www.facebook.com/hasrizalabduljamil/
Twitter: https://twitter.com/hasrizal2020
Linkedin: https://www.linkedin.com/in/hasrizal/
Blog: http://www.saifulislam.com
Edublog: http://hasrizal.com

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.