Pesimis.
Optimis.
Positif.
Kita teraba-raba mencari kekuatan untuk dapat melihat sinar di hujung terowong.
Saya sedar dengan peranan algorithm dalam menyumbat berita. Justeru, saya cuba berhati-hati agar tidak terjebak ke daerah catastrophicย thinking hingga cicak disangka buaya, cacing dipandang ular.
Tetapi apa yang diketahui secara benar, tidak perlu lebih besar daripada sekadar satu laporan sahih mengenainya.
Melihat kerosakan, kepincangan, keingkaran, bertali arus, hingga bencana pun tidak mendatangkan pulih dan kesembuhan.
Rasanya inilah hadith paling susah bagi saya untuk mengawal diri agar dapat beramal dengannya:
ุนูููย ุฃูุจูู ููุฑูููุฑูุฉูย ููุงูู ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุญ ููุญูุฏููุซูููุงย ููุญูููู ุจููู ููุญููููย ููุงูู ููุฑูุฃูุชู ุนููููย ู ูุงููููย ุนูููย ุณููููููู ุจููู ุฃูุจูู ุตูุงููุญูย ุนูููย ุฃูุจููููย ุนูููย ุฃูุจูู ููุฑูููุฑูุฉูย ุฃูููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุงููย ุฅูุฐูุง ููุงูู ุงูุฑููุฌููู ูููููู ุงููููุงุณู ูููููู ุฃูููููููููู ู
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah sallallฤh โalayhi wa sallam telah bersabda, โjika seseorang itu berkata manusia sudah rosak maka sesungguhnya dialah yang paling rosak di kalangan mereka (jika dibaca secara marfuโ yakni ูููููู ุฃูููููููููู ู)โ atau โโฆ maka sesungguhnya dialah punca yang yang merosakkan manusia itu (jika dibaca secara mansub yakni ูููููู ุฃูููููููููู ู). (HR Muslim)
Sama ada orang itu paling rosak, atau dia punca masyarakat rosak, kedua-duanya celah dan menakutkan.
Namun, saat menjenguk ke huraian Imam Nawawi rahimahullah berkenaan hadith ini, dapatlah serba sedikit panduan buat menyuluh jalan.
Kata Imam Nawawi:
Ulama’ bersepakat bahawa kecelaan ini adalah terhadap mereka yang mengungkapnya dengan maksud memandang rendah kepada orang ramai dan memaki mereka, kemudian pada masa yang sama mengecualikan dirinya sebagai yang lebih baik berbanding mereka, serta menghina hal ehwal orang ramai itu. Rasionalnya, dia yang berkata sedemikian rupa hakikatnya tidak mengetahui rahsia Allah dalam penciptaan-Nya. Mereka (para ulama) juga berpendapat bahawa ada pun mereka yang menyebut ungkapan manusia sudah rosak itu kerana bersedih melihat keadaan dirinya dan masyarakat yang cacat penuh kekurangan dalam keberagamaan mereka, maka tidaklah mengapa untuk berkata begitu. Ia sama seperti seseorang berkata, “aku tidak kenal sesiapa di kalangan umat Nabi Muhammad sallallฤh ‘alayhi wa sallam melainkan mereka semuanya bersembahyang”
Al-Imam al-Nawawi rahimahullah semasa mensyarahkan hadith ini di dalam Sahih Muslim
Semoga semasa berdukacita dengan hal ini hingga terasa seperti giving up on humanity, perasaan itu lahir daripada kesedihan atas kelemahan diri tidak berupaya melakukan sesuatu yang signifikan untuk mengubah keadaan. Bukan kerana angkuh dan sombong atau memandang rendah manusia kerana berasa diri tinggi lagi mulia.
Ya Allah, kuatkan hati kami menempuh ujian demi ujian di hujung masa ini, amin.
Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland
May Allah bless.