Renungan Kes Theranos dan Elizabeth Holmes

Baru-baru ini mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan yang Elizabeth Holmes daripada startup Theranos bersalah.

Saya mengikuti kes beliau ini semasa di Finland lagi.

Saya tertarik kepada pada masa itu saya mengalami keresahan semasa duduk di dalam ekosistem startup melalui program-program entrepreneurship yang ada di Finland. Malah sebahagian trainers datang dari Silicon Valley dan ia menjadi pengalaman baru buat saya. Hype yang meresahkan itu menyebabkan saya terfikir adakah saya rasa tidak selesa kerana saya sudah tua, atau memang ada sesuatu yang tak kena.

Moga kes Elizabeth Holmes ini menjadi pengajaran kepada experts dan investors, agar lebih merendah diri dan mendengar dengan lebih cermat sebelum ‘meminjamkan’ reputasi mereka kepada projek-projek yang menang.

Dan syabas juga kepada anak muda seperti Tyler Shultz atas keberanian dan kebijaksanaannya menjadi whistleblower penting di sebalik jatuhnya empayar palsu Theranos ini.

Hasrizal Abdul Jamil
Naas, Ireland
www.saifulislam.com

Check Also

Misteri ‘Sengaja Susah Supaya Tabah’?

Dalam masyarakat kita, terdapat kecenderungan untuk mengagung-agungkan susah payah dengan anggapan bahawa ia menjadikan seseorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.