Jika Menolong Palestin Itu Lillahi Taala

Jika kita tidak berhati hati, kita boleh terlupa untuk memposisikan bantuan dan usaha kita berkaitan dengan isu Palestin ini di dalam kerangka ibadah kita kepada Allah Subhanahu wa Taala.

Dalam hidup kita sebagai seorang Muslim, kita tak melakukan apa-apa pekerjaan melainkan ia adalah ibadah. Bila kita beribadah kepada Allah Subhanahu wa Taala, komponen yang paling besar, paling penting, LILLAHI TAALA, kita buat benda ini kerana Allah SWT.

Untuk satu-satu pekerjaan atau perbuatan itu menjadi ibadah, ia perlu berciri dengan ciri-ciri yang Allah swt restu. Ia mesti selari dengan syariat Allah swt.

Jika semua usaha kita membantu Palestin itu adalah LILLAHI TAALA, kita tidak akan terperangkap bertanding, siapa lagi bagus daripada orang lain, mengecam sesama kita, dan berbahasa kesat seperti melupakan keikhlasan diri dalam melakukannya.

Kalau kita gambarkan ibadah itu seumpama solat, siapakah yang tergamak untuk mencarut, maki hamun, mengutuk orang semasa bersolat, kerana kita sedang beribadah kepada Allah Taala?

Namun, seandainya kitakita terlupa akan hakikat ini, kita boleh sedang bercakap dan memberi sokongan kepada Palestin, tetapi kita bersikap seperti sedang dirasuk oleh syaitan.

ۖ أَنْ أَقِيمُوا۟ ٱلدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا۟ فِيهِ

“Bahawa tegakkanlah agama, dan janganlah pula kamu berpecah belah di dalam urusan melakukannya” (surah al-Shura 42: 13)

#bebaspalestin

Check Also

Krisis Mental Gen Z: Salah Siapa?

Baru-baru ini saya bentangkan dapatan kajian Dr. Jonathan Haidt di dalam bukunya, The Anxious Generation. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.